Assalam
Belum sempat update cerita 'Lima Kali Lima'. Semalam sehari suntuk saya sibuk termasuk pergi ke KL dan meronda di IKEA Kampung Pandan. Lain yang dicari, lain pula yang dibeli! Masya-Allah. Sampai di rumah, saya keletihan. Mujurlah semasa pagi tu, saya dah berurut. Kiranya badan macam okeylah. Alhamdulillah.
Semalam juga di Nilai hujan. Dah dua minggu tak hujan. Harap-harap hari ini hujan lagi. Saya suka tengok tanah basah, tidak kekeringan. Rahmat Allah. Di Lenggeng juga tak hujan-hujan. Merana juga pokok tanaman kami, tetapi syukur kerana masih mampu untuk menyiram. Kalau tak, kesianlah pokok-pokok.
Hari ini, saya tak ada masa sangat nak menulis. Petang nanti pun saya nak ke Lenggeng. Alhamdulillah, Lenggeng project is doing well. Sebenarnya kebanggaan suami saya. Dia yang berpenat lelah untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik. Apa-apa pun, saya bersyukur pada Ilahi kerana memberi nikmat ini.
Wassalam.
