Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, October 31, 2011
Sekadar Alasan
Salam semua
Pada hujung minggu yang lepas (baru je semalam-hehe), saya sibuk melayan cucu, terutama cucu sulung saya Yusufia. Ketiga-tiga orang cucu saya sekarang ni dah pandai berjalan, jadi... letihlah bekejar-kejar dengan mereka. Maklumlah, ketiga-tiganya masih belum bercakap, tapi lasaknya Tuhan sahaja yang tahu. Apa pun, memang seronok melayan ketiga-tiganya. Kebetulan, menantu saya (ibu Yusufia) terpaksa balik ke negara asalnya (sekejap sahaja) kerana ada urusan dokumen yang perlu dilakukan, jadi Yusufia pada siang harinya, tinggal dengan kami pada hari-hari bekerja dan pada hujung minggu, lepak sekali dengan baba nya. Huhu... kebetulan juga semalam ada majlis perkahwinan (kawan Irfan - baba Yusufia), jadi kami ke Bangi dan bawa Yusufia sekali. Petang pula, kami berjalan-jalan ke Banting untuk cari pisang. Ketiga-tiga orang cucu saya memang suka makan pisang.
Okeylah, semasa di Bangi (menghadiri majlis perkahwinan), saya bertemu dengan kawan-kawan lama. Kebetulan, ayah kawan Irfan (yang adakan majlis perkahwinan) juga merupakan anak bekas bos saya. Ramailah orang UKM yang hadir di majlis itu. Banyaklah berita tentang teman-teman yang saya dengar, terutama mereka yang sakit dan meninggal dunia (saya dah tak duduk di Bangi lagi, jadi biasanya banyak miss berita). Kebanyakan mereka adalah kakitangan akademik yang jauh lebih senior daripada saya.
Bila teringatkan kawan-kawan lama ni, saya juga teringat kepada seorang teman (lelaki), yang suatu ketika dahulu agak baik juga dengan saya. Kami pernah tinggal di sekitar tempat yang sama semasa belajar di United Kingdom. Dia dah pun berkeluarga, begitu juga saya. Ketika di sana, tiba-tiba saya dapat berita yang dia mahu berpisah dengan isterinya (ketika itu dah ada anak tiga orang). Saya pun terkejutlah. Rupa-rupanya dia sudah jatuh cinta kali kedua dengan seorang gadis yang cantik menawan (isterinya juga boleh tahan cantik). Katanya kepada saya, memang salah dirinya. Namun dia juga beri pelabagai alasan mengapa perkahwinannya tidak dapat dipertahankan lagi. Biasalah... bila dah tak hendak, ada-ada sahaja alasannya. Tetapi ketika itu, saya tidaklah mahu bersangka buruk padanya.
Maka berpisahlah dia dengan isteri pertamanya dan menikahlah pula dengan isteri kedua. Kemudian, saya diberitahu bahawa dia terpaksa berpisah dengan isteri pertama kerana bakal isteri kedua tidak mahu bermadu. Adoi. Isteri pertama pula, tak kisah kalau bermadu sekalipun.
Setelah pulang ke Malaysia dan selepas bertahun-tahun lamanya, kawan saya hidup bahagia dengan isteri kedua yang cantik menawan itu. Kawan saya ditukarkan tempat kerjanya ke daerah lain pula. Isterinya tidak ikut sama kerana ada kerja yang tak boleh ditinggalkan. Setelah berulang-alik ke tempat kerja barunya, saya dengar cerita lagi. Kawan saya dah ada awek baru. Seterusnya begitulah... kawan saya asyik bertukar isteri. Bila dah lama terjadi begitu, dia sudah tak mahu beri apa-apa alasan lagi. Saya pun tak mahu komen apa-apa, kerana itu adalah hidup dan hak dia.
Yang pasti, saya dapat rasakan bahawa kawan saya terkilan dengan perjalanan hidupnya. Mungkin bukan itu mahunya, tetapi dia tidak dapat mengawal nafsu.
Moral of the story.... bila kita dengar tentang keruntuhan 'rumah tangga', janganlah kita dengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Jangan juga kita beri alasan dengan menyalahkan satu pihak sahaja. Semasa kita muda, kita mungkin tak berfikir panjang. Bila kita dah matang, barulah kita sedar akan kesilapan yang pernah kita lakukan.
Saya selalu teringatkan isteri pertama teman saya itu. Saya selalu cuba bayangkan perjalanan hidupnya yang tiba-tiba sahaja terpaksa pikul segala beban akibat perbuatan suaminya, yang suatu ketika dahulu sangat menyanyangi dirinya dan anak-anak.
Saya sekadar bercerita untuk mengingatkan kita semua bahawa kita sekadar menumpang di dunia ini sahaja.
Wallahua'lam.
Sunday, October 30, 2011
Nak Hidup Lama?
Salam
Kalau tanya siapa-siapa pun, hampir semua orang hendak hidup lama, maknanya mahukan umur yang panjang. Hanya orang yang kepalanya kurang betul saja yang tak mahu hidup lama. Huhu... apa pun, itu bukan hak kita untuk menentukannya. Hanya Allah SWT yang tahu dan tentukan bila kita akan mati. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Kadang-kadang, dah buat semua tu, masih juga tak kesampaian.
Tapi, adakah kita ambil kisah tentang kualiti hidup kita? Maknanya, masa-masa hidup kita yang berlalu ini, adakah ia penuh makna buat kita atau sekadar hidup sahaja?
Weh, confuse lah! Apa ni, nak cakap apa ni?
Susah jugak ek, nak explain apa yang saya nak kata ni.
Pendek kata, apa yang saya nak kata ni ialah adakah kita berasa bahagia dengan hidup kita?
Tapi, bahagia tu apa?
Banyak orang keliru, malah ramai juga yang tak tahu. Kalau kita masih muda, mungkin bagi kita bahagia itu bila kita sedang bercinta. Kalau nak tahu... itu sekadar cerita Hindustan atau drama Korea sahaja. Sebenarnya, bahagia itu berkaitan dengan macam-macam dalam hidup kita, bukan setakat bercinta sahaja. Bercinta hanya sebahagian sahaja, mungkin 10%, mungkin lebih, mungkin juga kurang, tapi kasih sayang antara insan di sekeliling kita itu adalah penting. Bagaimana perhubungan kita dengan mereka yang dekat dengan kita? Adik kita, ibu bapa kita, abang kita, kakak kita, kawan kita, jiran kita, rakan sekerja kita, bos kita, rakan sekolah kita, rakan kolej kita, kawan lama, kawan baru dan macam-macam lagi.
Kalau kita rasa hidup kita dikelilingi dengan kasih sayang insan-insan yang dekat dengan kita, walaupun kita tidak bercinta dengan siapa-siapa, kita akan tetap rasa bahagia.
Kita tanya diri kita, kesihatan kita bagaimana pula? Jangan ingat kalau kita muda, kita tak perlu ambil tahu tentang hal itu. Ini sangatlah merugikan, kerana dari mudalah kita kena jaga kesihatan. Cubalah jangan merokok. Bukan kerana rokok itu macam racun, tetapi ia juga satu kaedah yang membazirkan apa-apa pendapatan kita. Sangat merugikan.
Lakukanlah senaman. Kata orang putih, 'be active', jangan asyik duduk goyang kaki. Memang rugi. Kalau tak tahu nak buat apa pun, bawalah berjalan kaki setiap hari. Tiga puluh minit pun dah okey dah.
Lepas tu, jagalah makan. Jangan main 'tibai' aje. Bila bersarapan, biar makan elok-elok dan puas-puas. Sarapan itu penting. Makan tengah hari dan makan malam, biar kurang. Cuba juga kurangkan makan nasi, kecuali kalau kita memang kena buat kerja berat. Jangan amal minum air bergas. Kalau kita hanya kerja kat ofis, cuba jangan makan nasi terlalu banyak. Takut nasi itu berubah jadi gula dalam badan. Apa pun, jangan terlalu berpantang makan. Makan secara bersederhana, makan semua yang baik-baik, cuma berjaga-jaga.
Jangan biarkan hidup kita terikat dengan apa 'orang kata'. Kadang-kadang kita lakukan perkara-perkara yang kita tak suka. Kita buat kerana kita rasa itulah yang elok dibuat, kerana kita percaya dengan cakap orang. Malah, jangan terlalu terikat dengan 'media'. Kadang-kadang mesej-mesej yang dipaparkan adalah iklan semata-mata, bukan baik untuk kita pun. Soal-soal material lah yang selalu memerangkapkan kita dalam hal-hal yang tidak sihat. Kad kredit, hutang personal dengan bank, beli barang-barang elektronik yang kita tak perlukan, hiburan yang membuang masa kita dan tak menguntungkan, malah banyak lagi perkara-perkara yang merugikan 'kualiti' hidup kita.
Belajarlah untuk relaks pada masa-masa tertentu (misalnya di hujung minggu), pastikan anda cukup tidur, pastikan juga anda bangun awal pagi (baik untuk mental dan kesihatan badan), hubungkan diri kita dengan alam, dengan pokok, dengan binatang, dengan alam sekeliling. Jangan suka membebel, jangan suka bergosip kisah orang, jangan suka jaga tepi kain orang tak tentu pasal, lakukan perkara-perkara baik untuk orang lain. Setiap kali kita baik pada orang, setiap kali itulah jiwa dan hati kita berasa lega. Kita akan berasa lebih bahagia bila hati dan jiwa kita lega.
Rajinlah membaca. Itu adalah satu cara untuk tenangkan hati dan jiwa. Kalau tak suka baca berat-berat, bacalah yang ringan-ringan. Membaca sangat baik untuk otak kita. Kalau umur panjang tetapi otak tak sihat pun, tak guna juga, betul, kan? Kalau kita ada anak, adik dan lain-lain, ajarlah mereka untuk suka membaca. Malah, ajaklah suami dan isteri untuk suka membaca.
Dalam semua hal, paling penting dalam hidup kita, pastikan diri dekat dengan Tuhan. Jangan abaikan solat. Solat wajib itu wajib, tetapi rajin-rajin juga buat solat sunat. Yang wajib itu memang dituntut, tetapi yang sunat itulah perbuatan kita yang menunjukkan 'kasih' kepada Allah SWT. Rajin-rajin berzikir, rajin juga berdoa. Bersyukurlah selalu. Rajin-rajin juga buat solat taubat. Rajinlah bersedekah, tetapi jangan suka minta sedekah. Buatlah amalan sebaik mungkin agar diri sentiasa berasa tenteram dan aman.
Panjang umur atau tidak, itu adalah hak Allah SWT, yang penting kita cuba hidup dengan berasa bahagia, aman, tenteram, suka dan terasa nikmat dan kualitinya. Semoga kita hidup aman dan bahagia bukan sekadar di dunia, tetapi akhirat juga, insya-Allah.
Wallahua'lam.
Friday, October 28, 2011
Kepala Otak Lucah!
Salam
Wow! Pagi Jumaat... tak baik cakap macam tu laaa...
