Assalam
Hari Ahad dan saya masih sibuk. Tapi tak apa... alhamdulillah, kalau mampu untuk sibukkan diri bermakna masa ada tenaga lagi. Syukur di atas nikmat ini.
Ada cerita yang saya nak sampaikan, sekadar berkongsi kisah cinta lama. Bukan kisah cinta saya tetapi kisah cinta seseorang yang saya sangat kenali.
Kisahnya begini. A dan B pernah bercinta semasa di kampus, tetapi oleh hal-hal tertentu, mereka terputus. Akhirnya masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain. Namun setelah bertahun-tahun lamanya, si A (lelaki) masih ingatkan B. Satu hari, A contact B. B tak sukalah sebab B bahagia berkahwin dengan pasangannya. Namun A berkata juga untuk luahkan isi hatinya. "I tahu... insyaa-Allah satu hari nanti, kita akan bertemu juga walaupun mungkin pada usia yang lebih banyak."
A sudah menjadi orang kaya kerana jawatan dan bisnesnya. B pula biasa-biasa sahaja, tetapi B merasakan dia tetap happy dengan pasangannya yang biasa-biasa itu.
Satu hari, setelah bertahun-tahun lamanya, isteri A sakit dan meninggal dunia. Tinggallah A seorang diri. A hanya punyai seorang anak lelaki yang sedang berada di luar negara. A terkapai-kapai. Entah macam mana, A terserempak dengan B. Ketika itu masing-masing sudah berumur. A tegur dan tanya khabar B. B senyum tawar. A beritahu B yang dia sudah kehilangan isterinya. B pula beritahu A bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya. Kebetulan, suami B cuba menduakannya dan B tidak dapat menerima lalu minta dilepaskan. B tak dapat terima yang kasih sayangnya telah dikhianati suami yang selama ini kelihatan setia.
Sekarang ini, walaupun dalam usia yang tinggi, A dan B bercantum semula. Dua hati yang terpisah kembali bersama untuk teruskan kehidupan mereka. B sangat happy, walaupun suatu ketika dahulu dia pernah memarahi A, namun akhirnya dia tahu yang A sangat setia menyayanginya. Wallahuaklam.
Semoga kasih sayang mereka berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin.
Wassalam.