Sekali lagi Minah bersembang dengan opah. "Opah nak tahu, opah?"
"Apa bendanya?"
"Kenapa agaknya orang marah-marah, bila harga minyak naik mendadak?"
"Hai takkanlah tak marah kot? Bila minyak naik, semuanya naiklah. Kadang-kadang benda yang tak kaitan dengan minyak pun kena naik juga. Maklumlah... alasannya kos sara hidup dah naik." Kata opah, cuba menjelaskan.
"Hebat juga opah ni, ya? Semua opah tahu."
"Alah mata aku bukak selalu. Kalau aku asyik tido je, memanglah aku tak tahu. Aku selalu baca surat kabo tu. Aku tahulah. Lagipun, aku dengo depa semua dok merungut pasal barang naik harga. Siapa yang tak marah?"
"Iyalah, opah. Yang teruknya ialah orang-orang yang sedia susah. Apa yang boleh diaorang buat? Tiba-tiba saja. Bukannya senang nak cari jalan keluar. Sebenarnya opah, bukan pasal subsidi yang orang marahkan tu, tapi ... pasal macam-macam benda kat tempat kita ni. Banyak sangat benda yang tak dibuat untuk rakyat. Cakap aje. Misalnya kat bandar ni... siapa nak ambik kisah pasal peniaga-peniaga kecil? Depa ni kebanyakannya memang orang Melayu. Tempat sewa mahal, ni barang pun mahal... macam mana depa nak meniaga? Tak ada siapa yang nak tolong depa. Yang tukang bercakap memang ramai. Yang susahnya, orang kita hak tahu agama, memang tak suka nak jolok-jolok ni, itulah depa susah nak dapat tolong. Orang yang nak tolong tu biasanya nak kena hulur dulu. Tak hulur tak jalan!" keluh Minah pula.
"Aku tahu sangat, Minah. Cuba kamu tengok Si Bidin tu. Kesian kat dia. Semua buat tak kena. Mintak lesen, depa tak mau bagi... buat-buat tak tahu je. Bila bukak warung tak berlesen, depa pakat campak gerai dia... depa peduli apa? Bukan depa yang nak bagi makan anak bini Bidin tu! Depa suruh dia pi sewa kat gerai yang depa bagi... kat tempat 'jin bertendang', macam mana nak meniaga? depa tak sensitif langsung. Cuba Bidin huluk sikit... mesti depa tak kacau dia. Kamu tak tengok, Minah? hak depa lain tu, boleh pun meniaga... depa tak kisah nak kacau. Kenapa boleh macam tu?"
"Tak apalah, opah. Kita nak cakap pun payah. Sepatutnya tanggungjawab depa untuk tolong orang macam Bidin tu. Tapi depa kata orang Melayu ni mengada-ngada! manja sangat! Tak mahu berusaha. Tak nampak pulak manja macam mana? Sebenarnya depa susah, tapi tak ada yang nak tolong depa bagi boleh buat meniaga dengan baik. Orang lain boleh, sebab depa banyak dapat bantuan daripada geng depa. Lagipun, depa senang nak huluk. Orang kita ni... tak maulah buat macam tu."
"Tak usah kisahlah. Depa ingat Tuhan tak nampak kot. Kalau dok buat kerja macam tu selalu... yang tu lah kita dok tengok bangsa kita tak menjadi. Tu... anak depalah tu! yang dok makan ganja, dok lepak kat tepi jalan... dok kacau orang sana sini. Depa dok bagi anak depa makan duit haram!"
"Isy, opah... biarlah. Kalau depa buat dosa, biarlah depa tanggung sendiri."
"Aku tau. Depa nak buat dosa, buatlah... tapi yang nak buat kerja baik ni... siapa nak tolong depa ni?"