Teringat kisah lama, masa saya masih bekerja. Ada sesetengah rakan kerja lelaki memang suka bawa topik-topik lucah di pagi Jumaat. Tak tahulah kenapa, tetapi yang pasti bila pagi Jumaat aje, kepala otak dia orang memang penuh dengan kisah lucah. Suatu ketika dahulu, bila Internet baru bermula, ramai 'puak lelaki' yang rajin melayari apa-apa yang ada kaitan dengan 'kelucahan', bagaikan suatu 'entertainment' baru. Masa tu, saya memang rasa hairan kenapa itu yang mereka carikan, pada hal kebanyakan mereka sudah pun berkahwin. Agaknya memang lumrah sifat lelaki kot, saya pun tak tahulah.
Tetapi yang menghairankan saya sekarang ini sebab banyak juga blog yang saya melawat (terutama nama gempaq) suka bawa topik-topik lucah dalam entri-entri mereka. Lagi lucah lagi bagus, sebab hits menjadi gempaq! Bukan hanya blogger lelaki yang suka bawa kisah lucah atau semi lucah, malah blogger wanita pun sama naik! Masing-masing dah jadi 'desperado', mahukan hits yang 'gempaq-gempaq'!
Huh! letihnya. Lelah bila difikirkan betapa kita sebagai manusia mudah sangat tertekan dengan hal-hal seperti ini. Maknanya hidup kita tidak bebas kerana kita terikat dengan hal-hal kecil seperti 'hits' sedangkan banyak hal yang penting kita tolak tepi.
Untung sangat ke kalau 'hits' kita tinggi? Apa yang kita dapat sampaikan kita tak kisah pun nak bawa tajuk-tajuk 'merepek' dalam blog kita asal kita rasa itu akan tarik ramai untuk datang menjenguk? Kesiannya kita. Tak kesian ke? Sebab yang untung besar bukannya kita pun, tapi mereka di luar sana. Huh!
Kenapa tidak kita 'enjoy' saja berblogging tanpa ambil kisah berapa ramai orang yang datang dan berapa ramai yang jadi follower kita. Tak penting semua tu, yang penting ialah kebebasan kita untuk menulis sesuatu yang berfaedah untuk orang lain membaca. Kalau sekadar terkejar-kejar mahukan orang ramai datang ke blog kita dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan 'attention', akhirnya nanti kita akan jadi letih, lesu dan bosan! Malah, kita akan jadi tertekan dan bagi mereka yang tak tahan, mungkin tak pasal-pasal sakit jantung pulak! Hanya kerana blog?
Tak rasa rugi ke kalau terpaksa buat macam tu? Takkanlah kita kemaruk nak jadi popular kot? Kalau tak boleh jadi macam selebriti kat luar, kita teringin pulak nak jadi selebriti kat alam maya ni? Kalau ada yang sanggup ambil gambar seksi-seksi kat luar untuk masuk majalah dan surat khabar, kita kat alam maya ni pun sama naik, gilakan 'glamor' hingga sanggup bawa kisah-kisah lucah dalam blog kita.
Saya memang berasa pelik dengan keadaan ini kerana memang pun benar, bila ada sahaja tajuk 'lucah' pada entri blog-blog tertentu, menderu-deramlah yang datang singgah, nak baca apa benda yang ditulis 'blogger' berkenaan. Kadang-kadang tak ada apa sangat pun, sekadar hendak tarik perhatian sahaja. Tapi itulah caranya. Pathetic betul!
Apa pun, gambarannya sama sahaja, kalau kita suka bawa tajuk lucah pada entri blog kita, memang sahlah kepala otak kita penuh dengan perkara lucah!
Kalau anda masih muda, inilah nasihat saya kepada anda... jangan biarkan diri terikat dengan perkara 'lucah' kerana ia tidak sihat dari segi jiwa dan mental anda. Elakkan diri daripada suka dan 'terbuai-buai' dengan hal-hal seperti ini. Kalau kita biarkan kepala otak kita dipenuhi dengan bahan lucah, personaliti kita juga akan berubah menghala ke arah itu. Anda semua perlu ingat bahawa 'perogol' dan mereka yang seangkatan dengan itu, kepala otaknya penuh dengan inspirasi 'lucah'. Takkanlah kita nak rendahkan diri kita ke tahap itu kot?
Fikir-fikirkanlah apa yang saya bentangkan ini. Semoga kita sama-sama cuba bersihkan diri dengan berfikiran positif dan jauhilah dari apa-apa yang ada kaitan dengan semangat 'lucah'.
Wallahua'lam.
Thursday, October 27, 2011
Ada Dua Kasta Di Negara Ini
Salam pagi Khamis buat semua,
Sudah ada angin kencang bertiup yang menyatakan bahawa sebuah rangkaian kedai buku (berasal dari luar) akan akhirkan operasinya pada hujung tahun ini. Bukan itu sahaja, malah sudah ada khabar angin yang menyatakan bahawa ada beberapa kedai buku elit yang turut akan tutup pada tahun hadapan. Alasan yang konkrit masih tidak jelas, tetapi kita sedar akan hal kenaikan harga sewa bangunan dan bil-bil tertentu yang membuatkan kedai-kedai buku berikut tidak dapat bertahan.
Apa pun, saya berasa terkilan bila dengar cerita bahawa sebuah rangkaian kedai buku elit yang telah aturkan satu pesta buku baru-baru ini, di mana hampir 95% buku-buku yang di 'Pestakan' itu merupakan buku-buku dari luar. Buku bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Tiada buku bahasa Melayu dan buku tempatan. Seolah-olah rangkaian kedai buku ini tidak ambil kisah pun tentang buku-buku Melayu yang ada. Bagi mereka, mereka hanya pentingkan golongan elit yang tidak suka baca buku Melayu.
Apa nak buat, kan? Kita tidak ada kuasa. Malah, saya rasa sedih bila menonton sebuah program di peti telivisyen semalam (TV3 - mengalu bulan bahasa Malaysia) yang bercerita tentang hal 'perkasakan' bahasa Malaysia, di mana pihak-pihak tertentu beria-ia mahukan bahasa Malaysia dijadikan bahasa yang utama di negara ini. Konon-konon semua iklan mestilah dibuat dalam bahasa Malaysia. Bahasa lain boleh ada juga, tetapi bukan dijadikan bahasa utama. Konon-konon juga, bahasa Malaysia lah yang dapat buktikan 'jati diri' rakyat Malaysia.
Pernahkah anda berada di LCCT? Saya selalu perhatikan, di lapangan terbang itu, hampir terlalu sedikit arahan yang dibuat dalam bahasa Malaysia. Semuanya dalam bahasa Inggeris, seolah-olah orang ramai yang naik kapal terbang Air Asia semuanya bukan rakyat Malaysia. Jati diri apa macam tu? Setiap kali saya ke lapangan terbang itu (memang tak jauh dari rumah saya), selalu saya lihat orang ramai yang terkial-kial kerana tak faham arahan dalam bahasa Inggeris yang terpampang di dinding lapangan terbang itu. Payah sungguh nak jumpa arahan yang dibuat dalam bahasa Malaysia. Yang sedihnya, orang yang sama juga melaung-laungkan 'Satu Malaysia'. Saya tak tahu di mana letaknya 'jati diri' satu Malaysia!
Malah, bertambah sedih lagi kerana sudah bertahun-tahun lamanya saya masih menunggu untuk Govenor Bank Negara bercakap dalam bahasa Malaysia/Melayu di peti telivisyen. Tak pernah pun! Malu sangat ke nak cakap Melayu ni? Boleh jadi rebah mertabat ke kalau tak cakap bahasa Inggeris? Tak ada kelas? Takkan dia tak tahu cakap Melayu kalau pandai pun pakai baju Melayu? Memang saya tak percaya orang bijak macam tu boleh tak tahu cakap bahasa sendiri! Mustahil... kerana dulu pun dia belajar di sini sahaja. Malah, mak ayahnya cakap Melayu.
Begitulah kita di Malaysia. Masih ada kasta-kastanya. Kasta 'rakyat biasa yang bukan golongan elit' dan kasta 'Elit'. Dalam banyak hal, ini masih terjadi dan akan terus terjadi. Laungkanlah apa sahaja, tetapi kalau kita tidak atasi hal-hal seperti ini, maka akan berterusanlah masalah ini.
Saya pun memang tak kisah nak tulis hal ini di blog ini, sebab saya juga tahu tak ramai mana 'elit' yang masuk ke sini. Saya tulis dalam bahasa Melayu maa, bukan bahasa Inggeris.
Wallahua'lam.
Wednesday, October 26, 2011
Adikku Pun Berubah
Salam semua
Hari ini hari Rabu dan tentunya bagi mereka yang bukan beragama Hindu, sedang duduk relaks-relaks atau mungkin makan angin dan menghabiskan hari libur bersama keluarga.
Hari ini, saya ingin bercerita tentang keluarga. Biar dicincang sekalipun, air yang mengalir tak akan terputus. Begitulah hebatnya ikatan silaturahim kalau diikutkan teori dan lumrah hidup. Pun begitu, ada kalanya perjalanan hidup kita tidaklah semudah teori alam. Air yang mengalir deras sekalipun, kalau diletak penahan, akan terputus jua. Ahli keluarga kita adalah manusia juga, dan masing-masing ada egonya, ada perasaan, ada sifat-sifat negatif dan positif dalam diri. Kerana semuanya manusia biasa, maka tidak larilah daripada melakukan kesilapan. Tahu-tahu, masing-masing sudah tidak betegur sapa. Menjadi lagi rumit bila ada yang suka menyucuk, suka menyampai-nyampai dan suka buat andaian dan cerita. Maka akan terputuslah ikatan silaturahim.
Alhamdulillah, hari ini adik saya dan isterinya berangkat ke tanah suci Mekah untuk tunaikan ibadah Haji. Saya masih ingat lagi kenakalan adik saya ini ketika dia masih remaja. Adik saya memang nakal 'tahap gaban' hinggakan semua orang kenal dia, terutama cikgu-cikgu sekolah kami di Sekolah Menengah Clifford. Malah, suatu ketika dahulu, semasa sedang membesar, dia pernah tinggal dengan saya dan suami dan ketika itu, saya jadi letih dengan kenakalannya yang payah untuk dikawal. Namun, saya yakin dia akan berubah dan Ahamdulillah, Tuhan telah ubahkan dia untuk jadi insan yang lebih baik, murahkan rezekinya, mencerahkan laluannya. Saya bersyukur di atas kurniaan Allah SWT. Hari ni, adik saya telah jadi insan yang kami hormati. Dia bukan sekadar tidak lupa pada teman lama, dia juga tidak lupa kepada guru-gurunya terutama guru disiplinnya.
Semoga adik saya dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat.
Hari ini hari Rabu dan tentunya bagi mereka yang bukan beragama Hindu, sedang duduk relaks-relaks atau mungkin makan angin dan menghabiskan hari libur bersama keluarga.
