Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, September 13, 2011

Belum Letak Tanda Noktah - Honda Hybrid


Salam semua

Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami memenangi kes kami yang kami fail di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, di bawah KPDNKK. Sekalipun kami menjadi penuntut kepada syarikat gergasi Honda dan Kah Motors, Alhamdulillah, pihak tribunal telah memberi kemenangan kepada kami, lantas memberi award supaya Kah Motors (Kali ini kami membuat tututan kepada Kah Motors dan tidak Honda) membayar gantirugi kepada kami seperti jumlah tututan kami.

Dalam hal ini, kemungkinan besar kami tidak meletak tanda noktah, kerana kami akan mengkaji dan seterusnya, sekira perlu, kami akan terus menuntut dari pihak yang lain pula. Apa-apa pun, bagi saya, kes kami ini merupakan sesuatu yang patut dilakukan oleh pengguna lain sekiranya kita merasakan bahawa ada pihak menipu atau memutarbelit kita, terutama dalam hal pengiklanan produk mereka. Semoga kes kami ini menjadi kes rujukan kes-kes lain yang sama seperti ini. Pun begitu, pastikan anda mempunyai maklumat lengkap dan bukti, bukan sekadar bercakap kosong atau tuduhan sahaja.

Saya juga ingin maklumkan bahawa bukan hanya kes Honda Hybrid saya sahaja yang saya letakkan tanda koma, mungkin juga hal-hal lain yang berkaitan dengan bisnes buku. Hari ini, terlalu banyak syarikat besar yang merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk lakukan apa sahaja, seolah-olah terlalu mudah membuli orang lain. Saya terkejut bila dapat berita daripada teman-teman yang mengatakan bahawa ada syarikat-syarikat besar sedang 'mengenakan' mereka, seolah-olah mencari peluang untuk menghimpit lalu memudaratkan orang lain. Sungguh sedih.

Dalam hal ini, ada baiknya kita mengambil tindakan yang berpatutan supaya 'perbuatan' mengenakan orang lain, atau 'buli' tidak terus-menerus berlaku dalam dunia buku. Bila kita dah ambil buku orang, eloklah kita buat sahaja pembayarannya. Janganlah kita mengelak dan buat-buat tak tahu. Kalau kita dah memang ada kedai dan kerja kita menjual buku, baiklah kita menjual buku dan bukan lakukan perkara lain.

Tak kiralah kita kecil atau besar, dalam semua hal, memang tak patut kalau kita suka buli orang lain, kerana jangan terkejut kalau satu hari nanti, kita pula yang terkena!

Honda Hybrid - Saya Menang Kes!

Salam

Alhamdulillah, hari ini (13 September 2011) Tuan Presiden Mahkamah Tribunal Pengguna (Putrajaya) telah memberi kemenangan kepada saya di atas kes Honda Hybrid saya (entri 30 Julai 2011) yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Kah Motors telah diarah untuk membayar pampasan (seperti yang saya tuntut) kepada saya. Nanti saya cerita lagi.