Dalam keghairahan berpesta buku di tapak pesta PWTC, ada macam-macam cerita yang tersebar sana sini. Antara yang menarik (atau tak menarik)ialah tentang 'sabotaj'yang kerap diperkatakan antara mereka yang ada booth di tapak itu. Biasalah... orang kita mungkin memang begitu. Kalau boleh, masing-masing nak pastikan mereka sahaja yang dapat untung, orang lain jangan! Macam-macam cara yang mereka lakukan agar rezeki hanya pergi kepada mereka sahaja. Ada pula tu, suka bertanya sana-sini, berapa banyak sudah dipungut semasa berpesta ini. Ada pula tu, dia pula yang memukul canang nak beritahu pada orang lain yang dia sudah pungut 'berlambak-lambak' semasa pesta ini.
Alahai... bukankah inilah yang dikatakan rezeki? Rezeki Tuhan yang beri. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, tak apa. Kita boleh cari, insya-Allah, tapi tak payahlah kita sibuk sana sini, nak pastikan kita seorang yang dapat bolot itu ini. Sebenarnya, lagi kita nak 'sabotaj' sana sini, lagi kurang yang kita dapat. Bukannya apa, macam yang saya sebutkan tadi. Rezeki Tuhan yang beri. Sekalipun duduk di dalam lubang, kalau Tuhan nak beri rezeki, akan dapat juga. Tak payahlah kita sibuk nak 'sabotaj' sana sini... tak payahlah kita 'gempaq' kat orang lain tentang berapa banyak kita dapat sehari, tak payahlah kita tanya sana sini, takut kalau orang lain dapat lebih banyak dari kita. Relaks and cool.