Hari ini, saya ingin bercerita tentang keluarga. Biar dicincang sekalipun, air yang mengalir tak akan terputus. Begitulah hebatnya ikatan silaturahim kalau diikutkan teori dan lumrah hidup. Pun begitu, ada kalanya perjalanan hidup kita tidaklah semudah teori alam. Air yang mengalir deras sekalipun, kalau diletak penahan, akan terputus jua. Ahli keluarga kita adalah manusia juga, dan masing-masing ada egonya, ada perasaan, ada sifat-sifat negatif dan positif dalam diri. Kerana semuanya manusia biasa, maka tidak larilah daripada melakukan kesilapan. Tahu-tahu, masing-masing sudah tidak betegur sapa. Menjadi lagi rumit bila ada yang suka menyucuk, suka menyampai-nyampai dan suka buat andaian dan cerita. Maka akan terputuslah ikatan silaturahim.
Alhamdulillah, hari ini adik saya dan isterinya berangkat ke tanah suci Mekah untuk tunaikan ibadah Haji. Saya masih ingat lagi kenakalan adik saya ini ketika dia masih remaja. Adik saya memang nakal 'tahap gaban' hinggakan semua orang kenal dia, terutama cikgu-cikgu sekolah kami di Sekolah Menengah Clifford. Malah, suatu ketika dahulu, semasa sedang membesar, dia pernah tinggal dengan saya dan suami dan ketika itu, saya jadi letih dengan kenakalannya yang payah untuk dikawal. Namun, saya yakin dia akan berubah dan Ahamdulillah, Tuhan telah ubahkan dia untuk jadi insan yang lebih baik, murahkan rezekinya, mencerahkan laluannya. Saya bersyukur di atas kurniaan Allah SWT. Hari ni, adik saya telah jadi insan yang kami hormati. Dia bukan sekadar tidak lupa pada teman lama, dia juga tidak lupa kepada guru-gurunya terutama guru disiplinnya.
Semoga adik saya dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat.
Monday, October 24, 2011
Kalau Jatuh, Bangkitlah Semula
Salam
Ada orang bercerita, katanya dalam hidup kita, kemungkinan kita akan bertemu dengan kerenah yang membebankan, berkali-kali. Tak mustahil untuk kita jatuh berulang-ulang kali. Kadang-kadang kita rasa seolah-olah semua masalah dalam dunia ini memang suka hinggap pada kita.
Katanya lagi, kalau kita melayan perasaan, maka sememangnya kita akan terasa beban yang dipikul. Pun begitu, kalau kita tidak biarkan diri kita dibebani dengan perasaan kurang senang, tidak mustahil kita akan berasa lega dan tidak tertekan. Bila ada masalah, cubalah untuk atasinya. Belajar untuk tidak takut berdepan denga masalah. Anggaplah masalah itu sebagai sebahagian daripada ilmu yang perlu kita pelajari.
Orang yang selalu jatuh dan berdepan dengan masalah, lebih banyak belajar daripada mereka yang jarang jatuh. Biasanya juga, orang yang berjaya dalam hidup, sudah biasa dengan masalah, kerana masalahlah mereka mampu melengkapkan diri dengan kekurangan yang pernah dialami. Jadi... janganlah kita takut untuk berdepan dengan masalah atau kejatuhan.
Orang yang jatuh, biasanya mampu bangkit dan menjadi lebih kuat. Tetapi, kalau kita tak pernah jatuh, kalau terjatuh nanti, mungkin tak tahu bagaimana untuk bangkit semula. Sepatutnya, lagi banyak masalah yang datang, bertambah bijak kita jadinya. Jangan biarkan masalah melemahkan kita. Jangan biarkan teman-teman melemahkan semangat kita kerana masalah yang ada. Kawan yang tidak menyokong, sebenarnya bukan merupakan kawan kita. Kalau mereka sekadar berkawan semasa kita senang dan lari semasa kita susah, janganlah dekat dengan mereka lagi.
Kata-kata ini sekadar memberi semangat kepada anda yang membaca entri ini. Ingatlah... bila kita ada masalah, tidak bererti kegelapan yang ada itu tak akan jadi cerah lagi. Malah, kalau kita bijak mencari jalan, kemungkinan kita akan bertemu dengan cahaya yang jauh lebih terang. Yakinlah, insya-Allah,Tuhan akan bantu.
Sunday, October 23, 2011
Hai Sayang...
Salam
Kalau tiba-tiba sahaja anda menerima mesej yang berkata, "Hai sayang... dah lama tak dengar berita," dan datangnya mesej itu daripada orang yang anda dah lama minat. Mesti bergoncang jantung anda kan? Hehe... ini saya maksudkan buat mereka yang 'single dan available'. Bagi mereka yang ada ruang dalam hati yang perlu diisikan, tentulah respons yang mengejutkan itu akan membuatkan anda jadi 'gabra'. Percaya atau tidak. Real atau mimpi atau ilusi. Huhu...
Kalau anda seorang perempuan, tentu anda dapat rasakan 'approach' yang datang dari si dia yang agak positif. Begitu juga kalau 'si dia' beri komen yang macam ni, "Cantik baju u hari ni... warnanya kena dengan you...lembut je macam orangya juga." Kalau kebetulan anda juga berkenan dengan 'si dia' tentu anda tahu bahawa anda dan dia mungkin sedang menuju ke arah yang sama. Suka sama suka. Kalau dia tak berkenan pada anda, dia tak akan kisah warna apa yang membuat anda kelihatan ayu. Pun begitu, itu merupakan ayat-ayat indah untuk menunjukkan 'niat' nya. Sebenarnya bagi matanya, apa sahaja warna yang anda kenakan, semuanya cantik belaka. Kalau hari ini anda pakai biru laut dia kata cantik, esok anda pakai baby pink dia kata anda menarik.
Begitulah mata orang yang sedang 'jatuh cinta'. Kadang-kadang pada wajah memang tak ada apa-apa yang menarik pun, tapi bila hati jatuh pada 'personaliti' seseorang itu,segala-galanya jadi indah belaka. Betullah kata orang, kan dari mata turun ke hati... isy, maksud saya dari hati turun ke mata.
Saya bercerita kerana tadi ada member buat panggilan pada saya. Katanya, inilah yang sedang melandanya. Jatuh cinta.
Okeylah... saja nak naikkan mood pada malam ini. Langit nampak gelap dan angin pula agak kuat tiupannya Tak tahulah nak hujan atau tidak. Di negara Turki hari ini, ada gempa bumi yang kuat dan sudah beratus yang mati. Di utara kita, Thailand sedang dilanda bajir, begitu juga Kemboja. Malah, ada negara-negara Amerika Selatan yang sedang dilanda banjir. Teringat masa saya kecil dulu, Kuala Kangsar selalu dilanda banjir. Bila hujung tahun, kami selalu berasa dingin. Pergi sekolah, kami pakai baju sejuk.
Wassalam dan Selamat Malam.
Saturday, October 22, 2011
Sekadar Kehidupan
Salam
Oh ya, saya tahu yang ramai juga pembaca saya tercari-cari novel terbaru karya saya. Ramai yang search di blog ni dan tentunya tak jumpa apa-apa. Kalau jumpa pun...alamak, entri lama. Apa nak buat... bukan tak nak siapkan, tetapi banyak sangat komitmen yang lain. Maaflah ya...
Saya memang tak suka pada mana-mana ketua negara yang lupa daratan, atau yang rasa macam dirinyalah yang terhebat. Kalau tak ada dia, maka sangkanya negara tak akan bergerak maju. Seolah-olah dialah manusia terhebat dan kerana itu dia mempunyai hak untuk buat apa sahaja, termasuk kaut segala harta yang ada untuk cukupkan sampai bila-bila bagi keturunannya. Pun begitu, saya juga bukan mempunyai hati yang kejam. Rasanya memang tak sanggup nak main bunuh siapa sahaja seolah-olah nyawanya tiada harga. Namun... beginilah keadaannya, sekalipun mereka merupakan orang Islam. Bila ada kesempatan, masing-masing akan buat apa sahaja tanpa pedulikan agama. Memang sedih dengan apa yang kita lihat terjadi di Libya. Bagi saya, terlalu ramai orang Islam yang tidak Islamik. Mereka tidak hormat pada jenazah,juga tidak menjaga adat berperang. Mungkin mentaliti mereka tidak Islamik walaupun mereka sentiasa laungkan kebesaran Tuhan. Wallahua'lam.
Okeylah... petang ini saya akan ke rumah adik saya kerana ada majlis doa selamat. Adik saya akan berangkat untuk tunaikan ibadah haji. Semoga Tuhan permudahkan ibadah mereka nanti, insya-Allah.
Di petang ini, saya ingin berbicara tetang apa yang menjadi tarikan buat saya menulis. Ada orang kata bahawa saya menulis tentang cinta, mungkin ada kebenarannya. Namun,bagi saya, isu utama saya sering bangkitkan ialah tentang 'kehidupan'. Apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita? Itulah yang paling menarik buat saya. Masing-masing inginka sesuatu dan kadang-kadang manusia jadi 'blur' atau keliru. Ramai yang tidak pasti apa yang mereka mahukan dan isu seperti ini sentiasa memberi idea buat saya, kerana saya juga sedar bahawa tiada manusia yang tidak inginkan kebahagiaan.Cuma mungkin insan di dunia mempunyai keinginan yang berbeza.
Ada orang mencapai 'kebahagiaan' sekadar tinggal di rumah yang comel, di tepi sungai dengan sekeping tanah kecil, mempunyai isteri dan anak-anak yang serba ada, mempunyai teman yang setia dan persekitaran yang selesa. Ada orang pula, semua itu tidak cukup. Mereka mahukan lebih dan sebuah kehidupan yang mencabar. Terpulanglah pada apa yang kita mahukan. Kerja saya ialah untuk bercerita dan berkongsi maklumat dengan pembaca tentang apa-apa yang saya anggap menarik dalam kehidupan.
Friday, October 21, 2011
Hati Yang Terusik
Salam pagi Jumaat buat semua,
Semalam, hati saya terusik bila membaca sesuatu yang pernah diingatkan oleh seorang peninju ternama dunia. Katanya, apa-apa yang mempunyai nilai tinggi, tidak terletak di tempat yang mudah kita dapat. Ia tersorok. Misalnya batu permata, termasuk berlian dan juga emas. Kalau mahukannya, terpaksalah kita bekerja keras untuk masuk ke tempat-tempat yang jauh ke dalam atau tersorok. Begitu juga mutiara yang tersimpan nun jauh di dalam lautan. Kalau seorang wanita meletakkan nilai yang tinggi pada dirinya, itulah yang perlu dilakukan, tidak 'expose' kan dirinya seperti barang-barang yang tidak ada nilainya. Huh! Memang dalam maksud yang ingin dipaparkan, sedalam Lautan China yang luas.
Saya juga membaca sesuatu yang telah diceritakan oleh seseorang, katanya dengan adanya Internet, banyak orang tergamak untuk meluahkan segala perasaan di laman-laman sosial. Bila berlaku satu perceraian, akan adalah tuduh-menuduh dan paparan yang mengaibkan yang dibuat kepada pasangan. Masing-masing tidak mahu menerima hakikat bahawa jodoh mereka sudah tiada. Malah, akan melegakan kalau dapat menyakitkan hati pasangan yang sudah menjadi 'bekas'. Malangnya, perbuatan aib-mengaib, akhirnya akan menjadi melarat dan merosakkan segala ikatan, malah memunahkan aib sendiri.
