Assalam semua
Ya, saya dah pun balik dan bolehlah update blog ini. Mujurlah tak sempat nak bersawang, kan? Walaupun saya tak update, nampaknya masih ramai juga yang datang bertandang, mungkin nak baca isu yang lama-lama.
Apa-apa pun, alhamdulillah, orang putih kata, "We had a great and fantastic holiday." Kali pertama suami saya ke Pulau Phuket dan pastinya dia suka. Bagi saya, kini Phuket lebih komersial daripada dulu, sekitar empat tahun yang lalu. Ketika saya ke sana dulu, taklah semahal sekarang ini. Yang masih murah ialah 'servis urut' dan spa, masih dengan harga yang lama juga, kerana persaingannya sangat hebat.
Kini, lebih banyak aktiviti yang disediakan di Phuket. Macam-macam sukan air yang ada, termasuk yang disediakan di kawasan darat ( yang bukan laut). Sangat hebat. Malah, kami sempat naik gajah. Pertama kali saya buat macam tu. Saya juga pergi menembak. Kami ke pantai-pantai indah di Phuket, Kata, Karon, Kamala, Leam Sing dan semestinya Patong kerana hotel kami terletak di Patong. Seronok cuci mata sambil relaks-relaks. Hotel yang kami duduk pun sangat 'best', taklah jauh dari pantai dan tempat-tempat yang mempunyai aktiviti menarik. Shopping memang menyeronokkan. Paling saya suka bila shopping di Robinson. Siap kami beli kad 'One Day Card' untuk dapatkan diskaun lebih untuk barang-barang yang kami beli, kebanyakannya pakaian. Memang di Thailand seronok shopping pakaian, kasut dan tas tangan. Kalau barang-barang di tepi jalan, kita kena tahu menawar, tapi kalau di shopping mall lagi mudah, memang harganya tetap dan tak akan ditipu. Wanita juga pasti suka sebab pakaian dalam 'Wacoal' dibuat di sana dan harganya jauh lagi murah dari Malaysia.
Makanan pula, memang tidak susah. Banyak makanan halal yang disediakan dan enak-enak belaka. Di waktu siang kami lebih banyak makan makanan Arab dan malam, kami makan seafood ala Thai. Paling terbaik ialah makan di kedai makan Kesuma. Semua orang Malaysia pasti akan ke sana. Harganya kira macam okeylah.Ada banyak udang besar-besar termasuk 'lobster'. Yang mahal di sana ialah hotel dan juga kenderaan. Dulu, jauh lagi murah. Tapi kalau kita pandai 'survey', okeylah.
Antara benda terbaik di sana ialah servis urut-urutan (saya buat tiga kali), facial dan spa. Memang kelas beb!
Bila saya 'free' dan rasa nak sambung, saya akan sambung lagi okey? Buat sementara ini, di sini dulu. Saya masih penat berjalan.
Wassalam.
Gajah yang comel