Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 29, 2012

Aina Emir Meninggal Dunia?

Salam hari Ahad,

Huhu... mungkin ada yang terkejut pulak baca entri saya hari ini. Bukannya apa, iyalah mungkin ada yang kata semalam nampak Kak Aina kat Pesta Buku, hari ni dah meninggal ke?

Apa-apa pun boleh terjadi, kan? Sebab segala-galanya adalah pinjaman dan bila-bila masa pun Tuhan boleh memanggil kita untuk pulang kepada-Nya. Okeylah... alhamdulillah, saya masih sihat lagi dan insya-Allah, didoakan agar sentiasa sihat dan panjang umur. Saya jadikan judul entri saya begini kerana malam tadi masa saya balik, saya buka komputer dan antara benda yang orang search ialah 'Aina Emir meninggal dunia'. Saya tak tahulah pulak kalau-kalau memang ada cerita atau khabar angin yang begitu, tetapi saya percaya mungkin ada yang pertama kalinya membaca novel pertama saya 'Sesuci Cinta' dan dimaklumkan bahawa nama Aina itu saya ambil daripada nama anak saudara saya Nuraina Emir yang sudah lama meninggal dunia!

Confuse kot... tapi tak apalah. Biasalah tu, dalam perjalanan hidup kita memang begitu. Kadang-kadang kita tersilap dengar, kan? Insya-Allah pagi ini saya akan ke PWTC untuk Pesta Buku dan harap-harap hari ini pengunjung akan datang ke sana, tidak teragak-agak lagi. Maklumlah, masing-masing tak mahu tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

InsyaAllah, jumpa anda di sana.

Wassalam.