Sekadar hiasan
Salam
Semalam saya sibuk hadir majlis perkahwinan. Ada sampai empat, di Bangi ada dua, di Kelana Jaya satu dan Putrajaya satu. Kami hanya sempat ke tiga majlis sahaja, yang di Putrajaya tak dapat pergi. Kami dahulukan majlis teman-teman yang kami belum pernah pergi lagi, sebab memang tak sempat nak pergi semua. Yang seronoknya ketika saya ke majlis di Kelana Jaya (anak teman suami saya), kebetulan tuan rumahnya orang Kuala Kangsar, saya terjumpa tiga orang teman lama yang pernah pergi ke sekolah yang sama dengan saya. Malah, ada yang merupakan classmates saya. Seronoknya bila dah lama tak jumpa, jumpa balik. Alhamdulillah... masing-masing sudah ada cucu. Tapi kan... saya masih ingat kisah-kisah lama dulu. Tak payahlah cerita kat sini kot. Dua orang daripada kawan-kawan saya tu tinggal di kawasan Lubuk Merbau, tak jauh dari pekan Lenggong.
Semalam juga, masa bersembang-sembang dengan kawan-kawan di meja makan, ada seorang kawan suami saya yang introduce perumpamaan baru, katanya orang sekarang "Mati mak ayah mati juga anaknya," huhu... kenapa dia cakap macam tu ya?
Kata dia, banyak anak-anak sekarang terlalu bergantung pada emak ayah, dari kecil sampailah ke dewasa. Hinggakan dah kahwin dan dah beranak pun serupa juga, masih mengharapkan semua daripada emak ayah mereka. Anak-anak sekarang, ramai yang tak pandai jaga diri sendiri, dan kalau kita kata bayi, macam tak reti-reti nak berdiri dan berjalan sendiri. Menyedihkan. Kata kawan itu lagi, jangankan yang dah kahwin, yang bujang pun sama juga, padahal dah ada gaji dan sepatutnya dah mampu hidup sendiri, tapi masih suka bergantung pada emak ayah. Masalahnya, banyak emak ayah yang tak dapat hidup dengan lebih baik kerana apa-apa yang mereka ada terpaksa diberikan pada anak-anak. Anak-anak pula, kerana emak ayah ada duit, mereka pun jadi lebih malas dan kalau boleh hendak apa-apa sahaja tanpa berusaha. Nak hidup selesa, tak sanggup tempoh masalah.
Dah banyak sangat saya dengar rungutan seperti ini daripada ibu bapa dan saya percaya memang ada betulnya. Kalau tak betul, takkanlah ada ibu bapa yang merungut macam tu, kan?
Apa nak jadi ya? Mungkin betul juga kata kawan kami tu, "Bila mati mak ayah... anak-anak pun mati sama." Apa yang dimaksudkan ialah, bila mak-ayah dah tak ada lagi di dunia ini, anak-anak yang bergantung pada mak-ayah ni akan terus terkapai-kapai macam orang lemas dalam laut, tak reti nak berenang ke darat. Tak tahu hendak berdikari!
Memang menakutkan dan hal ini juga bukan sekadar dirasai oleh ibu bapa Melayu tetapi ibu bapa keturunan lain juga.
Fikir-fikirkanlah. Kalau anda ada anak, tanya diri, "Anak aku macam tu tak?" dan kalau anda seorang anak, tanya pula, "Aku macam tu tak? Boleh hidup tak kalau tak ada mak ayah nanti?"
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, September 30, 2012
Friday, September 28, 2012
Sukanya Kalau Kahwin Paksa
Sekadar hiasan
Salam semua
Hehe... agaknya ramai yang belum kahwin, teringin benar nak kahwin paksa. Maksud saya, terpaksa kahwin dengan orang yang kita tak kenal atau mungkin tak suka. Maknanya juga, kita berkahwin bukan dengan kekasih hati kita. Ini sangat berbeza daripada kahwin yang diaturkan, kerana biasanya bila diaturkan, pasangan sudah kenal dulu dan mula rasa suka. Salah satu contoh ialah Aly Iskandar (pengacara TV3) dan pasangannya. Mereka tidak bercinta seperti kebanyakan pasangan hari ini, tetapi telah dikenalkan dan selepas mereka belajar untuk menyukai pasangan, barulah kahwin.
Kahwin paksa pula adalah perkahwinan di mana pasangan itu dipaksa untuk terima satu dengan yang lain. Ada ketika, si perempuan mungkin suka tetapi lelaki tak suka, atau ada kes pula, lelaki suka, perempuan pula tak suka. Kemungkinan kedua-dua tak suka boleh jadi juga.
Tapi bayangkan pasangan yang tak suka satu sama lain tetapi dipaksa untuk berkahwin?
Nampaknya memang ramai sangat yang teringin nak kahwin begini agaknya, sebab itulah ramai yang menulis kisah kahwin paksa. Malah, drama Melayu pun dah mula mengangkat cerita sebegini untuk ditontonkan, maklumlah ramai sungguh penggemarnya.
