Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, April 13, 2012
Bila Mahu, Macam Nak Gila. Bila Tak Mahu, Blah Aje!
Salam
Hujan renyai-renyai dan dia di luar sana sedang berjoging. Saya risau, tak nak dia kebasahan. Masa keluar tadi cuaca nampak macam elok aje, sebaik sahaja dia berjoging, dah turun pula hujan. Saya pula, asyik tunggu di depan balkoni, cuba mencarinya yang sedang berjoging keliling tasik. Akhirnya saya buat panggilan, "Hujanlah, yang... balik ajelah." Hehe... bila kita ambil kisah dan sayang, mungkin begitulah, kan?
Tapi saya memang hairan dengan mereka yang beria-ia suatu ketika dahulu bila hendak berkahwin. Orang suruh tunggu, dia kata tak boleh. Ada yang sanggup menikah di sempadan kerana tidak direstui keluarga. Konon-konon kerana cinta! Bila mahu, sanggup semuanya, tapi bila hilang rasa sayang, semua jadi tunggang-langgang! Ada tu, boleh SMS aje. Apalah!
Pernah suatu ketika dahulu, seorang teman saya yang dah lama berkahwin, tiba-tiba suaminya buat hal. Ada kekasih gelap pula. Kawan saya mengamuk bagaikan nak rak. Dia pun bagi tahu pada ibu mertuanya. Apa lagi, ibu mertuanya melenting dan marah pada anak lelakinya. Kawan saya pun bercerita pada saya. Saya agak hairanlah juga, sebab ibu mertuanya menyebelahinya sedangkan saya tahu ramai ibu akan menyebelahi anak lelaki mereka kalau ada apa-apa yang tak kena.
Kata kawan saya, "Mak mertua I dah rasa dah dulu bila suami dia buat hal dan tinggalkan dia. Dia bagi tahu I, kalau lelaki saja-saja bertindak kejam pada anak isteri, akan ada bala yang timpa nanti pada sang suami. Dia melihat bagaimana suaminya dulu berdepan dengan sengsara kemudiannya. Kerana itulah dia tak mahu anak lelakinya buat kesilapan yang sama."
Mungkin ramai yang tak ingat atau sedar bahawa kasih sayang yang kita curahkan pada pasangan dan anak-anak kita itu, ada rahmatnya dan ada barkatnya. Tuhan bagi kita ganjaran kerana menjadi suami atau isteri yang baik, jadi ayah dan ibu yang baik. Bukan kosong! Tetapi, bila kita jadi suami atau isteri yang zalim, tidak lakukan tanggungjawab dan abaikan keluarga, ketika itu 'bala' pula yang akan datang pada kita. Wallahua'lam.
Pernah saya melihat sepasang suami isteri yang sangat rapat. Kami jadikan dia 'role model' di tempat tinggal kami kerana respect mereka. Tiba-tiba si suami berubah hati lalu tinggalkan anak isterinya terkapai-kapai. Dia berkahwin dengan seorang wanita muda pula. Tetapi akhirnya, si suami tadi hilang pekerjaan, lingkup pula bisnesnya dan ditimpa penyakit. Isteri mudanya pula 'blah' aje, terpaksalah dia kembali kepada isteri pertama dan isteri itulah yang menjaganya hingga dia meninggal dunia. Baru di dunia dia sudah mendapat azabnya. Wallahua'lam.
Kenapa ya, hati kita mudah berubah? Hanya kerana kita melihat kehijauan di padang sana? Memang kita tak berguna kalau kita saja-saja begitu perangainya. Tamak, haloba, tak berhati perut. Sepatutnya, kita cuba yang terbaik, pelihara apa yang kita ada, sayangi apa yang kita ada dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi ada manusia memang begitu agaknya. Bila mahu, sanggup buat apa sahaja, tapi bila dah bosan, blah begitu sahaja!
Apa-apa pun, kita kena ingat bahawa kita tumpang di sini sahaja. Hanya buat seketika dan sementara. Tak akan lama mana pun. Bila sampai masa, kita akan rasa kemarahan Allah SWT buat diri yang tak pernah bersyukur itu. Subhanallah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)