Saya tidak tahulah... tetapi mungkinkah laman-laman sosial yang wujud sekarang ini akan menimbulkan lebih banyak kesan yang tidak baik daripada yang baik? Atau mungkinkah terlalu banyak yang menggunakannya sebenarnya merupakan mereka yang tidak matang fikiran dan tidak bijak? Maka dengan itu, laman sosial tidak digunakan untuk perkara yang baik, tetapi sebaliknya. Ramai sangat yang guna laman sosial untuk melepaskan perasaan marah dan dendam dan akhirnya mendatangkan mudarat kepada orang yang bertindak demikian. Yang pasti, orang lain yang membaca akan jadi meluat dengan perbuatan mereka yang begitu!
Fikir-fikirkanlah.
Okeylah... bekas Presiden Libya, Muammar Gaddafi telah pun mati dibunuh. Beginilah berakhirnya satu kehidupan seorang bekas ketua negara. Apabila kuasa dan harta menjadi keutamaan, dan perasaan rakyat tidak dihiraukan, sekalipun mungkin pernah melakukan yang terbaik buat negaranya, kematiannya berubah menjadi sesuatu yang sangat mengaibkan. Sungguh malang. Semoga perkara seperti ini akan membuka hati kita semua. Biarlah kita dijauhkan daripada perkara-perkara buruk yang kini sedang menimpa negara-negara di Yemen, Syria, Bahrain dan lain-lain.
Apa pun, keadaan ekonomi global sungguh meruncing. Di Malaysia, kesannya masih belum terasa dengan serius, namun sudah ada gelombang kecil yang datang menghampiri pantai. Walaupun belum serius, bahangnya sudah ada. Maka, berjaga-jagalah kita. Jangan terlalu relaks dan buat andaian bahawa kita 'kebal' dari segala masalah dunia.
Semoga Tuhan melindungi kita.
Thursday, October 20, 2011
Berbudi Dengan Bumi
Salam semua
Pagi ini di Nilai dan saya percaya di merata-rata tempat juga, hujan turun dengan lebatnya. Saya suka berada dalam keadaan cuaca yang dingin begini. Mungkin mereka yang bergantung pada pertanian, kurang suka kalau hujan di pagi hari, terutama mereka yang menoreh getah. Pun begitu, memotong getah juga sudah ada teknologi berbeza, tak payah lagi memotong getah macam zaman saya kecil dulu. Kalau dulu, pagi buta orang dah bangun untuk pergi menoreh getah. Ada ladang yang terletak di kawasan hutan dan di sanalah mereka mencari rezeki. Dulu-dulu, memang biasa kita dengar orang kampung terserempak dengan babi hutan dan juga Pak Belalang!
Bayangkanlah, betapa susahnya orang dulu-dulu nak cari rezeki. Ketika itu harga getah masih terlalu rendah. Malah, bila kita kata yang keluarga kita merupakan mereka yang bergantung pada getah, maknanya mereka adalah orang yang hidup susah. Hari ini, semuanya sudah berbeza. Kalau anda mempunyai kebun getah dan kelapa sawit, maknanya anda merupakan orang senang, insya-Allah.
Okeylah... kita lihat pada mereka yang berketurunan Cina. Mungkin anda di hari ini tak pernah atau jarang-jarang melihat mereka yang datang dari kaum ini hidup dalam kesusahan. Tetapi masa dulu-dulu (saya sendiri pernah lihat dan tahu), masih terlalu ramai mereka yang berketurunan Cina, hidup susah. Pun begitu, kerana kesusahan itulah mereka yang berketurunan Cina bekerja keras dan kuatkan semangat untuk melakukan pelbagai aktiviti ekonomi untuk berjaya. Dulu-dulu (masa saya kecil pun saya selalu lihat), ada Amah atau orang gaji yang datangnya dari mereka yang berketurunan Cina. Malah, tukang kebun pun ada. Sekarang ini, mungkin kita bermimpi kalau kita dapat Amah yang berketurnan Cina Malaysia. Kalau dari negara China memang tidak mustahil.
Beginilah keadaannya. Tetapi yang peliknya, masih ramai orang Melayu terus-terusan hidup dalam kesusahan. Mungkin dari luar, kita rasa macam orang Melayu semuanya okey-okey belaka, tetapi kalau diselidik betul-betul, mereka yang okey-okey itu banyak yang hidup kais pagi makan pagi, dan ada yang nampak macam okey-okey, tetapi sentiasa dikelilingi hutang yang menimbun. Sungguh malang.
Pun begitu, ramai yang masih berkira-kira dan lebih sanggup duduk menganggur dari melakukan sesuatu yang boleh mencemerlangkan masa depan. Orang kita lebih suka makan gaji dan paling suka kalau dapat makan gaji di mana gajinya agak okey-okey tetapi kerja tak susah. Kalau boleh tak nak kerja yang kena masuk awal pagi dan pulang lewat. Lagi best kalau tak perlu buat kerja lebih. Tak suka kalau bos jenis bising-bising atau berkira dengan waktu. Mahukan bos yang beri segala kebebasan hinggakan kita 'hilang' dari tempat kerja pun okey.
Ada juga mereka yang suka cari kerja yang mudah dapat 'duit luar'. Lagi bagus 'duit luar' yang masuk, lagi hebatlah kerja tu. Adoi... memang susah, kan? Atau, patutkah kita kata perbuatan seperti ini kita anggap sebagai menyedihkan?
Kalaulah semua orang Melayu mahu berusaha macam orang Cina dulu-dulu, kan elok dan baik? Tak kira kalau kita kena potong getah sekalipun! Lagipun hari ini, kerja potong getah menjanjikan pendapatan yang lumayan, walaupun kita tinggal di kawasan kampung. Malah, lebih menguntungkan kerana tinggal di kampung tidak membebankan dari segi ekonomi. Bagi sayalah, apa salahnya kalau kita usahakan tanah kampung dalam hal perladangan dan pertanian, kerana hari ini, kerja-kerja seperti itu memang mampu mencemerlangkan masa depan kita.
Bagi mereka yang sedang fikirkan apa yang patut mereka lakukan untuk masa depan, kenapa tidak fikirkan tentang hal yang saya bangkitkan ini? Insya-Allah, saya percaya pertanian dan perladangan sangat secocok dengan orang kita dan saya pasti kita boleh melakukannya kalau kita berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang ini, kerja pertanian tidak sukar macam dulu-dulu. Tanam serai, tanam daun pandan, tanam limau nipis pun boleh mendatangkan pendapatan yang bagus!
Kalau anda ada ahli keluarga yang sedang mencari kerja (Tak kiralah graduate ke tidak), cuba anda galakkan mereka untuk berbudi dengan bumi. Insya-Allah ada rezeki yang baik di situ.
Wallahua'lam.
Wednesday, October 19, 2011
Tak Usah Bimbang Kalau Jatuh Pun
Salam semua
Semoga di pagi yang Rabu ini membawa keceriaan kepada anda semua.
Pagi ini, saya ingin maklumkan kepada anda bahawa antara entri-entri saya yang paling popular dibaca oleh pengujung blog saya ialah tentang 'Panggilan nama buat yang tersayang atau kekasih', 'Kenapa ada isteri yang curang?', 'Bosan dengan Si Dia atau suami sendiri,' 'Malam Pertama', 'Hentam Kawan di Facebook'... okeylah, kadang-kadang entri pupular ini berubah-ubah, mungkin bergantung pada keadaan. Huhu... namun, saya perhatikan banyak orang yang selalu mencari tajuk-tajuk yang mungkin ada kaitan dengan diri mereka.
Suka juga saya maklumkan bahawa semua anak-anak saya sudah pun berada di Malaysia... kalut juga bila mereka tak ada. Maklumlah, bila yang lelaki tiada di rumah, yang perempuan kelam-kabut menguruskan keluarga. Alhamdulillah, semuanya okey-okey. Banyak juga cerita tentang dunia buku yang dibawa kembali untuk dikongsi bersama kami. Almaklumlah, Pesta Buku Frankfurt memberi pendedahan tentang pergerakan bisnes buku secara global.
Saya akan ceritakan di entri yang lain selepas mendapatkan gambaran yang lebih lengkap, insya-Allah.
Pagi ini, saya ingin bercerita tentang 'Kejatuhan' atau mungkin apa yang boleh kita gambarkan sebagai 'Kemusnahan' atau 'Kerosakan' atau 'Bad Experience'... huhu... cakap Melayulah... 'Pengalaman yang Tak Elok'. Semalam saya menonton sebuah program yang mengisahkan seorang penulis terkemuka di Amerika Syarikat, bagaimana banyak perkara mengubah hidupnya setelah dia mengalami satu 'Pengalaman yang buruk'.
Kita selalu mengelak dari berlakunya sesuatu yang tak elok dalam hidup kita. Malah, kita benci kalau terpaksa melalui apa-apa yang memalukan, menyakitkan... perkara-perkara ini mampu membuat kita meminggirkan diri, atau mungkin membuat kita berada dalam keadaan yang 'down' atau 'kemurungan'. Kita payah nak berdepan dengan 'kejatuhan' kerana kita beranggapan bahawa kejatuhan akan merosakkan hidup dan masa depan kita.
Seperti cerita Si Kambing yang saya ceritakan di entri sebelum ini, kadang-kadang pengalaman yang pedih itu mampu mengubah hidup kita. Percayalah cakap saya ini, kadang-kadang (mungkin sering juga) apa-apa yang tak elok yang terpaksa kita lalui itu, sebenarnya sedang mengajar kita untuk lakukan sesuatu yang positif dalam hidup. Sebab itulah dikatakan bahawa 'pengalaman' itu adalah satu ilmu yang tak dapat kita bandingkan dengan wang ringgit.
Apabila kita membuat kesilapan dalam hidup, janganlah kita cepat putus asa. Kadang-kadang kita tak sedar pun kenapa kita terpaksa lalui kesukaran seperti itu. Sebenarnya, dalam banyak kes, kesilapan, kesukaran, kerumitan dan semua yang seangkatan dengannya, akan membuat kita lebih matang, akan menyedarkan kita dan mungkin juga akan membuat kita mengubah sikap kita, dan juga apa-apa yang relevan dalam hidup kita. Namun, sekiranya kita biarkan diri terbelenggu dengan 'Kejatuhan' dalam hidup kita dan terus biarkan pengalaman itu berlalu pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk memperbaikinya, maka kita akan terus berada dalam 'kegelapan'. Nauzubillah.
Sebab itulah kita kena tahu sejarah (walaupun bukan semua kisah yang dipaparkan itu mempunyai fakta yang tepat). Dalam Al-Quran, Tuhan menceritakan kisah-kisah yang berlaku di zaman Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, untuk menceritakan pengalaman Nabi-Nabi berkenaan, agar umat alam ini sedar dan faham akan Kebesaran Allah SWT.
Insya-Allah, kalau kita melakukan kesilapan, atau sedang dalam keadaan 'kejatuhan', atau sedang berdepan dengan 'masalah', janganlah kita asyik duduk termenung dan fikir yang bukan-bukan. Carilah jalan untuk mengatasi semua yang negatif itu, insya-Allah, orang yang berusaha keras untuk ubahkan nasibnya akan bertemu dengan 'penyelesaian'.
