Assalam
Dalam apa jua keadaan, kita perlukan kesihatan yang baik. Insyaa-Allah kalau kita jaga apa yang kita makan, buat yang baik-baik untuk tubuh badan, Allah berikan kesihatan yang baik juga. Pun begitu, kita wajib ingat bahawa sebagai manusia, akhirnya nanti kita akan mati jua sekalipun pernah punyai kesihatan yang baik. Itu adalah lumrah kehidupan, ada tanda noktah di hujung umur.
Semestinya kita mahu yang terbaik, jadi makanlah yang baik-baik. Namun jangan pula terbelit dengan pelbagai teori yang mengatakan bahawa makan ini tak baik, minum ini tak baik kerana kadang-kadang kita tersilap dengar atau terima maklumat. Misalnya, banyak orang Melayu takut nak minum kelapa muda kerana katanya tak elok untuk tulanglah, sejuklah dan macam-macam. Begitu juga dengan santan, konon-kononnya banyak kolestrol. Tetapi ada kajian baru mengatakan bahawa santan dapat mengelak manusia daripada nyanyuk! Begitu juga kelapa muda, ia adalah anti oxidant juga bahan baik untuk membuang pelbagai benda yang tak elok dalam badan. Subhanallah.
Mungkin elok kalau kita makan secara sederhana, makan semuanya tapi tak berlebihan. Misalnya makanan yang manis, kurangkanlah tapi jangan terus tak makan, kerana kalau badan tak punyai gula, kita akan menjadi lemah.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, walaupun di siang hari kita tak makan, ramai yang makan berlambak-lambak sebaik sahaja buka puasa. Itulah yang tak eloknya. Bukan tak boleh makan, makanlah... cuma jangan melampau banyak makan macam orang kebuluran.
Teori saya sangat mudah... ikut nasihat Nabi junjungan kita, berhenti makan sebelum kenyang, jadi tentulah kita tak terlebih makan. Wallahuaklam. Semestinya memang elok kita amalkan makan buah-buahan dahulu, supaya ia akan tolong keluarkan segala yang tak baik yang kita makan selepas itu. Insyaa-Allah.
Wassalam