Tapi jangan lupa, biasanya dalam novel atau juga dalam drama, bila dikahwin paksa, kebanyakan lelakinya segak-segak belaka. Tak ada yang perut buncit, gigi rongak, rambut gugur, umur dah lanjut dan macam-macam lagi yang agak negatif, apatah lagi kalau si perempuannya cantik menarik. Biasanya dalam cerita, si lelakinya segak bergaya, handsome macam Aaron Aziz atau Ady Putra tu... bolehlah masing-masing berangan untuk berada dalam situasi kahwin paksa dengan harapan pasangan lelakinya hebat macam tu.
Aduhai... realitinya, kalau ada kahwin paksa, biasanya si 'hero' tak adalah hebat macam yang kat atas ni. Itu sebabnya dikatakan kahwin paksa. Si perempuan rasa macam nak mati sebab kena kahwin dengan orang yang dia tak suka. Kalau dapat kahwin dengan yang gagah handsome macam Aaron Aziz tu, mestilah sanggup semuanya!
Saya masih teringat kisah satu pasangan ni. Mereka dikahwinkan kerana ibu bapa mereka memilih untuk dikahwinkan. Selepas setahun berkahwin, mereka bercerai. Pada hal masa kahwin tu, namapk macam okey aje. Rupa-rupanya mereka berlakon macam okey. Si lelaki itu masih ingat cinta hati lamanya. Si perempuan pula memang tak happy hidup dengannya. Last-last kedua-duanya bersetuju untuk berpisah. Si lelaki tadi terus sahaja kahwin dengan makwe lama. Si perempuan mencari penggantinya. Sekarang ini, kedua-duanya okey... bahagia, tapi bukan dengan pasangan yang mula-mula. Habislah cerita,
Semoga anda semua fikirkan tentang apa yang saya katakan ini. Hendak ke kalau dikahwin paksa?

Thursday, September 27, 2012
Nak Kahwin Ke, Tak Nak?
Sekadar hiasan
Salam
Kalau anda muda dan belum berkahwin lagi, tentu isu kahwin ini akan berada di minda anda. Nak Kahwin ke atau tak nak? Kahwin itu menjadi kewajipan kita kalau kita orang Islam, asal cukup syaratnya. Pun begitu, kalau anda orang perempuan, biasanya akan tunggu orang datang meminang. Kalau tak ada, terpaksa tunggu lagi, kan? Tapi hari ini, orang perempuan pun boleh usaha untuk cari jodoh. Tak ada salahnya. Nabi Muhammad SAW juga pernah dilamar oleh orang perempuan dan semestinya itu bukan satu kesalahan. Cuma orang kita kadang-kadang terlebih jaga, jadi terpaksa tunggu ajelah.
Dalam hal ini, seelok-eloknya, kita jangan main 'rembat' sahaja siapa-siapa untuk dijadikan jodoh kita. Berhati-hatilah. Sebaik-baiknya biarlah kita kahwin sekali sahaja dalam hidup dan selamat hingga akhir hayat. Namun begitu, siapalah kita ni kan? Mungkin itu yang kita rasa baik, tetapi Allah SWT lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin ada yang baik kahwin sekali, tetapi ada juga yang lebih baik bila kahwin kali kedua atau ketiga, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Kalau anda gagal berkahwin kali pertama, jangan pula anda putus asa. Kemungkinan apa yang Allah SWT sediakan untuk kita untuk kali kedua, jauh lebih baik dan bermakna. Ada juga orang yang terpaksa berkahwin berkali-kali sebelum bertemu dengan yang terbaik buat hati dan jiwanya. Subhanallah.
Kita jangan sesekali putus asa dan merasakan bahawa segala dugaan yang datang itu tak mampu kita atasi. Insya-Allah, kalau kita usahakan untuk kuatkan semangat, insya-Allah kita mampu untuk berdepan dengan apa saja. Jangan kita matikan semangat bila gagal dalam perkahwinan, kerana walaupun gagal, kita tetap terus hidup. Kalau kita masih hidup, maknanya kita perlukan kebahagiaan dan kerana itu, eloklah kita usaha untuk mencari ganti bagi kegagalan yang pertama atau kedua.
Nak kahwin ke, tak nak? Hehehe... eloklah kalau kahwin...
Wassalam.
PS: Saya dimaklumkan kalau anda ada tablet android, anda dah boleh baca buku-buku e-book. Jom try dan pergi ke link ini:
http://www.e-sentral.com/search/byid/1713

Wednesday, September 26, 2012
Bila Ada Yang Sayang...
Si Afiq Muiz - tak ada kena-mengena dengan judul entri
Salam,
Kat atas ni bukan tajuk novel baru saya, tapi tajuk entri hari ini. Sebelum saya cerita tentang subjek di atas ni, saya saja nak tahu, kenapa semalam ramai yang search nama Afiq Muiz, hah? Ada apa dengan mamat pelakon ni? Ada drama best ke?
Tak apalah... saya nak balik pada judul yang saya bangkitkan ni. Beginilah rasanya bila tiba-tiba sahaja ada orang sayang kita. Hari yang gelap akan jadi ceria walaupun hujan turun sejak awal pagi (macam hari ini). Sungguhpun burung-burung dah lari menyorokkan diri, namun telinga masih terdengar-dengar suara burung menyanyi. Macam tu lah agaknya bila hati sedang berbunga, tahu ada yang sayang. Aduh!