Tuesday, October 18, 2011
Kisah Kambing -Naikkan Semangat
Salam semua
Pagi ini, biar kita mencari idea yang boleh memotivasikan diri. Dulu, masa saya bekerja di UKM sebagai pegawai latihan, hari Selasa merupakan hari yang baik untuk kami mulakan kursus atau latihan untuk kakitangan. Hari Selasa, mood bertambah elok dari biasa dan semangat untuk menerima sesuatu yang baru juga meningkat tinggi. Insya-Allah, biarlah kita sama-sama berkongsi ilmu yang ada untuk meningkatkan kecemerlangan diri.
Di bawah ini, ada satu kisah tentang 'Si Kambing dan Perigi Buta', yang saya cilok dari blog orang lain (Tak ingat dah blog siapa), tetapi bagi saya cerita ini dapat memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang sering terasa diri selalu gelap-gelita. Carilah cahaya yang kita inginkan, kerana sinaran matahari sentiasa ada. Wallahua'lam.
Inilah kisahnya:
Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.
Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girangnya.
Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94:5-6)
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.
Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girangnya.
Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94:5-6)
Okeylah, semoga kita dapat pengajaran dari kisah si kambing ni.
Monday, October 17, 2011
Jangan Jadi Pemalas Maa...
Salam dan selamat pagi, semua
Semoga semuanya sihat-sihat belaka hendaknya. Hehe... stail tulis surat orang dulu-dulu. Masa saya budak-budak hinggalah saya remaja, sayalah tukang menulis surat untuk orang tua saya. Arwah abah saya tak pandai tulis rumi dan bahasa Melayu, maklumlah dia datang dari negara Arab. Jadi, setiap kali dia hendak hantar surat, sayalah orangnya yang menjadi 'tukang tulis'. Mungkin berkat dari situlah saya menjadi seorang penulis, atau mungkin juga 'passion' untuk menulis sudah ada dalam diri, walaupun saya masih muda ketika itu.
Malah, kalau nak tahu... saya juga menjadi tukang reka 'surat cinta' kakak saya. Hehe... dia orang pandai bercinta, tetapi tak tahu nak tulis apa...
Sekadar berkongsi cerita di pagi hari begini.
Hari ini hari Isnin, dan percayalah cakap saya, memang ramai yang liat nak pergi kerja pada hari Isnin. Ada tu, memang akan reka cipta 'sakit' untuk sengaja pontengkan diri. Kalau tak hari Isnin, hari Jumaat pula menjadi targetnya. Huhu... saya tahu sebab dulu masa saya bekerja, saya bekerja di bahagian 'Sumber Manusia' dan tentunya saya selalu berdepan dengan keadaan di mana ada staf yang jenis suka cari sebab untuk 'ponteng'. Bukan susah sangat nak dapat MC, pergi aje klinik, kata pada doktor yang kita sakit perut. Payah doktor nak tahu kesahihan cakap kita tu. Suka tak suka, doktor pun bagilah MC. Ada pula, mereka akan pergi ke klinik yang berbeza-beza. Wal hasil, kalau kaki ponteng memang begitulah caranya.
Apa pun, ke mana sahaja kita pergi, kalau itulah cara kita, memang kita tak popular. Bukan sekadar majikan atau pegawai atasan tak suka kita, rakan sekerja pun meluat dengan kita! Huhu... kalau nak tahu lagi, orang yang suka berkelakuan begini, biasanya jenis banyak cakap. Mereka akan berpura-pura atau suka berlagak pandai, seolah-olah tahu macam-macam, jadi bila ponteng diharapkan orang tak perasan akan kelakuannya yang tak elok itu! Mereka ini bijak memutar alam.
Mula-mula, memang orang tak perasan. Tapi bila selalu buat macam tu, 'hantu' pun akan perasan. Betul tak? Hehe... sebenarnya kalau kita jenis macam itu, kita sedang punahkan masa depan kerjaya kita. Ke mana sahaja kita pergi, tak akan ada sesiapa pun yang suka. Mungkin kita akan lompat-lompat tempat kerja atau bahagian kerja. Malah, kalau kita bekerja di syarikat besar atau badan kerajaan, yang pasti kita akan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya nanti, kita akan disumbat ke tempat yang paling tak glamor, di mana semua orang pun tak suka!
Okeylah... kalau kita tahu kita jenis macam tu, jom bangun dan ubahkan perangai kita itu. Jangan biarkan diri jadi mangsa perbuatan kita sendiri. Tak guna kita salahkan orang lain sebab kita memang tahu itulah diri kita. Seorang yang 'PEMALAS'. Huhu... memang sakit telinga kalau orang panggil kita begitu, tetapi itulah realitinya.
Biasanya, pemalas juga suka ponteng di pejabat. Pantang dapat peluang, mereka akan tidur atau terlelap! Kalau selalu buat macam tu, akhirnya akan jadi penyakit yang tak mahu hilang.
Kita suka kalau orang kata kita rajin. Tentunya 'pujian' boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja dengan baik. Malah, kalau kita rajin, siapa pun suka dengan kita. Bukan setakat 'bos' atau 'majikan', kawan pun suka, isteri atau suami pun suka, malah ibu dan bapa mertua lagilah suka. Tak ada sesiapa pun yang tak suka pada menantu yang rajin!
Terpulanglah pada diri kita sama ada kita mahu jadi insan yang rajin dan mampu mencemerlangkan hidup kita, atau jadi manusia pemalas yang tak tentu masa depan kita. Kalau kita tahu kita jenis 'pemalas', tak usahlah kita beri alasan. Terima sahaja kenyataan bahawa kita perlu ubahkan sikap kita.
Sebagai Muslim dan Muslimah, kita perlu jadi orang yang rajin dalam semua segi kehidupan. Bukan hanya di tempat kerja, tetapi di perkampungan kita, dalam masyarakat kejiranan kita, malah yang utama ialah di rumah kita. Biarlah semua orang sukakan kita kerana kita rajin, dan jangan biarkan diri jadi bahan 'meluat' orang lain kerana sikap kita yang 'pemalas'!
Wallahua'lam.
Friday, October 14, 2011
Simpan Duit Orang Untuk Beli Emas
Okey ke nak simpan emas berkoyan-koyan?
Salam
Hari ini, saya ada satu isu menarik yang saya nak bangkitkan. Isu hangat ini ialah tentang 'EMAS'. Sekarang ini, ramai yang gila-gila beli emas untuk pelaburan. Orang dah tak berapa ambil pusing dengan saham atau unit trust, tetapi ramai yang berusaha keras untuk kumpul emas. Biasanya, mereka tak beli emas perhiasan tetapi emas dalam bentuk shilling atau 'bar'. Kalau dikirakan memang menguntungkan. Jadi mereka yang banyak duit, itulah yang mereka lakukan, beli 'emas' banyak-banyak!
Dalam hal ini, bukan itu yang penting buat saya, kerana memang tak hairanlah kenapa orang ramai sibuk beli emas, sebabnya ialah kerana 'wang kertas' dah kurang nilainya dan tak boleh diharapkan sangat. Wang yang disimpan dalam bank juga nilainya akan turut merusut. Jadi... saya juga tak hairan bila dengar 'teori' yang mengatakan bahawa ramai yang lebih selesa simpan duit dan beli 'emas' dengan duit yang terkumpul.
Hah... lagi best sebab teori ini dikatakan sedang diamalkan oleh banyak kedai buku, terutama kedai buku besar. Kata cerita yang dianginkan ini, bahawa taukeh-taukeh guna duit jualan untuk beli emas dan tidak untuk bayar kepada penerbit. Jadi, kira untung di atas anginlah ni, sebab modal sudah disediakan oleh penerbit dan pengedar yang menghantar buku kepada mereka. Untungnya dikumpul dan dilabur untuk beli emas. Bayangkanlah, harga emas hari ini ialah sekitar RM180 untuk satu gram. satu kilogram ialah RM180,000. Kalau 10 kilo berapa dan 100 kilo pula berapa? Kalau disimpan dalam tempoh enam bulan ke setahun, bayangkanlah keuntungan yang boleh dikaut? Berlipat-lipat kali ganda. Atas angin sahaja! Sedangkan pihak penerbit kena tanggung beban bayar pecetak dan royalti penulis, transportation, lain dengan upah dan gaji, apatah lagi komisyen penjualan. Adoi!
Kedai buku bsar buat tak tahu sahaja tentang bayaran kepada penerbit. Mereka lebih sanggup berkelahi kerana tak rugi pun sekadar berkelahi sahaja. Lagipun... kalau dengan penerbit kecil, lagi okey kalau kena buli. Kalau penerbit kecil tutup kedai, lagi best! Terus tak payah bayar apa-apa lagi! Duit untung boleh simpan dan dijadikan harta karun.
Saya tidak tahu kesahihan teori ini, tetapi ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil. Memang ramai yang sedang buat begitu, ada sahaja duit, mereka beli emas dan terus beli emas lagi!
Saya tak kisah kalau anda semua nak beli emas sekalipun sampai bertan-tan, tapi... apa hal ni kalau ada yang sengaja tak nak bayar dan buat pekak saja? Kesianlah orang lain yang terpaksa tanggung macam-macam beban.
Wallahua'lam.
Salam
Hari ini, saya ada satu isu menarik yang saya nak bangkitkan. Isu hangat ini ialah tentang 'EMAS'. Sekarang ini, ramai yang gila-gila beli emas untuk pelaburan. Orang dah tak berapa ambil pusing dengan saham atau unit trust, tetapi ramai yang berusaha keras untuk kumpul emas. Biasanya, mereka tak beli emas perhiasan tetapi emas dalam bentuk shilling atau 'bar'. Kalau dikirakan memang menguntungkan. Jadi mereka yang banyak duit, itulah yang mereka lakukan, beli 'emas' banyak-banyak!
Dalam hal ini, bukan itu yang penting buat saya, kerana memang tak hairanlah kenapa orang ramai sibuk beli emas, sebabnya ialah kerana 'wang kertas' dah kurang nilainya dan tak boleh diharapkan sangat. Wang yang disimpan dalam bank juga nilainya akan turut merusut. Jadi... saya juga tak hairan bila dengar 'teori' yang mengatakan bahawa ramai yang lebih selesa simpan duit dan beli 'emas' dengan duit yang terkumpul.
Hah... lagi best sebab teori ini dikatakan sedang diamalkan oleh banyak kedai buku, terutama kedai buku besar. Kata cerita yang dianginkan ini, bahawa taukeh-taukeh guna duit jualan untuk beli emas dan tidak untuk bayar kepada penerbit. Jadi, kira untung di atas anginlah ni, sebab modal sudah disediakan oleh penerbit dan pengedar yang menghantar buku kepada mereka. Untungnya dikumpul dan dilabur untuk beli emas. Bayangkanlah, harga emas hari ini ialah sekitar RM180 untuk satu gram. satu kilogram ialah RM180,000. Kalau 10 kilo berapa dan 100 kilo pula berapa? Kalau disimpan dalam tempoh enam bulan ke setahun, bayangkanlah keuntungan yang boleh dikaut? Berlipat-lipat kali ganda. Atas angin sahaja! Sedangkan pihak penerbit kena tanggung beban bayar pecetak dan royalti penulis, transportation, lain dengan upah dan gaji, apatah lagi komisyen penjualan. Adoi!
