Assalam
Hari kedua kita berpuasa, alhamdulillah.
Mungkin ada baiknya juga kalau kita terus ingatkan diri kita masing-masing, terutama kaum wanita. Semestinya ramai yang teruja untuk buat solat terawikh dan macam-macam lagi ibadah lain di surau atau masjid, tetapi kita jangan lupa bahawa apa sekali jua amal ibadah yang kita mahu lakukan atau sudah pun lakukan di bulan Ramadhan ini, kita buat kerana Allah swt, bukan kerana orang lain, jauh sekali untuk beritahu orang bahawa kita sedang buat amal ibadah. Buatlah apa sahaja yang kita mampu lakukan, pastikan kita lakukan untuk Allah taala.
Jadi... tak perlulah untuk berselfie di masjid atau surau dan upload gambar2 kita di FB atau instagram atau whatsapp, untuk maklumkan pada semua orang bahawa kita dah pun lakukan ibadah ini. Rasanya tak perlu kot untuk menunjuk-nunjuk, takut perbuatan kita ini dah jatuh dalam kategori riak. Nauzubillah min zalik.
Apatah lagi untuk tunjukkan telekung baru kita yang mungkin glamor, lip-lap lip-lap, punyai desain yang up-to date, atau mungkin punyai material mahal dan tentunya harga juga mahal. Kita jangan lupa bahawa budaya pakai telekung ini bukanlah merupakan sesuatu yang 'wajib', ini merupakan pakaian solat yang biasanya dipakai oleh orang-orang kita di Asia Tenggara. Tak pakai pun bukannya berdosa, asal sahaja menutup aurat dengan baik ketika lakukan solat dan perkara lain buat Allah taala. Jadi... tak payahlah kita nak tunjuk sangat telekung canggih kita tu. Sekali lagi takut kalau-kalau perbuatan kita mampu menaikkan sifat riak dalam diri.
Saya teringat lagi seorang teman yang sedang beli telekung baru. Memang cantik dan mahal harganya. Katanya pada saya, "I tak akan pakai telekung di masjid atau surau, I pakai kat rumah sahaja."
"Oh ya? Kenapa?"
"I takut kalau I pakai di tempat orang ramai, perbuatan itu akan jadi riak. Bukan semua orang mampu, tak nak ada yang terasa sangat berbeza daripada kita."
"Baguslah tu kalau fikir macam tu. Kita nak buat untuk Allah pun, bukan untuk orang nak tengok."
Semoga kita jaga tingkah laku kita di bulan Ramadhan ini, jangan sampai kita kerugian pula. Buatlah apa pun yang kita rasa akan mendatangkan kebaikan, tetapi jangan sampai kita rasa bangga dan megah. Elakkan perbuatan riak.
Wassalam.
Sekadar hiasan