Kenapa ada orang selalu rasa macam tak ada siapa-siapa yang sayang padanya? Padahal tentu ada. Kalau bukan suami atau isteri, atau bukan kekasih atau teman, pasti ada ibu dan bapa atau adik-beradik, kan? Mesti ada 'somebody' di atas bumi ini yang sayangkan kita.
Ada kenalan saya ni, dia banyak bela kucing dan kucing-kucingnyalah yang sayangkan dia. Bila dia tak ada, ada kucingnya yang merajuk dan merana. Walaupun kadang-kadang rumah berbau tak enak sebabkan kucing-kucing tu, tapi hati tetap bahagia dan jiwa tenang bila ada yang sayang pada kita, betul kan?
Salah seorang kenalan beritahu pada saya yang dia baru lagi bercerai dan pernah terasa sakit ketika berumah tangga dengan bekas suaminya. Mula-mula dia sangkakan yang dia tak akan terima orang lain di hatinya kerana sakit yang dirasai itu macam susah nak pulih. Tapi alhamdulillah, tiba-tiba dia rasa pebezaannya bila tiba-tiba ada yang sayang padanya. Tiba-tiba sahaja hati yang kosong terasa bagaikan diisi. Jiwa yang sepi mula ceria kembali. Itulah pukulan rasa, bila ada yang sayang pada kita.

Tuesday, September 25, 2012
Cinta Pandang Pertama
Percaya tak si cantik manis ni (pelakon sinetron Indonesia) ada kena-mengena dengan saya?
Salam
Tak ingat dah saya sama ada tajuk ini pernah saya gunakan di blog ini. Malas nak search. Biarkanlah aje kalau ada pun. Apa salahnya, kan?
Memang ramai juga yang tulis kat blog, kan? walaupun kalau nak diikutkan, orang yang rajin menulis aje yang ada blog. Orang yang tak berapa suka menulis tak suka pada blog, lagi seronok guna media sosial yang lain macam FB atau Twitter. Tak kisahlah, tapi rata-rata orang yang tulis di blog ada banyak cerita. Kadang-kadang cerita sendiri, kadang-kadang pula kisah orang lain atau perkara umum yang sering menjadi perbualan. Apa-apa pun, selalunya menulis di blog lebih banyak meluahkan perasaan tentang apa-apa saja. Kadang-kadang kita tak kisah pun kalau kita tulis tak ada siapa pun yang baca. Janji hati kita terhibur dek kerana dapat meluahkan rasa hati. Huhu...
Okeylah, pagi ni saya nak bercerita tentang isu 'pertemuan buat kali pertama'. Tak kisahlah pertemuan itu terjadi antara lelaki atau perempuan, atau mungkin antara perempuan dan perempuan, lelaki dan lelaki dan tak semesti juga ketika bertemu tak ada orang lain (mungkin secara ramai-ramai). Tapi... berjumpa tu memang buat kali pertama. Biasa kan kita dengar tentang orang jatuh cinta pada pandangan pertama? Ada tu sampai berkahwin. Ada juga tak menjadi. Masa saya berjumpa suami saya first time berpuluh-puluh tahun yang lalu, mungkin dia kot jatuh cinta pada saya pada pertemuan kami yang pertama (di rumah saya dan dia datang bersama kawan-kawannya), tapi saya ketika itu, tak adalah pulak jatuh cinta padanya. Mungkin saya tertarik padanya, tapi memang masa tu saya tak jatuh cinta. Saya suka, saya suka (Upin-Ipin)...
Tapi... banyak jugak kes di mana orang membenci pada pertama kali berjumpa. Pernah dengar tak kisah yang ni pulak? Jangankan nak ada karan atau kuasa letrik yang menyambar, rasa menyampah dan meluat yang bertandang. Kadang-kadang tu tak bersebab pun. Sekadar tak suka dengan 'first impression'. Apa yang dilihat itu tidak menyenangkan hati dan kadang-kadang ini tidak berlaku antara perempuan dan lelaki tetapi antara wanita dan wanita. Kalau terjadi antara lelaki dan wanita, kita pernah juga dengar kisah di mana 'couple' ini berubah persepsi bila sudah kenal hati budi. Hah, padan muka! Dulu benci sangat, ni dah kahwin pun. Banyak jugak yang macam ni, kan? Tapi... ini saya nak cerita tentang pertemuan sama jantina.
Saya bukan cerita pasal orang lain, tapi pasal diri saya. Biasanya, orang yang tak kenal saya mempunyai persepsi yang sangat negatif bila melihat saya (kalau tak senyum). Banyak orang rasa saya ni sombong dan alasan mengapa mereka kata begitu, sebabkan hidung saya! Huhu... jangan ketawa tau, tapi ini sangatlah betul. Kadang-kadang, saya memang susah nak 'warm up' bila berjumpa orang baru. Saya tunggu dulu dan saya mengambil masa yang lama untuk jadi mesra. Dan kerana wajah saya ini, ramai sangka saya ni sombong atau hidung tinggi (huhu... nak buat macam mana dah Tuhan bagi kat aku hidung macam ni). Tapi bila saya senyum dan mula berlabon(bersembang), biasanya mereka berubah persepsi.
