Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, December 13, 2015

Sibuk Dan Sibuk Lagi!

                                                               Saya dan Laila Hana



Assalam

Esok, insyaa-Allah saya akan kesibukan kerana kakak saya akan datang dengan keluarganya. Kebetulan, hujung minggu ini saya dapat relaks, sempat ke salon rambut, sempat juga buat facial dan sempat lepak2 dengan anak perempuan saya dan juga kawan baik saya, alhamdulillah.

Kebetulan, ada beberapa function saya sempat pergi. Kebetulan juga, suami saya sibuk di Lenggeng (ada projek yang masih tak siap) dan kerana saya banyak hal, saya tidaklah ke Lenggeng, hanya anak-anak lelaki sahaja yang ke sana untuk menemani ayah mereka.

Esok saya jangkakan akan kesibukan, jadi mungkin tak sempat update blog. Kebetulan juga, esok malam kami akan raikan hari jadi Irfan, anak kedua saya.

Jadi sebelum tidur, saya update blog ini.

Semoga Allah swt lindungi kita dunia akhirat, aamiin.