Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 22, 2011

Sudah Pulang dan Pesta Buku 2011



Gambar tawaf di keliling kaabah dan saya bersama anak-anak unta.Untuk makluman, jemaah yang mengerjakan umrah sama banyak macam musim haji.


Alhamdulillah, saya dah pun pulang dari tanah suci setelah selesai menunaikan ibadah umrah. Semuanya berjalan lancar di atas doa anda semua. Buat masa ini saya masih lagi keletihan dan insya-Allah saya akan bercerita panjang sebaik sahaja sudah bertenaga semula. Seperti yang anda sedia maklum, Pesta Buku sudah pun bermula dari hari ini hinggalah ke 1 Mei 2011. Jangan lupa untuk mampir ke booth KarnaDya yang terletak di Dewan Tun Razak 3. Booth kami (ada enam) terletak di A49-51 dan A70-72. Saya akan berada di sana mulai esok.

Insya-Allah, kita akan berjumpa di sana.