Jarang benar orang jatuh cinta dengan saya bila pandang saya buat pertama kalinya. Ramai orang takut dan berjaga-jaga, mungkin mereka sangka bila saya buka aje mulut saya, saya akan telan mereka hidup-hidup! Hahahaha! Kalaulah boleh saya buat macam tu.
Saya dah biasa dengan keadaan itu dan saya selalu berbisik pada diri, meminta dan merayu agar saya jangan lupa untuk senyum luas-luas bila berjumpa dengan orang yang saya tak kenal. Hehe... kesian kat saya, kan?
Saya terima diri saya seadanya dan insya-Allah saya sentiasa berdoa pada Tuhan agar jangan ada yang membenci saya hanya kerana tak suka pada wajah saya yang kelihatan seperti ini.

Monday, September 24, 2012
Dosa Ariel Peterpan
Ariel dari kumpulan Noah
Salam semua
Kembali kita kepada hari Isnin setelah berhujung minggu dan kemungkinan berehat. Alhamdulillah, kita masih di sini dan alhamdulillah saya masih terus menulis.
Di hujung minggu itu, saya sempat membaca surat khabar (kadang-kadang memang tak sempat pun) dan kebetulan saya membaca Utusan Malaysia. Salah seorang penulis Utusan (mempunyai ruang sendiri) bukan main marah lagi kepada peminat di Malaysia kerana memberi sambutan hangat buat bekas banduan Indonesia, iaitu penyanyi terkenal Ariel Peterpan (sekarang bertukar nama kumpulan iaitu NOAH). Kata penulis itu, kenapa orang Malaysia masih menyokong Ariel ketika mengadakan konsert di KL sedangkan Ariel pernah lakukan kesalahan seks luar nikah dan dengan itu telah mencemar nama agama Islam kerana Ariel itu adalah orang Islam. Kalau dia beragama lain atau tak ada agama, tak apalah. Sama macam penyanyi Barat yang datang ke Malaysia untuk buat konsert. Kebanyakan mereka memang pun mempunyai perangai buruk!
Aduhai... saya menarik nafas panjang juga bila membaca artikel itu. Buat satu ketika dahulu, saya pun pernah meminati lagu-lagu Peterpan. Jadi saya fikirlah dengan kata-kata penulis Utusan itu. Betul ke kita tak boleh menyokong Ariel lagi kerana dia telah melakukan dosa besar dan telah mencemar agama Islam? Kebetulan, kesalahan Ariel itu diketahui umum dan kerana itu beliau ditangkap dan dipenjarakan. Kalaulah perbuatan Ariel tidak diketahui umum, macam mana agaknya? (bukan ke ramai yang buat dosa?), kita bolehlah terus menyokongnya? Huh! Aduhai... siapalah kita ni, kan? Takkanlah kita pula nak menjatuhkan hukum kepadanya lagi (ambil alih kerja Tuhan ke?), sebab kita pun tak tahu, kemungkinan Ariel sudah menginsafi perbuatannya, mungkin juga dia sudah meminta ampun dengan Tuhan dan bertaubat dan mungkin juga Tuhan mengampunkan dia. Habis tu, kalau begitu keadaannya, macam mana? Masihkah kita perlu boikot Ariel terus-terusan? Sepatutnya Ariel jangan menyanyi lagi? Atau Ariel sekarang ini patut menyanyi lagu-lagu nasyid sahaja? Atau mungkin kita boleh menerima Ariel sekiranya dia berkata bahawa sekarang ini dia sudah berubah dan akan menjadi seorang 'ustaz' yang akan terus berdakwah?
Wow! Takutnya. Bagi saya, saya tidaklah gemar pun pada konsert atau apa pun, memang saya tak pergi pun. Tapi saya akan mendengar lagu-lagu, kalau ada, tak kisahlah siapa yang menyanyi. Tak kiralah kalau orang itu buat dosa atau tidak kerana saya pun tak mampu untuk menyukat dosa orang. Lagipun, bila cakap pasal buat dosa ni, rasanya macam ramai lagi yang juga buat dosa. Ada tu duk keluar masuk penjara dan juga pusat pemulihan, tapi kita terus menyokong. Begitu juga dengan orang-orang politik, kadang-kadang kita dengar juga tentang perbuatan buruk mereka (termasuk zina dan bunuh), tapi kita terus menyokong juga. Tak ada pulak wartawan suruh kita jangan sokong lagi.
Saya tidak bersimpati atau menyokong Ariel, tapi rasa hal-hal begini memang susah hendak kita bicarakan. Mungkin tak usahlah kita sukat dosa orang dan terus menghukum lagi, kerana ada kala, orang yang kita benci tu, mungkin dosanya sudah pun diampun Tuhan, tapi dosa kita sendiri kita tak tahu lagi. Takkanlah orang yang pernah buat dosa tu, tak boleh cari makan lagi di dunia ini?
Siapalah kita ni, kan? Bukankah kita juga manusia kerdil yang banyak lakukan dosa. Ada yang orang tahu dan ada yang orang tak tahu, tapi Tuhan tetap tahu.
Wallahua'lam.
PS: Teruslah baca novel percuma ni:

Sunday, September 23, 2012
Nostalgia Yang Manis
Salam
Saya memang suka menulis di awal pagi. Biasanya bila pagi, kepala otak tak berserabut dan hati pun tenang aje... hehe, insya-Allah...
