Assalam
Sejak akhir-akhir ini, saya memang banyak membaca terutama sekali bahan-bahan agama yang ditulis oleh pakar-pakar dari luar negara. Saya seronok membaca bahan ilmiah, bukan sekadar info biasa-biasa sahaja yang biasanya mudah didapati di negara kita. Bagi saya, ilmu agama ini lebih banyak yang tersirat di balik kata-kata Allah SWT di dalam al-Quran. Hanya mereka yang betul-betul mendalaminya akan memahami ilmu itu. Tapi... kalau kita tak mampu untuk faham, mungkin jauh lagi mudah tumpukan fokus pada apa yang mampu diterima oleh otak kita. Takut kita mudah terima bulat-bulat apa sahaja yang dibentangkan oleh mereka yang berpengetahuan.
Saya juga suka membaca bahan-bahan ilmiah yang ada kaitan dengan psikologi manusia. Saya cuba memahami hati dan akal manusia, kerana sebenarnya ia ada kaitan. Baru-baru ini saya terbaca tentang sesuatu yang dibangkitkan berkaitan dengan 'hati' dan 'emosi' perempuan. Mereka yang buat kajian tentang wanita yang 'tidak menghormati' wanita lain dalam pelbagai hal, dikatakan bahawa wanita yang begini, mereka juga mudah berlaku curang!
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang saya maksudkan. Bila kita kata 'menghormati' kita maksudkan 'menjaga hati'. sebagai wanita yang mempunyai akal dan perasaan, biasanya mereka tidak suka menyakiti hati wanita lain dalam apa jua cara. Mereka tidak lakukan apa-apa yang mereka tahu akan menyakitkan hati wanita lain kerana mereka juga dapat rasakan 'perasaan' itu. Misalnya, seorang wanita yang baik, mereka tidak akan cuba rapatkan diri kepada lelaki 'kepunyaan orang lain'. Sama ada kekasih orang, tunang orang atau suami orang. Kerana biasanya juga wanita prihatin dengan keadaan ini, kerana mereka akan bayangkan mereka berada dalam situasi itu. Namun begitu, memang wujud wanita-wanita yang tidak peka dengan perasaan wanita lain dan dikatakan oleh pakar psikologi, biasanya wanita jenis begini, mereka mudah berlaku curang. Ini adalah kerana mereka sebenarnya tidak sensitif dengan perasaan mereka sendiri atau orang lain, termasuk lelaki. Kalau mereka mampu hancurkan hati seorang wanita, mereka juga mampu hancurkan hati seorang lelaki. Mudah sangat formulanya.
Menarik, kan? Apa yang saya katakan di atas ini adalah apa yang dikatakan oleh pakar tentang 'hati wanita' yang mudah berlaku curang.
Haha... semoga kita di luar sana berjaga-jaga dengan apa yang kita lakukan. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai 'tak berperasaan'. Adoiii...
Jom kita fikir-fikirkan hal ini. Mungkin anda percaya atau mungkin juga tidak. Tapi tak kisahlah... itulah yang dikatakan pihak pakar yang buat kajian. Mungkin ada kebenarannya, kan? Wallahuaklam.
Wassalam.
