Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12. - Ibu Mertuaku

                       Sekadar hiasan

Salam

Tarikh hari ini memang cantik. Ramailah yang nak pilih hari ini untuk menikah, kalau orang Melayu, dan mungkin kahwin untuk orang Cina. Setidak-tidaknya bertunang. Huhu... nombor yang cantik, tapi tak membawa apa-apa makna pun, sekadar nombor saja lah.

Tak apa. Jom kita sembang tentang benda lain. Baru-baru ni, saya dengar cerita daripada orang yang dekat dengan saya. Katanya anak perempuan dia dah jadi 'single mother'. Jadi saya pun agak hairanlah juga sebab anak perempuannya itu baru sahaja mendapat anak lelaki. Mungkin sekarang ini dah lebih setahun umurnya.

"Kenapa? Suami dia buat hal ke?"

Katanya, "Bukan. Tapi ibu mertuanya."

"Aik. Masih ada lagi ke kisah 'Ibu Mertuaku ni'?" Saya bertanya, bertambah hairan.

Itulah al kisahnya. Katanya, anak perempuannya sungguh tak tahan kerana ibu mertuanya terlalu 'possesif' hinggakan kalau datang ke rumah anaknya itu, ibu mertuanya mahu tidur sebilik dengan mereka. Isy apa kes ni? Dah tu, susun atur perabot dalam rumah anaknya itu akan ditukar oleh ibu mertuanya setiap kali dia datang ke rumah mereka, ikut selera dia. Huhu! Best punya mak mertua!

Macam-macam yang diceritakannya, rasa macam lucu pulak. Tetapi itu adalah realiti bila seorang ibu terlalu possesif dengan anak lelakinya. Kata orang yang bercerita, segala benda tak boleh letak nama isteri, ibu mertua akan arah untuk letak nama adik-adik si lelaki. Terbaik!

Okeylah... ini sekadar cerita sahaja, kerana kadang-kadang kita tak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Kita nampak di depan sahaja. Mungkin kita ingat kisah begini terjadi dalam filem atau TV, tetapi sebenarnya boleh berlaku di mana-mana di dunia realiti. Wallahuaklam.

Wassalam.