Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, February 03, 2009

Untung-Rugi

Ramai yang mula panik kerana keadaan ekonomi dikatakan bertambah meruncing. Di siaran berita malam tadi, saya melihat beberapa orang yang mengurut-urut belakang kepala di depan skrin pasaran saham kerana takut melihat pasaran yang sedang jatuh merudum! Tension! Di United Arab Emirates, dikatakan ramai yang main 'blah' tinggalkan Dubai dengan meninggalkan kereta-kereta mereka sekali di pekarangan lapangan terbang Dubai. Kereta bersepah-sepah tak bertuan kerana tuannya dah cabut lari!

Entahlah, saya pun tidak faham dengan sesetengah manusia ini, yang merasakan bahawa hidup di dunia ini sekadar mengira 'untung-rugi' sahaja. Kalau rasa tak untung, maka mereka akan terus pergi. Tak ada lagi perasaan 'loyalty' kepada tempat yang mereka mencari rezeki. Kita mudah panik apabila 'wang-ringgit' kita kaitkan. Mungkin ramai akan kata saya tidak sensitif, tetapi percayalah, saya pernah melalui semua keadaan seperti ini. Percayalah juga, Tuhan memberi kita ilmu dan kita hanya perlu berusaha dan tidak berputus asa. Kalau kita cepat melatah, memang kita taka akan berjaya.

Hidup di dunia bukan sekadar pentingkan material sahaja. Banyak benda lain yang sama pentingnya. Misalnya hormat-menghormati, kasih-sayang... semua ini tak dapat kita nilaikan dengan 'wang-ringgit'!