Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, February 05, 2018

Nostalgia Sesuci Cinta

Assalam

Mungkin kadang-kadang ada perkara dalam hidup kita yang sering kali datang berulang-alik, seolah-olah suka menjadi tamu dalam hidup kita. Betul kan? Nanti datang dan kemudian pergi. Lepas tu datang lagi, dan pergi lagi.

Sudah berpuluh-puluh novel yang saya tulis, namun apa jua ceritanya, novel pertama saya Sesuci Cinta tentu sekali meninggalkan kesan yang paling mendalam. Hampir semua kaum kerabat saya yang suka membaca, membaca novel itu dan masing-masing tahu akan kisah Nuraina, Armand dan Behzad. Malah, dalam banyak-banyak novel saya, Sesuci Cinta juga sering menggamit pembaca saya untuk menziarahi AlHambra di Granada, Andalusia, Sepanyol. Ramai pembaca saya memberitahu saya yang mereka mahu ke Spain atau Sepanyol, dan ramai yang beritahu saya mereka ke negara itu kerana terkesan dek kisah cinta Nuraina dan Armand. Saya sendiri betul-betul 'fall in love' dengan istana AlHambra dan kalau suruh saya pilih antara tempat-tempat terindah di dunia ini, mungkin istana itu merupakan salah satu tempat yang meninggal kesan mendalam buat saya. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan itu. Malah, kalau dapat saya mahu lagi ke sana walaupun sudah tiga kali ke sana.

Apa pun, saya memang suka pada konsep Mediterranean dan Sepanyol merupakan negara Mediterranean yang mempunyai pelbagai sejarah yang menarik. Kalau boleh, saya mahu hidup yang begitu, berlatarkan Mediterranean. Semoga Allah swt makbulkan permintaan saya ini, dunia dan akhirat. Aamiin.



                                                               
                                                                    Istana AlHambra