Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, October 16, 2014

Tenang Sudah Hati Ini

Assalam

Ya... memang ramai yang tak akan membaca entri ini, tetapi inilah yang hendak saya katakan, saya mahu mencari ketenangan buat seketika. Bukannya apa, tapi saya mempunyai banyak tugasan yang hendak saya selesaikan. Kalau ralit melayan media sosial sana sini, memang saya tak dapat hendak siapkan kerja-kerja saya. Asyik tertunda aje. Bila hati saya tenang, lagi mudah saya nak selesaikan kerja-kerja yang memerlukan konsentrasi minda dan jiwa. Memang betul, bila kita nak menulis, pasti kita perlukan hati yang mampu menjiwai penulisan kita, barulah semuanya bermakna.

Untuk makluman anda semua, kemungkinan besar juga saya tak sempat untuk menulis manuskrip novel buat sementara waktu ini. Walaupun pembaca tegar saya meminta untuk saya terus menulis novel, tetapi kerana penglibatan saya dalam 'area' yang berlainan ini, saya tak mempunyai cukup masa untuk menulis manuskrip juga. Tetapi in syaa Allah akan saya teruskan bila sudah ada kelepangan nanti. Doa-doakan ya.

Okeylah... saya tak nak buang masa lagi. Sehingga di lain entri... salam sayang buat semua yang saya sayang.

Wassalam


 Fida dan Elfira Loy sebagai Insyirah dan Imanina sedang mendengar arahan pengarah untuk drama Setulus Janji