Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Friday, July 02, 2010

Mengapa Bunuh Diri?




Mengapa ada yang terfikir untuk bunuh diri?

Kalau bagi kita orang Islam, kita katakan orang itu sesat dan tidak beriman. Tetapi jangan kita fikir bahawa orang kita tak melakukannya. Sudah berkali-kali saya mendengar tentang hal ini yang terjadi kepada orang kita, yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mungkin kita perlu renungkan dan fikirkannya.

Baru-baru ini gempar dengan cerita kematian pelakon Korea Park Yong Ha, yang pernah suatu ketika dahulu memegang watak penting dalam drama Korea 'Winter Sonata'. Beliau dikatakan membunuh diri mungkin kerana kemurungan yang melandanya. Ibunya yang ketemu mayatnya yang digantung dengan wayar charger telefon bimbit!

Bayangkanlah... seorang pelakon dan penyanyi yang sedang popular tidak tahu menangani kemurungan lalu terus sahaja membunuh diri. Baru 32 tahun usianya... ada segala-galanya, namun tidak mempunyai rasa untuk menghayati sebuah kehidupan. Seolah-olah itulah jawapan bagi segala apa yang tidak mampu kita atasi di dunia ini. Singkat sungguh fikirannya.

Bagi kita orang Islam, sekiranya kita mempunyai masalah, tak kiralah berat mana sekalipun, kita ada Tuhan yang mahu mendengar segala rintihan dan keperitan yang melanda diri. Namun, janganlah jadikan Tuhan sekadar tempat untuk kita hampiri apabila berdukacita sahaja. Cintailah Allah SWT setiap saat dan detik yang ada. Hanya dengan Dia sahaja hidup kita bermakna. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jalankan amanah dan segala yang dianugerah.

Hiduplah secara sedang-sedang dan sederhana.