Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, November 12, 2013

Perempuan Phuket

Assalam

Kalau anda merupakan follower saya sejak dulu lagi, mungkin sudah pun baca tentang Phuket semasa saya ke sana pada tahun 2009, lebih kurang 4 tahun yang lalu (begitu pantas masa berlalu). Ketika itu, macam-macam yang saya ceritakan kerana itu merupakan kali pertama saya ke sana. Namun kali ini, saya mahu sentuh tentang hal yang pernah saya sentuh sebelum ini. Tentang perempuan.

Phuket merupakan antara destinasi yang popular bagi lelaki yang mencari 'perempuan'. Malah, ia juga merupakan tempat mencari 'Lady boy', lelaki yang menyerupai wanita. Mudah cerita, kalau di sana dan anda terjumpa 'wanita' yang cantik sungguh-sungguh, kemungkinan besar 'wanita' itu bukan 'wanita' tetapi 'lady boy', istilah popular untuk lelaki yang teringin untuk jadi wanita. Di Phuket, 'wanita murahan' (yang betul perempuan) nya memang ketara kelihatan 'gedik' dan sangat popular buat sang lelaki yang ke situ untuk mencari mangsa (tak kira tua atau muda). Rata-rata juga 'rama-rama' ini tidaklah cantik mana pun. Ada tu memang tak cantik langsung! Tapi... biasalah, lelaki yang 'mencari' mereka bukannya kisah sangat tentang 'rupa'. Mereka hanya mahukan 'seks' sahaja. Bila melihat keadaan yang begitu, saya bersimpati pada kaum wanita yang sanggup untuk buat apa sahaja kerana wang! Sememangnya wanita yang tidak menghargai diri mereka begitulah kedudukannya, kelihatan murah, malah sangat murah! Perempuan kalau sanggup merendahkan mertabat untuk dapatkan wang dan seks, memang tidak perlu kita hormati, sekadar bersimpati.

Lelaki pula, kerana seks, kadang-kadang mereka juga sama sahaja kedudukannya, membawa diri mereka jadi rendah, sanggup bayar apa sahaja, walaupun mereka tidak jatuh cinta. Malah, sekalipun perempuan itu tak ada rupa, mungkin tak ada apa-apa sangat yang menarik, tetapi kerana mahukan ****, mereka sanggup bermain dengan kata-kata 'sayang' dan 'cinta' seolah-olah semua itu tak ada makna apa-apa. Begitulah keadaannya.

Tak kiralah sama ada kita di Phuket atau di mana-mana, tetapi kalau kita merupakan wanita, jangan biarkan diri kita dijatuhkan maruah. Jangan jadi 'alat' untuk sang lelaki yang mahukan kita sekadar buat sementara sahaja. Walhasil, siapa-siapa pun boleh berikan 's***', tapi apakah kita mahu jadi perempuan yang begitu? Tak kiralah kita muda atau tua, cantik atau hodoh... tapi jadilah wanita yang ada ilmu dan jadilah wanita yang cerdik. Jadilah wanita yang tahu agama dan jadilah wanita yang meletak 'harga' pada diri hinggakan tiada sesiapa pun yang boleh membelinya! Wallahuaklam.

Wassalam.