Dalam hidup anda, pernah tak ada sesuatu yang terjadi masa dulu-dulu dan anda susah nak lupakan? Mungkin tentang kejadian, tentang orang, atau apa-apa sahaja. Kalau anda masih muda lagi, kemungkinan besar benda yang saya katakan ni tak berkesan sangat, maklumlah anda masih muda, tak banyak kisah silam. Tapi kalau anda dah agak matang, mungkin banyak sejarah, kan?
Kadang-kadang benda yang kita ingat tu tak penting mana pun, tapi kita tak boleh lupa. Misalnya, saya teringat sampai sekarang pengalaman saya naik kereta api ketika berusia sekitar empat tahun. Dari Kluang Johor ke Kuala Kangsar, Perak. Saya masih ternampak-nampak dan terasa-rasa keadaan semasa dalam kereta api itu. Padahal, selepas itu (terutama ketika saya di UM) saya memang selalu naik kereta api untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur. Pelik, kan? Saya juga boleh ingat lagi ketika saya pulang ke rumah kami di Kuala Kangsar ketika umur saya empat tahun itu. Saya juga payah nak lupa ketika usia saya lima dan enam tahun, ketika bermain-main di Batu Pahat. Saya suka bermain seorang diri dan suka juga berinteraksi dengan kawan-kawan yang saya buat sendiri dalam imaginasi. Hehe...
Saya teringat pengalaman pertama kali ke sekolah. Saya sangat takut kerana sebelum itu saya tak pernah ke sekolah, apatah lagi suasananya berubah. Dari Johor ke Perak. Pertuturan kawan-kawan sangat berbeza, dari slanga Johor ke slanga Perak. Ada benda-benda yang kawan berkata saya langsung tak faham. Apatah lagi bila ada pula mereka yang guna slanga utara, lagilah saya tak faham. "Awat buat lagu tu?" yang membawa maksud, "Kenapa buat macam tu?". Kebetulan saya ada kawan yang kami panggil 'Awad' ketika di Batu Pahat. Saya jadi confuse sangat-sangat, kenapa Si Awad boleh ada di Perak dan membuat lagu. Hehe...
Tentunya saya tak pernah lupa arwah nenek saya yang saya panggil 'Tok'. Tok saya tinggal di Sungai Dua dan ketika umurnya di penghujung 60-an dan awal 70-an, Tok saya masih kuat dan mampu untuk panjat pokok jambu dan memetik buah jambu untuk kami cucu-cucunya. Tok saya juga pantang tengok periuk yang tak berkilat. Kalau dia ke rumah kami, itulah yang dilakukannya, mengilatkan periuk-periuk di dapur.
Wassalam.
Saturday, September 22, 2012
Menulis Kerana Duit Atau Populariti?
Sekadar hiasan
Salam
Semalam, saya kesibukan bersama-sama teman lama semasa belajar di UM dulu. Salah seorang teman baik ialah Cik Salmiah Ismail (juga seorang penulis puisi) yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka dan hari Isnin ini, beliau akan ke tanah suci untuk tunaikan fardhu hajji. Jadi, saya berada di DBP semalam dan kebetulan, bertema juga dengan penyanyi veteran Uji Rashid (teman kepada teman saya) dan juga seorang lagi penulis, Ana Balqis (menulis untuk Alaf 21 - juga teman kepada teman saya). Ada juga beberapa orang pegawai DBP di sana dan kebetulan ada yang dah pernah jumpa saya. Alhamdulillah.
Okey, hari ini saya nak sambung lagi tentang hal 'penulisan'. Saya sekadar berkongsi cerita sahaja agar apa yang saya lalui ini mungkin akan terus memberi semangat kepada anda semua. Saya tak pernah letak 'target' untuk mengutip hasil dari menulis. Bagi saya, menulis ialah sesuatu yang sangat dekat dengan hati dan tak ada nilai yang boleh saya letakkan untuk 'kesukaan' saya ini. Jadi, bila menulis, saya rasa tenang dan sangat 'happy' dan itu adalah ganjaran buat saya. Saya juga mula menulis secara serius pada tahap umur yang sudah matang, bukan ketika remaja, walaupun saya suka membaca dan menulis sejak budak-budak lagi. Ketika saya di sekolah menengah, saya pernah buat beberapa skrip untuk lakonan di sekolah dan saya juga pernah menulis artikel di surat khabar (dalam bahasa Inggeris).
Ketika di sekolah menengah juga, biasanya karangan saya akan dijadikan 'bahan contoh' untuk pelajar-pelajar lain. Dari situlah saya tahu yang saya mempunyai bakat untuk menulis. Tetapi... peluang untuk menulis secara serius hanya datang ketika saya tidak bekerja lagi. Ketika itulah saya bina mood untuk menulis dan seterusnya saya jatuh cinta. Saya mendapat kepuasan dan alhamdulillah, saya tidak berasa jemu. Mungkin kerana itu juga saya seronok untuk update kan blog saya ini. Saya menulis kerana suka menulis bukan kerana wang atau kerana nak cari populariti. Bagi saya, kalau Tuhan sudah sediakan rezeki buat kita dalam bidang penulisan, maka akan adalah ianya, kalau tidak pun, saya tetap berasa puas dan bahagia. Alhamdulillah di atas segala rahmat-Nya.
