Saya tertarik dengan komen yang datangnya daripada seorang pembaca lelaki. Pembaca ini, yang baru sahaja selesai membaca Bunga-Bunga Kemboja, telah memaklumkan kepada saya melalui emel tentang sesuatu yang mungkin saya sendiri tidak berapa sedar tentangnya. Kata pembaca ini, "Kak Aina, dalam buku Bunga-Bunga Kemboja dan juga Setulus Janji, watak-watak utama meluahkan kekuatan perasaan melalui surat/emel. Sesuatu yang ada 'sentimental value'."
Saya tersentak juga bila membaca komennya itu. Bukan apa-apa, mungkin saya tidak sedar, tetapi itulah diri saya sebenarnya. Dari kecil lagi, bila ada sesuatu yang ingin saya sampaikan atau luahkan, saya akan lakukan melalui surat (dulu tak ada emel). Semasa zaman cinta saya, surat cinta saya ada berguni-guni. Hampir setiap hari, ada surat yang dikirimkan. Saya dulu memang bercinta jarak jauh. Bila sudah berkahwin pun, kalau ada apa-apa yang saya nak luahkan, biasanya saya lakukan melalui surat. (Sekarang tak lagi...mungkin dah tak perlu).
Saya percaya, sebagai penulis, tentu banyak perkara yang dilakarkan dalam penulisan itu sebenarnya ada kaitan dan ada kena-mengena dengan diri penulis itu. Mungkin kerana itulah, banyak karya saya yang saya 'highlightkan' dengan luahan melalui penulisan (surat/emel/SMS). Anda bagaimana?