Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, May 24, 2015

Rupa-Rupanya Dia Seorang Pencuri

Assalam

Semalam memang kami sibuk. Asyik di luar sahaja. Ada 2 majlis perkahwinan dan ada gathering pula dengan ipar duai dan adik-beradik di Bangsar. Alhamdulillah, walaupun penat, kami enjoy. Semoga silaturahim terbela sentiasa. Aamiin.

Memang seronok bila dapat berkumpul adik-beradik dan ipar duai. Bukannya dapat buat selalu, tetapi alhamdulillah, Allah berikan kami peluang ini. Kami berkumpul kali ini di Bangsar Village, mudah untuk semua. Berbual-bual dan bergurau senda sambil meraikan hari jadi yang mana memang kebetulan hari jadi mereka. Semoga kami dapat berkumpul begini selalu.

Masa majlis perkahwinan di malam harinya pula, saya berjumpa dengan seseorang yang memang saya kenal dan dia bercerita tentang anak perempuan kenalan kami. Katanya anaknya itu sudah berpisah dengan suaminya setelah dikurniakan seorang anak perempuan. Saya pun bertanya, "Kenapa?" Katanya lagi, rupa-rupanya suaminya itu sudah mencuri duit simpanan kepunyaan isterinya dengan cara menipu gunapakai kad bank isterinya. "Wah... macam mana dia buat agaknya?"
Kata teman saya tadi, "Entahlah... macam mana dia boleh tahu pin numbernya. Tapi dia tu pernah kerja di bank... mungkin memang pakar kot."

Huhu... tapi memang menakutkan. Bukan hanya dia mencuri wang isterinya yang berada dalam bank, tetapi wang ibu mertuanya sekali! Astaghfirullah.

Patutlah isterinya minta untuk diceraikan. Siapa nak bersuami seorang pencuri? Dah tu mencuri wang simpanan isterinya...

Saya share beberapa gambar yang diambil semalam.

Wassalam.




                                      Gambar-gambar ketika kami berkumpul di Bangsar
                         Nabeehah dengan baju bollywood semasa majlis perkahwinan semalam.