Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, September 27, 2012

Nak Kahwin Ke, Tak Nak?

                      Sekadar hiasan

Salam

Kalau anda muda dan belum berkahwin lagi, tentu isu kahwin ini akan berada di minda anda. Nak Kahwin ke atau tak nak? Kahwin itu menjadi kewajipan kita kalau kita orang Islam, asal cukup syaratnya. Pun begitu, kalau anda orang perempuan, biasanya akan tunggu orang datang meminang. Kalau tak ada, terpaksa tunggu lagi, kan? Tapi hari ini, orang perempuan pun boleh usaha untuk cari jodoh. Tak ada salahnya. Nabi Muhammad SAW juga pernah dilamar oleh orang perempuan dan semestinya itu bukan satu kesalahan. Cuma orang kita kadang-kadang terlebih jaga, jadi terpaksa tunggu ajelah.

Dalam hal ini, seelok-eloknya, kita jangan main 'rembat' sahaja siapa-siapa untuk dijadikan jodoh kita. Berhati-hatilah. Sebaik-baiknya biarlah kita kahwin sekali sahaja dalam hidup dan selamat hingga akhir hayat. Namun begitu, siapalah kita ni kan? Mungkin itu yang kita rasa baik, tetapi Allah SWT lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin ada yang baik kahwin sekali, tetapi ada juga yang lebih baik bila kahwin kali kedua atau ketiga, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kalau anda gagal berkahwin kali pertama, jangan pula anda putus asa. Kemungkinan apa yang Allah SWT sediakan untuk kita untuk kali kedua, jauh lebih baik dan bermakna. Ada juga orang yang terpaksa berkahwin berkali-kali sebelum bertemu dengan yang terbaik buat hati dan jiwanya. Subhanallah.

Kita jangan sesekali putus asa dan merasakan bahawa segala dugaan yang datang itu tak mampu kita atasi. Insya-Allah, kalau kita usahakan untuk kuatkan semangat, insya-Allah kita mampu untuk berdepan dengan apa saja. Jangan kita matikan semangat bila gagal dalam perkahwinan, kerana walaupun gagal, kita tetap terus hidup. Kalau kita masih hidup, maknanya kita perlukan kebahagiaan dan kerana itu, eloklah kita usaha untuk mencari ganti bagi kegagalan yang pertama atau kedua.

Nak kahwin ke, tak nak? Hehehe... eloklah kalau kahwin...

Wassalam.

PS: Saya dimaklumkan kalau anda ada tablet android, anda dah boleh baca buku-buku e-book. Jom try dan pergi ke link ini:
  http://www.e-sentral.com/search/byid/1713