Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, September 29, 2011

Tak Usah Lupa Diri

Salam semua

Hehe... ada orang memang lupa diri bila pergi bershopping. Kalau boleh, semua pun nak dibelinya. Alhamdulillah, saya okey-okey aje. Ada kala, masa di Bandung tu, saya tak pergi pun ke sesetengah tempat. Malas dan tak larat. Lagipun, saya tak berapa suka bershopping. Tak adalah tak suka langsung, tapi agak kureng...

             Shopping di Rumah Mode, Factory Outlet Bandung

Tapi pagi ini, bukan lupa diri yang begitu yang mahu saya bicarakan. Apa yang menjadi fokus saya ialah tentang orang yang tiba-tiba sahaja jadi lupa diri, mungkin kerana dulu dia tidak berada di dalam situasi yang begitu. Dulu, mungkin dia hidup biasa-biasa sahaja, tak kaya dan tak berpangkat atau berstatus atau bergelaran. Bila sudah ada semuanya, tiba-tiba terasa diri perlu berubah. Kalau dulu boleh berkawan dengan siapa-siapa sahaja, kini tak boleh lagi. Kalau dulu dia mesra dengan semuanya, kini dia hanya pilih kawan sahaja. Yang tidak sama standard, dia akan tolak tepi.

Kalau dulu hidungnya biasa-biasa sahaja, kini dah terasa macam tinggi. Tapi kalau dulu pun hidung sudah tinggi, kini bertambah menjadi-jadi! Huh!

Bukan tujuan saya untuk mengumpat atau mengata, tetapi untuk mengingatkan diri kita semua, bahawa sebenarnya, sekalipun setinggi gunung harta kita, seluas lautan wang kita, semua itu sekadar sementara sahaja. Selagi ada umur dan ada kesihatan, mungkin ia bermakna, namun apabila kita menghembuskan nafas kita, maka ia hanyalah debu-debu belaka, yang tiada harga buat roh kita.

             Pakai topeng dan menari di jalanan untuk cari duit

Jadi, sekalipun kita bertukar status, dari biasa-biasa jadi kaya, dari tak bernama jadi bergelaran, itu sekadar hiasan dunia semata-mata. Namun, apa salahnya kalau kita tidak lupa diri? Terus maintain macam dulu. Bukankah ia akan menjadi lebih bermakna?

Apalah sangat dengan wang ringgit dan harta, kalau budi bahasa kita tak ada? Buat umpatan orang sahaja, buat naikkan kebencian pada mereka yang tak suka. Akhirnya nanti kita akan berasa sunyi sepi, kerana hidup tak punyai teman lagi.

            Kawasan food court di Pasar Baru, Bandung


           Enak, beb! inilah ulaman Sunda

Apalah salahnya kalau kita masih sama, tak akan lupa diri, sekalipun duit dan harta sudah berguni-guni?

Tak perlulah kita lupa diri kerana semua ini hanya pinjaman, dan satu hari nanti ia mungkin diambil pergi, hanya tinggal kita seorang diri.

Wallahua'lam.

PS: Masih saya tampal beberapa foto semasa kami di Bandung untuk tatapan semua yang ke blog ini.