Assalam
Semalam tak sempat nak update blog, sebab saya keluar dari pagi lagi. Terpaksa jumpa orang yang datang dari Uzbekistan sebab ada kiriman. Lepas tu temankan kawan baik saya ke Majlis Perbandaran. Bila dah petang, malas nak buka laptop.
Hari ini ada dua majlis perkahwinan termasuk majlis anak saudara saya. Esok pun ada majlis pernikahan anak saudara saya (yang lain pula). Saya ada famili yang besar, jadi memang macam inilah nampaknya. Pagi tadi, anak saudara saya dapat seorang putera (anak keduanya). Anak saudara saya yang ini lahir sehari dengan anak perempuan saya, jadi dah macam kembar anak saya.
Okeylah... sejak kebelakangan ini saya memang kesibukan kerana banyak sungguh urusan yang perlu dilaksanakan. Dalam banyak hal, inilah yang saya perhatikan, walaupun ia merupakan tugasan orang-orang berkenaan, namun masing-masing sering ada ini di dalam kepala, "Aku dapat apa?" Walaupun memang dah dibayar atau dah ada gaji untuk menjalankan tugas, masih mahu mencari kesempatan dan peluang untuk dapat 'lebih' konon-konon duit kopi. Walhasil dah memang jadi budaya kot. Duit sering diutamakan hinggakan tiada lagi keikhlasan.
"Aku dapat apa?"... kalau tak diberi apa-apa, maka lembablah kerjanya seolah-olah itu bukan tugasnya. Malah, ada yang sudah dibayar pun masih sengaja melambat-lambatkan kerja kerana mahu cari kesempatan untuk buat duit lagi! Nauzubillah min zalik.
Suami saya sering naik angin, marah kerana merasakan dirinya dipergunakan orang. Saya pula sering berkata kepadanya, "Takkanlah you tak tahu kot... memang memang macam tu lah budaya orang sekarang, masing-masing cari peluang dan ambil kesempatan. Masing-masing mata duitan. Takkanlah you tak ada experience kot..."
Memang suami saya akui memang inilah hidup di zaman sekarang. Kalau kita tak berjaga-jaga, semua orang akan mengambil peluang dan kesempatan untuk kenakan kita. Nauzubillah min zalik.
Kalau kita hidup hanya ada "Aku dapat apa?" lebih baiklah kita tanya diri sendiri, 'Nak tak kalau orang lain buat macam tu pada kita?'
Semoga Allah swt tunjukkan kita jalan yang lurus untuk menuju ke Jannah. Aamiin.
Wassalam.
Kalau dapat taman macam ni... bestlah...