Sekadar hiasan
Salam pagi Jumaat
Antara anak dara dengan janda... huhu, isu hangat, kan? Tapi saya tahu hari ini, ramai kaum Adam yang tak kisah pun untuk memilih mereka yang berstatus 'janda' untuk dijadikan isteri, sekalipun lelaki itu masih bujang dan tak pernah berkahwin. Ada yang berkata, "Baiklah kahwin dengan janda daripada anak dara yang tak dara," huhu... satu lagi isu sensitif. Tetapi begitulah pendapat orang. Ada yang begitu dan ada yang begini. Kata mereka, "Janda dah kita tahu melalui proses halal, tetapi anak dara yang tak dara... lain pulaklah ceritanya."
Okeylah... apa yang saya nak bangkitkan ialah kedudukan mereka yang berstatus janda di mata masyarakat. Ada perempuan, mereka lebih bimbangkan 'janda' daripada 'anak dara', kerana bagi mereka, para suami lebih suka pada 'janda' daripada anak dara, wallahua'lam. Ada orang berpendapat, biasanya wanita berstatus 'janda' lebih elok karakternya daripada anak dara bila dijadikan isteri, kerana 'janda' biasanya tak mengada-ngada. Kalau 'anak dara' banyaklah songehnya.
Tetapi... apa bezanya anak dara dengan janda? Bukankah semuanya perempuan juga, yang mempunyai hati dan perasaan? Takkanlah kerana mereka berstatus 'janda' masyarakat perlu memandang serong atau rendah pada mereka? Yang peliknya, kaum Hawalah yang begitu, mungkin kerana 'janda' dikatakan menggugat kedudukan mereka, terutama bila 'janda' itu menarik perhatian suami mereka.
Kalau difikirkan, memang kelakarlah sebab kita suka membeza-bezakan manusia ini mengikut 'status' mereka. Seolah-olah bila mendapat gelaran 'janda', kaum Hawa itu mempunyai kekurangnya, sedangkan status 'anak dara' yang ada pada sesetengah wanita itu tak semestinya membawa erti 'kesempurnaan' sebagai wanita. Saya pernah kenal seorang wanita muda yang belum berkahwin (anak dara ke?) yang pernah duduk dengan suami orang bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, dia 'give up' kerana sang lelaki tak sudi untuk mengawininya, lalu mencari pasangan lain untuk dijadikan suami. Dia mata masyarakat, tentulah wanita itu dianggap sebagai 'suci-murni' kerana memegang status 'anak dara', tetapi hakikatnya Allah swt sahaja yang tahu.
Yang peting, bukan status tetapi akhlak kita. Kalau kita pandai memuliakannya, maka kita jadi manusia berakhlak, kalau tidak... memang duduk dalam tong sampahlah jawabnya. Anak dara atau janda, sama saja.
Okeylah... mungkin kita perlu renungkan hal ini dan mungkin juga belajar untuk ubahkan persepsi kita tentang status sesiapa sahaja yang bergelar insan hamba Allah.
Wallahua'lam.