Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, September 08, 2014

Aktiviti Sekarang

Assalam

Ramai yang bertanya-tanya tentang saya dan sekali lagi saya khabarkan bahawa saya okey sahaja alhamdulillah. Sekalipun saya kehilangan ibu yang tersayang dan masih berasa macam mimpi lagi dan semestinya tak mampu untuk saya tidak berasa sedih setiap kali teringat pada arwah ibu saya, namun saya juga menghargai waktu dan masa yang Allah pinjamkan kepada saya. Kerana itulah saya akan teruskan usaha-usaha saya seperti biasa sahaja, in syaa Allah.

Hujung minggu yang lepas, pada mulanya kami bercadang untuk ke Bandung untuk melawat ayah saudara saya yang sedang sakit di sana, tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami tangguhkan ke hujung minggu yang akan datang ini. Jadi, hujung minggu lepas kami jalankan aktiviti kami seperti biasa.

Sekarang ini saya sedang sibuk dengan sebuah projek yang lain pula dan projek ini merupakan impian dan sangat dekat dengan hati saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah permudahkan usaha saya dan team kami. Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang sedang saya lakukan, tetapi buat masa ini saya belum bersedia untuk ceritakan, in syaa-Allah satu hari nanti akan saya bicarakan di blog ini. Apa-apa pun doakan agar semuanya mudah untuk kami.

Nampaknya bulan ini akan merupakan bulan Indonesia buat saya dan suami. Jumaat ini in syaa- Allah kami akan ke Bandung hingga hari Ahad dan 26 september, kami akan ke Jakarta pula untuk hadiri dua majlis perkahwinan saudara kami di sana.

Sejak kebelakangan ini, inilah yang kami rasakan, mahu rapatkan lagi silaturahim antara kaum kerabat kami walaupun kami berjauhan. Bagi kami, inilah antara perjuangan yang penting untuk dunia dan akhirat. Semoga Allah permudahkan semuanya. Aamin.

Di bawah ialah gambar-gambar yang kami ambil baru-baru ini sebelum arwah ibu saya sakit tenat ketika di musim hari raya. Kebetulan, merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan saya dan suami.

                                                             Cik Piah, Ali dan Firas
                                                                        Cik Nilo
                                                                Kek yang cucu2 beli
                                                              Dengan Firas dan Laila

                   Saya dan cik abang. Kat belakang tu lah kapal yang kami cadang nak beli... hehe!