Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, December 18, 2012
Berapa Lama Tempoh Cinta Bertahan?
Salam
Hari ini mood saya untuk bersembang tentang tempoh cinta bertahan antara dua orang yang bercinta. Mungkin teringat pasal ini sebabkan tengok posting seorang teman kat FB dia... tentang hal ini. Banyak teori mengatakan bahawa bila couple tu mula-mula berkahwin, nama manja sering digunakan. Sayang lah, baby lah... apa-apa lah, bila dah mula dapat baby, isteri atau suami dipanggil mama dengan papa, ibu dengan ayah (apa hal ni?). Dah makin lama, panggil awak-awak balik... lama-lama hoi-hoi...
Alamak, betul ke ni?
Ada kawan tu berkata pada saya, ada couple kahwin memang lama, masih nampak macam okey, tapi sebenarnya tak okey pun, buat-buat macam okey. Kalau kat rumah, bersembang pun tidak, buat macam tak kenal aje. Bila orang datang, masing-masing pun berlakonlah. Kesiannya.
Ada tu, mula-mula kahwin bukan main romantik lagi, tapi masuk aje dua tahun, dah jemu dah. Kalau suami tu asyik menengking aje. Isteri pun sama naik, cakap sentiasa kasar. Orang kata macam sepadanlah. Sentiasa macam berperang.
Ada jugak, dari mula kahwin sampailah lebih 25 tahun pun, tangan suami mudah betul naik ke muka isteri. Bila mood bagus, merata dibawanya makan angin, bila mood tak bagus, tak usah haraplah nak manja-manja!
Tapi... saya selalu juga lihat 'loving couple' ni. Walaupun dah kahwin lebih 40 tahun, ada couple sangat loving. Cara mereka sama sahaja, macam dulu-dulu jugak. Cakap lembut-lembut. Si suami layan isteri macam permaisuri, si isteri layan suami macam raja. Hehe... ini barulah betul.
Inilah dunia realiti, kan? Nasib kitalah sama ada bertemu dengan orang yang dapat membahagiakan kita atau tidak. Kadang-kadang rumah besar bak mahligai, pintu pagar pun macam kat cerita Dallas atau Dynasty tu... tapi hati di dalam hanya Tuhan yang tahu.
Tentunya cinta kita pada yang Esa sahaja yang mampu bertahan sampai bila-bila. Selagi kita mencintai-Nya, selagi itulah kita akan rasa cinta-Nya. Wallahuaklam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
