Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, February 16, 2013
Fikiran Positif, Tubuh Sihat
Assalamualaikum...
Mungkin anda tak tahu, sebenarnya saya pun tak pernah tahu, tetapi baru-baru ini, saya mendapat maklumat bahawa bila kita suka berfikiran positif dalam kehidupan seharian, immune system kita jadi lagi baik. Itu bermakna, tubuh kita jadi sihat dan kuat dan mampu untuk lawan pelbagai penyakit yang pelik-pelik dan tak pelik. Dikatakan bila kita tidak negatif, immune system kita akan mengikut rentak otak kita dan ia akan jadi positif untuk mengawal penyakit yang datang. Maknanya, ia akan melawan segala kuman dan virus yang cuba merosakkan tubuh kita. Masya-Allah.
Satu lagi perkara yang menarik, kita sebagai orang dewasa, wajib menjaga kanak-kanak dengan sebaik mungkin, kerana semua kanak-kanak yang belum baligh itu adalah ahli syurga. Kalau kita berkasar dengan kanak-kanak, elok kita minta maaf agar kanak-kanak itu tidak berasa hati. Jangan goreskan hati kanak-kanak kerana sebenarnya kita sedang goreskan hati ahli syurga. Masya-Allah.
Semoga hujung minggu anda berbahagia. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