Kebetulan juga saya mempunyai jiwa yang romantis, jadi banyak tulisan saya yang berkisar hal itu, pun begitu, saya juga suka kepada hal-hal keluarga kerana bagi saya, tiada sesiapa di dunia ini boleh hidup tanpa orang lain dan bagi masyarakat Asia, tentunya peranan keluarga sangat penting dalam hidup kita. Saya juga gemar lakukan 'research'. Perasaan ingin tahu sentisa ada dalam diri. Mungkin anda juga mempunyai bakat untuk menulis. Kalau ada itu, binalah minatnya pula. Kadang-kadang, ada orang yang mempunyai minat yang tinggi, tetapi tidak berbakat untuk menulis. Mungkin dalam hal ini, sekiranya minat itu sangat mendalam, bakat boleh diusahakan melalui praktis dan semangat yang tidak berputus asa.
Saya juga sangat berpuas hati bila saya dapat berkongsi rasa dengan orang lain. Menulis ialah satu terapi buat jiwa saya. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan zat ini untuk saya. Semoga anda yang minat menulis akan berusaha untuk jadi penulis yang baik, insya-Allah.

Friday, September 21, 2012
Soalan Feveret- Macam Mana Nak Menulis?
Salam
Ada orang bertanya pada saya (soalan ini dah jadi macam rutin sebab selalu sangat orang tanya) macam mana nak menulis? Katanya dia suka tulis tapi tak pernah habis. Separuh jalan sahaja. Ada juga orang tanya saya, ada tak teknik apa-apa yang boleh buat dia tak kering ilham. Hehe... soalan cepumas!
Saya pun tak tahu sama ada ada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan tadi. Ada juga yang bertanya, "Kak Aina tak ada lagi ke buat bengkel penulisan?" Buat masa ini memang tak ada, sebab saya sibuk sangat-sangat. Lagipun saya rasa sekarang ini dah banayk yang rajin buat bengkel penulisan, jadi orang tua macam saya ni apalah sangat, kan? Bukannya pakar pun.
Apa-apa pun, untuk menjawab soalan pertama tadi, bagi saya (orang yang bukan pakar), saya akan tulis sahaja sehingga siap. Lepas tu barulah tahu sama ada tulisan kita okey ke tidak, sebab setahu saya, tak ada cara lain yang boleh siapkan apa yang kita hendak tulis itu kecuali untuk menulis terus. Semasa saya mula-mula menulis, saya tak pernah hadir apa-apa bengkel atau kursus, saya main tulis aje. Tapi... kalau ada bengkel, pergilah. Cumanya, sekalipun kita pergi mana-mana bengkel tapi kita masih teragak-agak untuk habiskan penulisan kita, ia akan terus tergendala.
Tentang ilham pula, saya selalu berkata di blog ini dan juga kepada siapa-siapa yang bertanya, jangan tunggu ilham datang pada kita tetapi pergilah mencarinya. Ilham ada merata-rata, tapi kalau kita biarkan, ilham itu akan meresap di angin lalu!
Kalau anda serius nak tulis, tulislah. Jangan tunggu-tunggu. Pastikan anda ada disiplin yang tinggi untuk habiskan penulisan anda. Insya-Allah, bila anda dah suka, mungkin satu hari nanti anda juga akan jadi macam saya, ketagih untuk menulis!
Jadi... tulislah.
Wassalam
Wednesday, September 19, 2012
Kenapa Free, Ek?
Jom baca buku free!
Salam
Ada juga orang bertanya dengan saya, kenapa saya buat cerita dan lepas tu bagi free aje kat E-Sentral tu? Hehe... mestilah bersebab, kan?
Sebenarnya senang aje ceritanya. Masih ramai orang di luar sana takut nak beli buku e-book ni, sebabnya mereka takut tak reti nak download kat komputer dia orang, lepas tu takut pulak tak tahu nak bayar macam mana. Tapi dalam hati memang teringin nak cuba dapatkan e-book ni. Sebab tu lah saya bagi percuma, supaya anda yang tak biasa tu, boleh biasakan diri. Saya nak anda belajar dapatkan buku e-book ni dan percayalah cakap saya, insya-Allah, membaca e-book akan jadi satu fenomena dan budaya membaca suatu hari nanti. Tak lama lagi, sekolah-sekolah pun akan mula guna e-book untuk pelajarnya (berperingkat) dan suka atau tidak, kita semua akan diexposekan dengan membaca e-book. Mudah, senang, tak mahal dan bijak! Jadi, tunggu apa lagi?
Sekarang ini, anda boleh baca e-book dengan guna komputer biasa saja, tak perlu ada iPad atau iPhone atau iPod. Yang menariknya tentang e-book ni, anda boleh tukar fon, nak besarkan atau kecilkan pun boleh. Tak perlukan ruang untuk simpan buku. Simpan dalam komputer aje. Sangat mudah dan praktikal.
