Assalam
Alhamdulillah, hari ini kami dah pun sampai Andalusia. Selepas San Sebastian, kami masuk ke Madrid, Sepanyol dan tinggal di ibu negara Sepanyol selama dua malam. Alhamdulillah juga hotel di Madrid itu sungguh unik, kerana ia merupakan hotel yang dideko mengikut seni yang paling menarik. Kebetulan juga hotel itu terletak di kawasan posh kota Madrid, tentunya sangat selesa. Selain dari melawat tempat-tempat yang menarik di kota Madrid, kami sempat juga pergi shopping. Barang-barang yang menarik harganya juga lebih rendah dari Paris. Ada juga barang-barang Peranchis yang harganya lebih murah di Madrid. Di kota Madrid juga kami sempat melepak-lepak di malam hari untuk melihat budaya orang Sepanyol.
Alhamdulillah, kami senang dapat makanan halal. Saya masih ingat lagi, ketika kami di Sepanyol dulu, memang tidak mudah untuk mencari makanan halal. Tidak macam sekarang, di mana-mana sahaja mudah untuk mencari makanan halal.
Selepas tinggalkan kota Madrid, kami ke Toledo, kemudian ke Cardova dan selepas itu ke Sevilla. Esok, insyaa-Allah kami akan ke kota Granada dan Malaga. Hari di sini sangat panjang. Subuh dah masuk 4 .30 pagi dan maghrib 9.45 malam
Okeylah, dah lewat malam di sini, saya perlu rehat. Hasta la vista buat anda semua.
Wassalam.
Tepi laut di San Sebastian
San Sebastian
San Sebastian
Kota Madrid
Dalam perjalanan ke Madrid
San Sebastian
di San Sebastian
juga San Sebastian
Di kota Madrid- tak jauh dari hotel
Plaza Mayor di Kota Madrid
Taman di tengah kota Madrid
Churros - pastri istimewa Sepanyol
Ini adalah kopi minuman Nabil
Kota Madrid