Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, January 27, 2015
Tak Puas Hati
Sekadar hiasan
Assalam
Dalam banyak keadaan, manusia selalu tak berpuas hati sekalipun setelah melakukan kesilapan. Masalahnya juga, ketika buat salah dan silap, hati kecil pula menafikannya.
"Bukan aku yang salah!" Begitulah suara yang terdengar bergema dalam jiwa.
Sebetulnya, manusia segan untuk mengaku akan kesalahan diri kecuali memang ketara mungkin, atau bila ditangkap kerana melakukan kesalahan itu.
Saya bukan berkata tentang kes jenayah sahaja, malah apa-apa kes sekalipun, termasuk perhubungan suami isteri, cintan cintun antara makwe dengan pakwe, antara adik-beradik dan macam-macam lagi, termasuklah di tempat kerja.
Biasanya juga, bila kita lakukan sesuatu, pasti bersebab, kan? Kadang-kadang sahaja kita melakukannya tanpa sedar. Ada ketika, hati yang lembut mudah tergoda dengan kata-kata, maka terjadilah sesuatu di luar dugaannya. Bila tersedar, barulah nak menangis. Menyesal!
Pun begitu, ada juga yang tak menyesal kerana dia tidak merasakan dirinya buat salah. Dia masih cuba menegangkan benang yang basah! Katanya, "Aku tak buat salah pun! Aku nak cari pahala apa. Aku nak buat benda baik... dia tu yang tak baik!" Huhu... masih berbunyi lagi hati kecil yang menafikan kesilapannya.
Kerana itu mungkin, dia tak berpuas hati. Sekalipun perkara dah berlalu pergi, hatinya masih berasa geram dan marah-marah. Masih lagi dia menafikannya dan kalau boleh mahu sahaja dia menyalahkan orang lain! "Salah dia lah ni! Dia yang jahat!" Huhu... orang lain juga yang salah...
Dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri. Dia terlupa bahawa keasalahan itu dilakukan kerana dia yang pilih untuk melakukannya. Paling malang, kerana dia melibatkan orang lain sama! Dia cuba punahkan hidup orang lain kerana dia sedang mencari kebahagiaan!
Adoii... kenapa kita jadi bodoh sangat, kan? Kenapa kita pilih untuk membodohkan diri? Bukankah kita akan tahu jua, kalau cara yang kita pilih itu tidak menepati jalan yang soheh, maka segala-galanya akan punah jua! Kalau nak buat benda baik, kenalah cari jalan yang baik juga. Kalau kita berangan-angan nak buat benda baik tetapi dengan strategi kotor, maka akhirnya diri kita juga yang jatuh ke dalam lembah yang kotor lagi menjijikkan. Lepas tu... dah tak tahu macam mana nak keluar. Dah tak tahu macam mana nak cuci diri yang kotor tu!
Hati masih geram. Sakit tetap tak mahu pergi. Dia pun tercari-cari... kalau boleh nak membalas kot. Tapi tak terdaya. Dia mengintai-intai lagi dan terus mengintai kerana tak puas hati. Terus terasa sakit tapi tak dapat nak meluahkannya. Takut orang lain tahu. Tak mahu orang lain tahu tentang dirinya itu. Malu! Jiwa pun mungkin terganggu kerana lukanya tak hilang-hilang!
Adoii... mungkin sampai mati pun dia akan terus menafikan bahawa bila dia melakukan kesalahan, itulah padahnya!
Semoga kita pilih jalan yang lurus dan semoga iman kita sentiasa diteguhkan Allah ta'ala. Aamiin.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)