Assalam
Sepanjang hujung minggu saya kesibukan. Ada banyak kenduri, ada banyak aktiviti, jadi tak sempat nak berblogging. Alhamdulillah dapat buat apa yang kami nak buat termasuklah mengemas garden kami. Bagi saya dan suami, garden kami sangat penting kerana setiap kali ada bunga, ada buah dan ada macam-macam yang tumbuh, kami berasa sangat tenang and happy. Anugerah Ilahi.
Hari ini sajalah saya nak berkongsi cerita. Kebetulan pada hujung minggu yang lepas, kami ke sesuatu tempat di atas nama urusan. Kebetulan kami berjumpa dengan seorang wanita bernama 'S'. Entah kenapa, saya sangat bersimpati padanya kerana saya tahu S sangat baik hati orangnya. First time jumpa, sangka saya mungkin dia tua 10 tahun daripada saya, rupa-rupanya dia muda setahun daripada saya.
Dia pernah tinggal dan bekerja di KL dan pada usia yang agak matang, S berhenti kerja dan berkahwin dengan seorang duda anak 6 yang juga merupakan orang kampung dan bekerja kampung. S yang baik hati itu telah membesarkan anak-anak suaminya dan apa sahaja yang dia ada dia korbankan untuk mereka.
Walaupun S tiada anak sendiri, namun dia masih baik hati untuk menjaga anak-anak tirinya. Hari ini S hidup dalam keadaan yang sangat daif walaupun pada asalnya dia bukan orang susah. Malah adik beradiknya juga merupakan orang-orang yang senang. Keadaan tempat tinggalnya sangat daif dan keadaan hidupnya juga bagaikan tak terurus. Macam-macam yang S lakukan untuk pastikan keluarganya okey, namun semua orang 'take advantage' di atas kebaikannya. Itulah kata mata dan hati saya dan suami.
Rakan kami juga ada bersama kami ketika itu. Malah S telah bisikkan sesuatu pada suami saya. Katanya, "Cakaplah pada R (rakan kami), tak payahlah kahwin kalau tak jumpa orang yang betul-betul baik hati. Lebih baik hidup bujang saja."
Sememangnya rakan kami R belum berumah tangga lagi, namun kami faham perasaan hati S yang terpaksa hidup dalam keperitan kerana ahli keluarganya tidak bertanggungjawab. Masing-masing lepas tangan dan mudah 'membuli' wanita yang baik hati ini.
Begitulah kita manusia, kadang-kadang bila terlalu baik hati akan ada mereka yang menjadikan kita mangsa mereka. Daripada senang boleh jadi susah. Daripada ada semuanya, boleh jadi hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah hatinya dan jiwanya. S masih merupakan seorang wanita yang tinggi maruahnya. Alhamdulillah. Walaupun orang di sekeliling mengambil kesempatan, dia masih mempunyai hati budi yang sangat mulia. Memang payah nak jumpa wanita Muslimah seperti S.
Satu pengajaran buat kita semua.
Tips untuk anda semua. Jangan lupa, kulit kita mudah berkedut kalau selalu 'expose' pada matahari. Kulit juga mudah berkedut kalau terlalu lama duduk dalam kawasan berhawa dingin dari pagi sampai petang atau malam. Kulit kita akan menjadi tua daripada usia kalau kita tak jaga. Wallahuaklam.
Wassalam.
Sekadar hiasan