Kedai buku bsar buat tak tahu sahaja tentang bayaran kepada penerbit. Mereka lebih sanggup berkelahi kerana tak rugi pun sekadar berkelahi sahaja. Lagipun... kalau dengan penerbit kecil, lagi okey kalau kena buli. Kalau penerbit kecil tutup kedai, lagi best! Terus tak payah bayar apa-apa lagi! Duit untung boleh simpan dan dijadikan harta karun.
Saya tidak tahu kesahihan teori ini, tetapi ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil. Memang ramai yang sedang buat begitu, ada sahaja duit, mereka beli emas dan terus beli emas lagi!
Saya tak kisah kalau anda semua nak beli emas sekalipun sampai bertan-tan, tapi... apa hal ni kalau ada yang sengaja tak nak bayar dan buat pekak saja? Kesianlah orang lain yang terpaksa tanggung macam-macam beban.
Wallahua'lam.
Thursday, October 13, 2011
Biar Pijak di Bumi Nyata
Salam semua
Bagi saya agak pelik juga bila dengar cerita tentang orang yang baru kahwin ni. Memang kita sering dengar ada orang takut nak kahwin sebab melihat keadaan hari ini yang tak putus-putus memaparkan kisah keruntuhan rumah tangga. Cerai sana, cerai sini, mana lagi dengan kisah kecurangan suami atau isteri, kes dera, kisah orang tak beri nafkah, kisah isteri pemalas dan kuat membebel. Semua ini boleh buat orang muda hari ini takut nak kahwin!
Tapi, pernah dengar kisah orang yang seronok sangat kerana dapat kahwin? Hinggakan terasa begitu istimewa dengan diri dan pasangan. Terasa bagaikan mereka sudah berada di pintu syurga, walaupun baru sahaja beberapa minggu menikah? Huh, hebat tu!
Hari ini, memang ada pasangan muda yang terasa bangga sangat-sangat kerana dalam usia muda mereka dah pun berkahwin sedangkan orang lain yang jauh lebih tua, tak kahwin-kahwin. "Menyampah gila aku tengok!" rungut seorang teman. "Macam dia orang aje yang kahwin. Pada hal dia tak tahu lagi, ini baru permulaan. Sekarang ni memanglah semuanya manis macam madu. Tunggulah nanti... baru dia tahu, madu boleh berubah jadi pahit macam hempedu!"
Hehe... iyalah... mula berkahwin memanglah macam tu. Tapi, berbulan madu bukan untuk selama-lamanya. Kalau tak jaga betul-betul, nikmat yang dirasai sekarang bila-bila masa pun boleh berubah. Jangan ingat bila kita berkahwin, segala-galanya menjadi 'roses' (kata orang putih lah). Bunga mawar yang kembang itu akan berguguran juga, yang tinggal teguh ialah durinya! Huhu...
Saya sekadar mahu mengingatkan sahaja, supaya pasangan muda jangan hidup dalam sebuah ilusi dan mimpi, jangan ingat bahawa kalau hari ini kita berasa hebat, setiap hari kita akan berasa hebat buat selama-lamanya. Putaran hidup sememangnya ada turun naiknya. Jadi, kita perlu sentiasa bersedia. Walaupun semua orang inginkan 'syurga', tak semestinya hidup di dunia terasa seperti syurga buat selama-lamanya. Kalau kita dah dapat suami atau isteri, jangan gelakkan orang lain yang masih tercari-cari, jauh sekali gelakkan mereka yang gagal dalam rumah tangga. Jangan mempersendakan orang lain dan lupa daratan!
Sama juga nasihat saya buat penulis yang karyanya sudah diterbitkan. Jangan terasa diri terlalu bagus dan mula lupa diri. Sekalipun sudah banyak menulis dan mungkin bukunya meletup-letup, jangan ingat bahawa kita akan berada di atas buat selama-lamanya. Dugaan dan ujian akan datang dan biarlah kita sentiasa pijak di bumi nyata. Kalau nak berangan pun, biarlah berpada-pada.
Bagi mereka yang sedang mencari teman hidup pula, janganlah main 'rembat' siapa sahaja yang lalu di depan mata kita. Biarlah kita berwaspada dan berjaga-jaga. Biarlah kita tahu siapa 'dia' sebelum kita terima sebagai pasangan hidup kita.
Insya-Allah, kalau kita berjaga, berusaha, bersyukur dan tidak tinggi diri, kita akan berasa lega dan tenang fikiran. Semoga kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada ini.
Wallahua'lam.
Wednesday, October 12, 2011
Jatuh Cinta Dengan Kata-Kata
Salam
Pagi ini saja saya nak bersembang tentang blog. Saya tutup akaun FB saya, jadi tak adalah saya mengintai FB orang. Tapi... kalau nak mengintai sangat, memang boleh. Ada macam-macam cara. Memang tak bijaklah kalau kita suka bergosip kat FB atau blog, kerana semua itu terdedah pada orang ramai. Tapi kadang-kadang, kalau kita bual tentang perkara yang benar, apa salahnya, kan? Cuma kita kena ingat akan risiko yang kita ambil tu.
Saya selalu juga masuk blog-blog followers saya. Kalau rajin, saya tinggal jejak, kalau tidak... hehe tak adalah...
Tapi kadang-kadang, saya rajin melayari alam maya ni dan masuk ke blog siapa-siapa saja. Saja seronok nak baca apa yang orang lain sedang fikirkan dan selalu juga saya masuk blog mereka yang tak ada kena-mengena dengan saya pun.
Baru-baru ini, saya 'termasuklah' blog mamat ni. Saya masuk pun dari blog orang lain, dan saya sangat tertarik dengan apa yang ditulisnya. Mamat ni komen tentang aktiviti-aktiviti 'Sisters in Islam' dan bagi mamat ni, SII ni tak Islam sangat. Mereka ini emosi dan mahu berfikir dari sudut keselesaan orang perempuan dan sering kali pula ahli-ahlinya memaparkan kata-kata yang bertentangan dengan apa yang ditulis dalam Al-Quran. Huh!
Saya tak mahu sentuh apa pendapat saya tentang hal ini, tapi saya suka akan keberanian mamat itu untuk luahkan pendapat dia. Mamat ini juga komen tentang filem-filem yang berlatarkan cerita hantu dan dia belasah teruk filem hantu yang terbaru ditayangkan di panggung-panggung wayang. Kata mamat ini, filem beginilah yang akan merosakkan orang Melayu yang sudah sedia mempunyai banyak masalah sosial. Katanya lagi, penerbit hanya fikirkan keuntungan yang mampu dikaut tanpa pedulikan kesan yang ditinggal kepada masyarakat yang kurang bijak! Wallahua'lam . Saya sendiri tak tengok pun filem yang dimaksudkan.
Apa pun, saya suka membaca kandungan yang dipaparkan di blognya. Banyak isi dan banyak juga yang buat kita berfikir.
Dalam pada itu, saya teringat kepada blog seorang 'awek' ni, yang dulunya saya pernah juga terjerat dengan 'penipuan' nya. Konon-konon dia cantik, pandai tetapi sedang sakit teruk. Dah tu, dia pandai menulis dan bahasanya memang 'power'. Saya terfikir-fikir juga ketika itu, mampukah awek yang berkata yang dia itu mempunyai darah campuran (mat salih campur Melayu) dan masih muda, menulis dengan gaya bahasa macam seorang Sasterawan Negara?
Perkara ini pernah saya bincang dengan pembaca saya, dan akhirnya kami dimaklumkan bahawa 'awek' itu bukan 'awek' yang benar identitinya. Awek itu sebenarnya kemaruk 'perhatian' dan telah berusaha untuk menyuruh orang ramai datang ke blognya. Hari ini, awek yang sebenarnya sudah berusia 40 an itu, dah tutup pun blog yang dimaksudkan. Hahaha... habis semua orang kena tipu!
Begitulah kehidupan di alam maya, kadang-kadang kita dikelentong oleh tuan punya blog. Malah, ramai yang kaki kelentong dan merayap-rayap di merata-rata tempat untuk mencari 'mangsa' nya. Sekali lagi saya ingin ingatkan anda semua supaya sentiasa berjaga-jaga. Jangan mudah sangat jatuh cinta dengan 'kata-kata' yang terpapar di alam maya, kerana kita tidak pasti dengan kata-kata itu dan siapa di belakang mereka yang berkata-kata!
Wallahua'lam.
Tuesday, October 11, 2011
Nak Isi Kekosongan
Salam dan selamat pagi,
Pagi ini (sedang saya menulis), hujan sedang turun di kawasan Nilai, alhamdulillah. Harap-harap hari ini cuaca baik-baik sahaja, tidak panas terik seperti semalam.
Okeylah, pagi ini saya hendak membawa anda semua fikirkan tentang isu yang saya letakkan pada tajuk entri saya, iaitu tentang kekosongan yang perlu diisi. Saya bukannya bercakap tentang kekosongan di hati (suami, isteri, pakwe atau makwe), tetapi kekosongan dalam industri buku hari ini!
Mungkin anda tak faham apa yang saya maksudkan, kan? Rasanya elok kalau saya bawa anda semua kembali kepada zaman kegemilangan 'Ahadiat Akashah', penulis prolifik, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi penulis yang sangat popular di kalangan pembaca remaja. Ketika itu, saya memang tak tahu apa-apa tentang dunia buku di Malaysia, kerana saya masih belum menulis. Malah, saya langsung tidak terlibat, termasuk tidak membaca buku-buku tempatan. Huhu...
Tetapi saya tertarik dengan apa yang pernah berlaku di zaman itu. Sebenarnya, Ahadiat lebih muda dari saya, cuma dalam segi penulisan, dia sudah lama terlibat, jadi dalam hal ini tentulah dia lebih senior. Saya bukan nak bercerita tentang hal itu sangat, tetapi saya nak bercerita tentang 'kuasa' yang Ahadiat ada kerana telah berjaya membuat banyak remaja suka membaca produk penulisannya. Saya juga sedar, bahawa sehingga hari ini, ramai yang marah-marah dan kritik gaya penulisan Ahadiat itu, kerana mereka kata Ahadiat lari dari gaya 'sastera' yang ada di negara ini terlalu jauh, terutama dari segi bahasanya. Saya juga bukannya nak bincang tentang hal itu, kerana bagi saya itu adalah hak Ahadiat sebagai seorang karyawan dan kita juga tak boleh menyekat daya kreativiti seseorang itu.
Bagi saya, yang menariknya tentang cara Ahadiat ketika itu, ialah beliau berjaya menawan hati kebanyakkan pembaca muda terutama pembaca lelaki. Hingga hari ini, belum ada penulis yang berjaya menawan hati remaja lelaki seperti mana telah berlaku ketika Ahadiat Akashah menjadi penulis popular!