Lagi satu sebab mengapa saya buat buku free ni, sebab saya nak kenalkan diri saya sebagai penulis buku e-book. Anda penulis di sana pun boleh buat macam ni. Anda boleh jadi penerbit sendiri yang tak perlukan modal. Sila masuk ke laman web E-Sentral dan tengok arahan di sana. Sangat senang. Kalau tak tahu macam mana nak sediakan buku anda secara e-book, anda boleh belajar. Sekarang ini anda boleh jadi 'Self- publisher' dan self-published. Itulah yang saya lakukan untuk buku 'Buah Hati Meera'.
Tak perlu buat novel tebal, sekadar yang pendek sahaja, yang penting ialah untuk kenalkan diri kita kepada pembaca. Lama-lama nanti orang di luar sana akan mengenali kita melalui sample yang kita beri ini. Alhamdulillah, setakat ini (sebelum buku free), sudah ramai yang mendapatkan novel-novel saya melalui pembelian e-book. Penjualan akan meningkat bila kita buat promosi macam ni, insya-Allah. Jadi... apa lagi, kalau anda seorang penulis, jom beranikan diri dan ikut cara saya ini. Insya-Allah, lama-lama nanti anda akan dikenali oleh pembaca-pembaca e-book.
http://www.e-sentral.com/search/byid/1713
Jom be up-to-date!
Wassalam.
PS: Bagi anda yang agak keliru, bila sampai di bahagian 'payment' tu, anda boleh pilih apa-apa sahaja jenis payment, sebab anda tidak akan dicharge kerana buku itu free. Jadi jangan bimbang okey? Baca aje bila diarah untuk download nanti.
Tuesday, September 18, 2012
Buah Hati Meera - Percuma Sahaja
Salam semua
Kalau anda teruja untuk membaca novel e-book, jom kita baca. Di atas ini adalah buah tangan saya yang saya hulurkan buat anda secara percuma sahaja. Silalah baca. Jom ke portal e-sentral. Linknya ada di bawah.
http://www.e-sentral.com/search/byid/1713
Terima kasih.
Salam Sayang Dari Malaysia

Elok anda baca kisah ini.
Salam
Ya sungguh, Kak Timah oi... saya tak update blog tiga hari dah. Amboi, sibuk bebeno ni (kata orang Perak lah ni). Hehe... memang sibuk, hujung minggu yang buat saya tak dan nak duduk depan komputer. Asyik lari ke sana dan ke sini. Hari Sabtu tu, siang dan malam ada orang kahwin. Pada malamnya, kami ke Shah Alam sebab anak sepupu suami saya kahwin. Esok pagi-paginya (hari Ahad), kami bergegas pula ke Johor Bahru sebab anak adik suami saya pula berkahwin. Malam tu, kami tak terus balik, tapi tidur aje di JB. Malam tu kami ada gathering dengan kawan-kawan sekolah suami saya (ada lelaki dan ada perempuan). Seronoklah dapat dengar cerita-cerita lama. Salah seorang teman suami saya itu merupakan doktor pakar (ENT - hidung, telinga dan tekak). Kata orang Perak, seronoklah berlabon, sampai ke tengah malam (sekali-sekala jumpa kawan, beb). Esoknya (hari Isnin) barulah kami balik. Dalam perjalanan, singgah pula di Kluang, pergi makan nasi lauk asam pedas ikan merah dan minum kopi ais kaw-kaw! Sampai Nilai lewat petang, masa tu jalan pun dah agak sesak.
Okeylah, masa hujung minggu tu, salah seorang kawan suami saya forwardkan sebuah kisah yang ditulis oleh seorang pelajar yang berasal dari Amerika Syarikat. Pelajar remaja perempuan ini bercerita tentang pengalamannya hidup di Malaysia sebagai pelajar yang tumpang di rumah sebuah keluarga orang Islam. Mungkin elok juga anda baca ceritanya di blog ini:
Salam sayang saya buat semua.
Wassalam.
Friday, September 14, 2012
Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims
Salam
Berapa orang di antara kita seronok sangat menonton satu fenomena tarian baru yang datangnya juga dari Korea, dan dipanggil 'Gangnam Style'? Bukan setakat itu sahaja, malah semua orang cuba bina tarian mereka sendiri mengikut rentak itu, seolah-olah kalau tak buat macam tu begitu rugi besar! Mula-mula bila kami dengar pasal hal ini (Dihighlightkan kat TV3), kami pun hairanlah jugak, kenapa kita pun kalut sama? Best sangat ke? Walhasil, memang beginilah agaknya. Kita tak pernah tak mahu ketinggalan zaman sampaikan elok atau tidak untuk kita, mesti kita ikut saja. Huh!
Agaknya pula, berapa ramai di antara kita cuba mencari maklumat tentang apa yang terjadi sekarang ini di dunia Islam? Heboh merata dunia tentang filem yang dibikin oleh seseorang berketurunan Yahudi di California, Amerika Syarikat bertajuk 'Innocence of Muslims', bukan hanya Nabi Muhammad SAW dihina, tetapi seluruh umat Islam dan agama Islam itu dipandang rendah seolah-olah tak bertamadun! Patutlah ada yang mengamuk gila! Biasalah, bila ia terjadi pada orang putih apa tah lagi rakyat Amerika, nayawa mereka mempunyai nilai yang tinggi, tetapi insan lain di dunia ini memang patut dibelasah ikut sesuka hati. Subhanallah.
