Salah satu filem yang orang Melayu suka tengok
Salam Pagi Isnin
Pasti ramai yang bergelar ibu dan ayah kesibukan dengan rutin harian. Hujung minggu merupakan masa yang dinantikan, dapat berehat dan beriadah dengan ahli keluarga. Itulah masanya untuk kita tumpukan buat keluarga. Apa-apa pun, bila masa kita bekerja, pastikan juga kita bekerja dengan cemerlang, tidak curi tulang. Bekerja juga merupakan ibadah, kerana kita dituntut untuk mencari rezeki, bukan duduk-duduk goyang kaki.
Okeylah, pagi-pagi macam ni, saya tak berniat untuk membebel tetapi untuk sama-sama naikkan semangat. Buatlah apa sahaja yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Kadang-kadang, tidak semua yang kita rancang itu menjadi, tetapi yang penting kita sudah usahakannya. Insya-Allah, setiap apa sahaja yang baik itu kita lakukan, ada ganjarannya. Kalau tidak serta-merta, mungkin suatu hari kelak.
Pun begitu, ada kala bila kita bangun pagi, kita rasakan mentari tak akan muncul untuk hari itu. Semuanya akan jadi gelap, sekalipun di luar sana sangat terang-benderang. Tak apa, sekalipun rasa begitu. Kita perlu ingat, bukan kita seorang yang kadang-kadang rasa macam tu. Ramai lagi di luar sana. Jadi, bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini dan bersyukur kerana Tuhan masih benarkan kita berada di bumi ini.
Hujung minggu, saya sempat juga membaca laporan tentang filem-filem Melayu yang menjadi dan yang tidak menjadi di sepanjang tahun 2011. Nampaknya untuk tahun 2012 ni, dah bersusun filem-filem Melayu yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Saya memang tak adalah nak pergi tengok wayang, tapi bila ada kesempatan, saya tengoklah juga apa-apa yang saya boleh melalui saluran lain.
Sajalah saya nak beri pandangan saya tentang filem-filem Melayu ni. Biasanya memang macam tu, bila ada aje filem yang menjadi, akan bersusun filem yang serupa di belakangnya. Misalnya kalau ada cerita hantu yang best, akan ada lagi cerita hantu yang seakan-akan itu. Adoi... lepas tu, mesti dah jadi tak best! Sama juga dengan cerita-cerita aksi, bila ada yang menjadi, maka ikut lagi dan lagi, lepas tu tau-tau dah tak jadi!
Sekarang ini mungkin banyaklah novel-novel yang akan dibawa ke panggung pula. Sudah jadi trend nampaknya, cuma orang yang bikin filem ni kena berjaga-jaga. Apa sahaja yang hendak dilakukan, biarlah ada perubahan, jangan main ikut aje. Lagi satu, kalau nak buat filem ni, kena juga tengok 'taste' penonton yang rajin masuk ke panggung ni. Bukan semuanya suka apa saja. Mereka juga memilih. Kalau kecoh kata sedap, ramai yang ikut sama. Tapi kalau awal-awal dah kata macam boring... jawabnya habislah!
Filem yang macam mana agaknya sedap untuk ditonton? Kalau tanya saya, saya kata semua filem boleh jadi sedap, tapi apa sekalipun yang hendak dilakukan, pastikan filem itu ada jalan ceritanya. Cerita mesti menarik, ada mesej yang berkesan. Pelakon juga mesti yang betul-betul pandai berlakon, bukan main tibai aje. Hal-hal lain seperti muzik latar dan latar tempat juga jadi penting. Kalau background membosankan... habislah! Maknanya keseluruhannya mesti nampak interesting. Kalau nak buat cerita lawak, pastikan bukan lawak bahlul! Orang dah jemu dan jelak.
Tak perlulah saya sebutkan filem apa yang saya tengok sepanjang 2011, tetapi memang ada yang saya tengok. Biasanya saya tengok bila orang kata best. Nak tahu juga apa yang bestnya.
Okeylah... orang yang bikin filem harus sedar bahawa penonton semakin matang dan mahukan yang the best, jadi janganlah buat cincai2 aje, asal boleh kaut untung.
Nampaknya setakat ini dulu ulasan saya... hahaha... macam pelapor sukanlah pulak...
Wassalam.