Kalau kita perhatikan hari ini, rata-rata penulis hanya memberi tumpuan kepada novel-novel cinta yang sesuai untuk pembaca wanita. Bukan sekadar penulis wanita yang melakukannya, tetapi penulis lelaki juga. Mereka hanya mahu menulis untuk wanita kerana dikatakan bahawa remaja wanita yang suka membaca di negara ini!
Itulah kekosongan yang saya maksudkan yang perlu penulis hari ini fikirkan. Memang ada banyak buku-buku genre sci-fi yang dihasilkan, mungkin target untuk pembaca lelaki, tetapi nampaknya kurang menjadi. Mungkin tak ramai yang minat membaca produk sci-fi, atau mungkin juga produk sci-fi yang ada 'kurang kaw', jadi tidak mampu menarik pembaca lelaki untuk membaca. Begitu juga dengan novel-novel thriller, masih ada kekurangannya.
Kalau zaman Ahadiat ia menjadi, saya percaya dengan cara yang betul, perkara ini mampu berulang lagi. Penulis perlu fikirkan apakah 'genre' yang akan menarik perhatian pembaca lelaki hari ini. Kita semua mesti ingat, di zaman yang penuh dengan gadget yang canggih-canggih, kalau kita perhatikan kaum lelakilah yang suka dengan alat-alat ini, jadi sebagai orang kreatif, jom kita fikirkan cara paling kreatif untuk mengisi kekosongan yang ada ini!
Insya-Allah, hari ini, kedua-dua anak sulung saya dan anak kedua saya akan ke Frankfurt, Jerman untuk menyertai pameran di Franfurt Bookfair. Ini merupakan kali pertama KarnaDya ke sana. Tujuannya ialah untuk mendapat lebih banyak info dan mengembangkan lagi produk digital yang sedang KD bina. Semoga pemergian mereka ke sana akan memberi lebih hasil yang positif.
Monday, October 10, 2011
Orang Bijak Tahu Bawa Diri
Salam dan selamat pagi.
Teringat pula saya dengan cerita animasi Upin dan Ipin. Bila guru kelasnya masuk ke dalam kelas, ketua murid berkata, "Seeelamat Pagi, Cik Gu," dengan nada suara dan intonasi yang berlagu-lagu, membuatkan kita sentiasa teringat kepada cerita animasi itu. Sekarang ini, saya rajin juga toton Upin dan Ipin, sebab kena 'entertain' cucu-cucu saya! A'ah, budak-budak ni dah pandai tengok TV atau skrin komputer. Malah, dah pandai usik Ipad... huhu. Antara program yang dia orang suka ialah 'Alif Baa Taa', di mana sekumpulan kanak-kanak menghafal Alif Baa Taa sambil menari-nari. Budak-budak ni memang suka, siap bertepuk tangan lagi!
Okeylah, pagi ni saya nak bercerita tentang diri kita. Cuba kita berdiri di depan cermin dan lihat pada wajah kita, lalu bertanyalah pada diri kita, "Aku ni bijak ke tidak?". Kalau kita tak tanya, maka kita tak akan ambil kisah tentang hal ini, dan kerana itu, kita pun tak tahu jawapannya. Jadi, eloklah kita bertanya, mungkin kita jarang-jarang soal diri kita dengan soalan yang begitu. Iyalah, mungkin kita sentiasa anggap diri kita bijak, kan? Buat apa nak tanya lagi?
Memang betul, orang bijak adalah orang yang tahu bawa diri. Kalau orang dulu-dulu, mereka katakan bahawa masuk kandang kambing kita pun mengembek. Takkan masuk kandang kambing kita mengaum? Hahaha... kalau buat macam tu, jawabnya kita tak selamatlah.
Bila kita berkahwin, kita perlu tahu ambil hati mentua dan kaum kerabat suami atau isteri kita. Kita sepatutnya tahu untuk sesuaikan diri dengan mereka, bukan tunggu supaya mereka faham kita. Begitu juga bila kita berkawan, kita kena tahu sesuaikan diri dengan teman-teman, jangan harap supaya orang lain dengar saja cakap kita. Nanti, tak ada siapa yang nak kawan dengan kita!
Bila kita bekerja, sama juga. Kita kena tahu budaya kerja di tempat kerja kita itu. Kita kena bijak bawa diri dengan rakan-rakan kerja, kena tahu jaga hati bos kita dan teman-teman sekerja. Kalau kita suka sakitkan hati orang (tak kira siapa jua), akhirnya nanti kita yang akan makan hati. Lebih mudah sekiranya kita yang pandai bawa diri dan sesuaikan diri kita dengan orang lain.
Kadang-kadang, memang kita boleh buat apa yang kita rasa kita suka buat, tetapi dalam banyak hal, sebagai orang yang bijak, kita perlu tahu mengawal diri agar diri kita tidak tersepit nanti. Kalau kita terlalu ikut hati dan emosi, ke mana sahaja kita pergi, kita tak akan disukai dan akhirnya nanti, pastinya kita akan rugi.
Saya sekadar bercerita, untuk ingatkan diri saya juga.
Pada hujung minggu yang lepas, itulah yang saya perhatikan. Kebetulan, ramai jiran-jiran saya di Laman Kemboja (tempat tinggal saya), Kota Seriemas ni yang buat makan-makan di rumah mereka, jadi kami pun datanglah sebagai tetamu. Alhamdulillah, kami jiran tetangga, masing-masing belajar untuk sesuaikan diri dan kini, kami mampu hidup rukun damai, sayang di antara satu sama lain dan kami lindung-melindungi dan tentunya kami terasa akan keakraban hidup dalam kejiranan yang sangat harmonis. Kalaulah kami masing-masing tak tahu bawa diri, tentulah kami tak dapat hidup begini. Itulah yang saya rasakan.
Okeylah untuk hari ini. Renung-renungkanlah apa yang saya bentangkan ini. Percayalah... kalau hendak hidup aman, belajarlah untuk membawa diri kita, agar tak ada siapa-siapa yang benci pada kita nanti. Insya-Allah, kita sekadar berusaha dan Allah SWT yang menentukannya.
Friday, October 07, 2011
Cari Pengalaman, Bukan Material
Salam,
Perjalanan penulisan manuskrip novel terbaru saya terbantut, walaupun dah banyak yang saya tulis, terpaksa saya letakkan tanda koma. Kini, saya sedang beri tumpuan untuk habiskan skrip drama Bunga-Bunga Kemboja. Mungkin ada yang tertanya-tanya, senang kot nak tulis skrip dari novel sendiri. Huhu... memang tak senang. Waluupun ceritanya sama, cara tulis sangatlah berbeza. Kita terpaksa sampaikan cerita yang sama dalam bentuk yang akan difahami penonton TV bukan pembaca novel! Kadang-kadang, memang penat giler memikirkan apa yang perlu diambil dan apa yang tidak. Sudah tu pula, novel Bunga-Bunga Kemboja saya tulis dari sudut seorang 'Aku' yang merupakan hero ceritanya. Lagilah payah, tapi memang mencabar! Insya-Allah, saya akan siapkan juga, walaupun terpaksa berhenti ketika tak sihat.
Okeylah... pagi ini saya nak bercerita tentang sesuatu yang agak berbeza, iaitu tentang material vs pengalaman. Perkara ini ada kaitan dengan apa yang kita selalu fikirkan. Rata-rata, kita sebagai manusia, kerap kali tersasul kerana kita fikirkan bahawa 'material' atau 'wang' merupakan sesuatu yang tinggi nilainya. Mungkin kerana itu juga, kerap kali kita payah untuk mencapai kedamaian jiwa atau kebahagiaan. Bagi kita, matlamat hidup ialah untuk mencari duit yang banyak. Lagi banyak duit kita, bertambah bahagialah kita.
Namun, sudah terbukti bahawa fikiran yang begitu, sebenarnya merupakan satu ilusi semata-mata. Cuba kita ambil situasi ini. Bila kita berkawan dengan seseorang, nilai kawan kita akan naik tinggi di mata kita bila kawan kita itu suka memberi barangan (material). Bagi mata kita, dia merupakan insan yang baik hati kerana suka memberi hadiah. Tetapi, terfikirkah kita bahawa hadiah itu biasanya tidak bertahan lama mana. Mungkin sekitar beberapa bulan sahaja, atau beberapa tahun (dari nilainya juga akan merusut). Namun, sekiranya seorang teman memberi kita ilmu, atau berkongsi pengalamannya, itulah yang benar-benar bermakna dalam hidup kita, kerana ilmu dan pengalaman akan sentiasa ada di fikiran dan di jiwa sampai bila-bila.
Baru-baru ini, semasa saya berada di Bandung bersama ahli keluarga (suami, anak, adik, cucu, adik ipar dan anak-anak saudara yang lain) , pengalaman yang kami lalui bersama ketika di sana, cukup terkesan buat saya. Saya melihat betapa seronoknya dua orang anak saudara saya yang buat pertama kalinya ke sana, Malah, itu merupakan perjalanan jauh buat mereka. Perjalanan kami naik kapal terbang, tunggu di air port, sampai di Bandung, pergi ke rumah sepupu kami, check-in di hotel, pergi shopping, berjalan-jalan dalam kenderaan yang disediakan, dan macam-macam lagi. Sungguh, saya sudah berkali-kali berjalan ke merata-rata tempat dan dengan macam-macam orang, namun perjalanan itu sungguh bermakna buat dua orang anak saudara saya itu.
Kadang-kadang, itulah yang kita katakan bahagia, bila kita mampu untuk membahagiakan orang lain juga. Bukan dari segi material, tetapi dari segi pengalaman yang kita kongsi sama.
Saya sempat menonton sebuah program TV yang memperkatakan benda yang sama. Pengalaman bersama ahli keluarga, teman, jiran... mampu membuat seseoarng itu berasa seronok, lebih hebat daripada meningkatkan pendapatan seseorang itu. Sebenarnya ia menunjukkan bahawa 'material' itu penting untuk dijadikan asas kehidupan, tetapi kita perlukan pengalaman dan kemesraan untuk menjadi seronok dan bahagia.
Jadi... fikir-fikirkanlah. Mungkin apa yang saya coretkan ini ada kebenarannya.
Wallahua'lam.
Thursday, October 06, 2011
Cerita Dongeng Dunia Buku
Salam dan selamat pagi, semua.
Alhamdulillah, saya berasa lebih sihat dari sebelum ini. Anak saya Nabil pun dah selamat tiba di New Delhi. Katanya bahawa lapangan terbang New Delhi canggih, lebih canggih dari KLIA! Huh... hebat tu. Iyalah, kita jarang tengok apa-apa yang hebat di India kerana pihak media lebih suka tonjolkan semua yang tak menarik di negara-negara seperti India. Apa pun, mungkin dengan lawatan seperti ini, seseorang akan mengenali sesuatu tempat itu dengan lebih dekat lagi. Lagipun, India sangat besar dan penduduknya juga sangat besar jumlahnya, hanya kurang sedikit daripada negara China. Berbilion tu. Kata Nabil, hari ini dia akan ke Agra dan Jaipur.
Pagi ini, saya ada mood untuk berbual tentang dunia buku. Tak banyak yang akan saya sentuh, sekadar untuk mengisi sedikit ruang buat mereka yang ingin tahu. Sejak kebelakangan ini, memang terlalu banyak rungutan yang kami dengar daripada semua pihak. Rata-rata, ramai yang tak puas hati. Penulis, penerbit, dan semua yang terlibat. Malah, banyak juga rungutan dari penerbit-penerbit besar yang kami dengar. Banyak pihak yang dah tak sebulu dan kerana itu bagi saya dunia buku mungkin sedang melalui satu era baru, era yang sedang bergelombang. Banyak pihak penerbit dan pengedar tak puas hati dengan bayaran yang diterima dari kedai-kedai besar. Kata mereka, "Buku ambil banyak, tapi bayar seciput aje!". Entahlah... mungkin ada sesuatu yang sedang berlaku yang kita tak tahu atau buat-buat tak tahu. Ada pihak berkata yang sekarang ini sewa premis terlalu tinggi dan mahal dan kerana itu banyak pihak terjejas dengan kadar dan beban yang terpaksa dipikul. Apabila rangkaian kedai sudah jadi terlalu luas, duit pusingan menjadi masalah kerana ada kedai-kedai yang tak menjadi. Ada ura-ura bahawa ada cawangan yang terpaksa ditutup. Huh!
Ada penerbit, lebih senang buat penjualan buku melalui 'online' sahaja daripada diedarkan ke kedai-kedai, dan ada penerbit terpaksa simpan buku-buku di stor mereka daripada diedarkan.
Ada pihak penerbit yang dikatakan sedang berusaha untuk memulakan rangkaian kedai buku sendiri untuk mengatasi masalah ini. Ada pihak pula sedang berusaha untuk lakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. Orang kata, bila kita ada masalah, otak kita akan berubah untuk jadi lebih kreatif lagi. Hendak tak hendak, kita kena cari jalan untuk mengatasi masalah yang sedang berdepan dengan kita.
Bagi saya, kadang-kadang masalah yang sedang melanda ini akan membawa kita kepada sesuatu yang baru. Mungkin akan berlaku sesuatu yang lebih menarik, walaupun mungkin juga ramai yang terkilan, terutamanya penulis, kerana harapan mereka untuk berkembang dan cemerlang akan turut terjejas dengan masalah-masalah yang sedang timbul ini. Yang baiknya, kita jangan cepat putus asa. Teruskan usaha dan percayalah, setiap yang datang sebagai musibah, akan berganti dengan sesuatu yang lebih indah lagi. Kita perlu terus bersabar dan berusaha.
Saya tahu ramai yang akan buat-buat tak tahu dengan apa yang saya bincangkan ini dan mungkin akan ada yang menafikannya. Tetapi, kenyataan tetap merupakan kenyataan. Buat apa kita nak buat cerita dongeng, kan?
Bagi mereka yang menulis, teruskan menulis kerana ada pelbagai cara yang boleh meluaskan kebolehan kita itu dan bagi mereka yang suka membaca, teruslah membaca. Jadilah orang yang bijak yang sentiasa suka membaca.
Wallahua'lam.
PS: Dikhabarkan bahawa Steve Jobs, 'Apple Founder' telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Beliau merupakan pengasas kepada komputer Mac, Iphone, Ipad dan macam-macam lagi.
Wednesday, October 05, 2011
Agra dan Jaipur
Gambar di Jaipur
Salam
Saya masih kurang sihat, tetapi kata orang, taklah teruk sangat, insya-Allah akan pulih dalam sedikit masa lagi. Apa pun, pagi tadi saya jenguklah web KarnaDya untuk melihat perkiraan vote memilih pelakon untuk drama Bunga-Bunga Kemboja. Nampaknya para pembaca bersetuju dengan pendapat saya. Fahrin Ahmad sedang mendahului untuk watak hero, Nur Fazura untuk watak heroin dan Fasha Sandha untuk watak Nadya. Saya akan maklumkan kepada pihak penerbit dan harap-harap pelakon-pelakon ini dapat luangkan masa dan tidak clash dengan program lain. Kalau clash, terpaksa pula mereka pilih orang lain... huhu.
Sentuh tentang hero BBK yang mempunyai nama yang sama dengan anak bongsu saya, kebetulan pula hari ini Nabil (anak bongsu saya), sedang dalam perjalanan untuk ke New Delhi, India selama lapan hari. Nabil ke sana bersama teman-teman universitinya. Salah seorang daripada temannya mempunyai ayah yang sedang bertugas di New Delhi, jadi mereka ke sana untuk bercuti-cuti. Save lah bajet sebab dapat tumpang di rumah teman mereka itu.
Saya tidak pernah ke India dan negara itu merupakan salah satu negara idaman saya. Insya-Allah satu hari nanti saya akan tiba juga. Mengikut kata Nabil, selain dari New Delhi, mereka akan ke Agra untuk melihat Taj Mahal, bangunan bersejarah yang sangat terkenal dan juga ke Jaipur, satu lagi bandar bersejarah yang dikatakan sangat cantik. Malah, tempat-tempat ini selalu dijadikan latar untuk filem-filem India dan dokumentari. Kalau anda rajin, layarilah di google untuk lihat Agra dan Jaipur, sambil itu boleh dengar lagu 'O Re Piya' nyanyian Rahat Fateh Ali Khan. Memang kaw!
Okeylah, hari ini saya nak berehat, jadi tak akan tulis panjang-panjang sangat. Hingga berjumpa lagi, salam sayang buat semua.
Salam
Saya masih kurang sihat, tetapi kata orang, taklah teruk sangat, insya-Allah akan pulih dalam sedikit masa lagi. Apa pun, pagi tadi saya jenguklah web KarnaDya untuk melihat perkiraan vote memilih pelakon untuk drama Bunga-Bunga Kemboja. Nampaknya para pembaca bersetuju dengan pendapat saya. Fahrin Ahmad sedang mendahului untuk watak hero, Nur Fazura untuk watak heroin dan Fasha Sandha untuk watak Nadya. Saya akan maklumkan kepada pihak penerbit dan harap-harap pelakon-pelakon ini dapat luangkan masa dan tidak clash dengan program lain. Kalau clash, terpaksa pula mereka pilih orang lain... huhu.
Sentuh tentang hero BBK yang mempunyai nama yang sama dengan anak bongsu saya, kebetulan pula hari ini Nabil (anak bongsu saya), sedang dalam perjalanan untuk ke New Delhi, India selama lapan hari. Nabil ke sana bersama teman-teman universitinya. Salah seorang daripada temannya mempunyai ayah yang sedang bertugas di New Delhi, jadi mereka ke sana untuk bercuti-cuti. Save lah bajet sebab dapat tumpang di rumah teman mereka itu.
Saya tidak pernah ke India dan negara itu merupakan salah satu negara idaman saya. Insya-Allah satu hari nanti saya akan tiba juga. Mengikut kata Nabil, selain dari New Delhi, mereka akan ke Agra untuk melihat Taj Mahal, bangunan bersejarah yang sangat terkenal dan juga ke Jaipur, satu lagi bandar bersejarah yang dikatakan sangat cantik. Malah, tempat-tempat ini selalu dijadikan latar untuk filem-filem India dan dokumentari. Kalau anda rajin, layarilah di google untuk lihat Agra dan Jaipur, sambil itu boleh dengar lagu 'O Re Piya' nyanyian Rahat Fateh Ali Khan. Memang kaw!
Okeylah, hari ini saya nak berehat, jadi tak akan tulis panjang-panjang sangat. Hingga berjumpa lagi, salam sayang buat semua.
Tuesday, October 04, 2011
Kampung Bendang Panjang
Salam semua
Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni. Okeylah, semalam saya kurang sihat, malah hari ni pun tak berapa elok sangat, tapi rasa macam nak berbual kat blog ni.
Malam Ahad yang lepas, saya telah ke Shah Alam untuk hadiri perjumpaan 'orang kampung' saya. Bagi saya, itu merupakan satu pertemuan yang jarang kami lakukan. Kali terakhir, mungkin tujuh atau lapan tahun yang lalu, juga kami buat di kawasan Lembah Klang ini.
Sekarang ini, orang macam saya memang jarang sekali balik kampung. Ini adalah kerana rumah kampung saya dah tak ada. Malah, tanah pun dah kena ambil sebahagiannya (kerajaan ambil nak buat jalan). Jadi, yang tinggal hanyalah kenangan.
Pernah suatu masa dahulu, saya terasa macam tak nak tinggalkan kampung saya tu (masa remajalah), tapi Tuhan lebih mengetahui, tahu-tahu saya kini dah tinggal di Negeri Sembilan. Dulu pernah tinggal di Selangor. Begitulah hidup kita, kan? Kita tak tahu ke mana kita akan berada di masa depan. Kita tahu di mana kita dilahirkan, tetapi tak tahu di mana kita akan dikebumikan.
Dulu, kampung saya memang ada bendang (atau sawah padi) dan bendangnya pula agak panjang, mengikut rumah-rumah yang dibina di tepinya. Tapi sekarang ini, bendangnya dah lama tak ada, apatah lagi kedudukan yang memanjang. Sekadar tinggal nama sahaja.
Di Kuala Kangsar, itulah satu-satunya kampung yang mempunyai banyak penduduk yang berketurunan Jawa. Yang bukan Jawa tak banyak, dan keluarga kami merupakan antara keluarga yang bukan berketurunan Jawa. Tetapi kerana dah biasa tinggal di situ, kami (masa keci lah) pandai juga berbahasa Jawa dan tentu sekali bijak makan makanan Jawa. Malah, hingga ke hari ini, kami memang tak lepas makan 'Sambal goreng'. Kalau musim raya sahaja, sambal goreng mesti ada, kalau tak ada, macam tak sah pulak.
Kebanyakkan orang tua kat kampung saya tu, kami panggil 'Wak', jadi macam-macam 'Wak' lah yang ada kat sana. Antara yang popular ialah 'Wak Reso', 'Wak Bejo', Wak Lemes', 'Wak Sujak' dan macam-macam lagi. Sekarang, semua mereka tu dah tak ada lagi, sudah tinggalkan dunia fana ni. Apa pun, kami tak akan lupa pada mereka dan juga semua kenangan manis di kampung kami itu.
Antara makanan istimewa kampung kami, selain daripada sambal goreng, ada juga kuih sagon (jenis yang berkeping) dan kadang-kadang saya terasa rindu nak makan kuih lama seperti itu.
Pada malam Ahad itu, kami juga berpeluang untuk melihat gambar-gambar lama yang dijadikan slide dan juga penceritaan kisah kampung kami itu. Saya berasa sayu apabila melihat gambar Tok Guru saya (yang mengajar saya mengaji), mereka suami isteri yang saya panggil Pak Majid (dia bangsa Melayu) dan Wak Bandi (dia berketurunan Jawa).
Down the memory lane - itulah yang saya rasa pada malam itu. Melihat gambar adik-adiik saya semasa mereka masih muda membuat saya ketawa. Biar sekalipun kampung kami sudah berubah wajahnya, namun segala nostalgia Kampung Bendang Panjang tetap berada di hati.
Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Khairudin dan Saudara Mus kerana berusaha keras untuk membawa kami pulang ke Kampung Bendang Panjang!
Subscribe to:
Posts (Atom)