Bukan niat saya untuk bercerita tentang hal-hal ini, cuma cuba mengingatkan kita untuk ambil kira apa yang patut kita fikirkan, bukan apa yang patut kita jadikan ikutan kita, seterusnya menjadi amalan dan merosakkan budaya yang sudah sedia tunggang-langgang. Wallahua'lam.
Wassalam.
Thursday, September 13, 2012
Gila Upin Ipin
Salam
Fenomena Upin Ipin ni dah lama bertapak di negara kita dan sebelum ketara di sini, sambutan dan keghairahan menonton animasi Upin Ipin lebih dulu bertapak di Indonesia. Saya masih ingat lagi, setiap kali ke negara seberang, itulah kata orang-orangnya, "Kamu ni orang Upin Ipin?" Huhu... betapa hebatnya animasi si upin ipin ni, hinggakan mereka mampu mengharumkan negara kita.
Sekarang ini pula, fenomena Upin Ipin sedang melanda rumah kami. Si kenit-kenit ni, semenjak dah pandai bercakap, aduhai... memang pantang tengok apa-apa skrin yang ada. TV boleh, iPad boleh, iPod boleh dan komputer pun boleh. Kalau di depan iPad, siap pandai cari YouTube lagi. Malah dah pandai pilih cerita mana yang digemarinya. Tak cukup itu, mereka bercakap pun dah macam Upin Ipin lagi! Memang kelakar sungguh.
Paling memeningkan kepala, kita sampai tak boleh buat kerja kerana mereka akan memaksa kita untuk bukakan Upin Ipin untuk mereka. Tapi... bila mengadap tu, jadi senyap. Mereka sangat fokus dan sebab itulah kedua-dua Firas dan Ali cakap macam Upin dan Ipin.
Sekarang ini, kami terpaksa sorokkan segala-galanya (iPad dan iPod) agar mereka tak asyik melihat Upin Ipin sahaja. Bila petang, barulah boleh. Tapi kan, saya sangat hairan macam mana dia orang ni faham jalan cerita. Siap tergelak berdekah-dekah lagi. Si Ali pula, paling takut katak dalam cerita Upin Ipin tu. Bila keluar aje katak, dia pun melompat lari. Si Firas pula akan berkata, "Ali takut katak" dan dia gelak. Budak-budak ni tak suka 'Kak Ros' dan sayalah yang selalu jadi Kak Ros mereka, sebab terpaksa marah! Hehe.
Mujurlah banyak nilai-nilai murni dalam cerita-cerita Upin Ipin tu. Kami yang dewasa ni pun dah hafal semua cerita Upin Ipin.
Wassalam.
Wednesday, September 12, 2012
Gosip Yang Mungkin Jadi Fitnah
Salam semua
Dari dulu lagi, saya memang tak suka kalau ada orang mengajak saya untuk join bisnes yang mudah jadi kaya (katanyalah). Paling tak suka kalau dikatakan bahawa bisnes itu tak perlu menjual tapi guna strategi tertentu. Bagi saya memang peliklah kalau boleh buat bisnes yang tak perlu jual apa-apa. Bisnes servis pun kena jual servis, apatah lagi kalau bisnes produk, mestilah kena jual produk. Takkan duit turun dari langit kot. Dulu-dulu (mungkin 15 tahun yang lalu), saya rajin juga nak mendengarnya, tapi sekarang saya memang tak percaya! Kalau kita inginkan rezeki yang baik dan lumayan, kita kena kerja kuat, kerja keras, kerja bijak dan bersabar, barulah menjadi. Tak usah mimpilah rezeki nak datang bergolek begitu sahaja, kecualilah ada sesuatu yang terjadi. Itu pun payah juga.
Okeylah, pagi ni saya nak berbual tentang hal lain yang mungkin ada kaitan dengan penulisan. Mengikut kata beberapa orang pembaca saya (yang juga merupakan hardcore), mereka selalu membaca dan melihat gosip yang tersebar di Internet (media sosial lah ni, terutamanya FB). Kata mereka, ada macam-macam cerita. Ada tu digosip oleh pembaca, ada pula tu oleh penulis. Kalau pembaca, biasanya tentang karya, terutama tentang karya yang mereka tidak puas hati. Konon-konon ada karya yang dipukul canang sebagai terbaik, tetapi bila dibaca rupa-rupanya tak baik mana pun. Malah sangat membosankan. Kerana itu, ramailah yang mengkritik tentang hal itu. Ayoyo... susah maa...
Ada tu pulak, gosip tentang karya. Kata mereka, ada penulis terpaksa berjaga-jaga, takut karya mereka diciluk orang lain. Jadi bila manuskrip mereka diserahkan kepada mana-mana pihak penerbit atau pihak perseorangan, mereka perlu berjaga-jaga, konon-konon ada cerita yang mengatakan bahawa setelah manuskrip mereka dikembalikan, tahu-tahu cerita mereka itu sudah menjadi novel orang lain dengan perubahan sikit-sikit. Huh! Memang menakutkan tu.
Ada juga gosip tentang penerbit yang tak mahu keluarkan sebarang perjanjian, sekadar bercakap mulut sahaja bila menerima manuskrip orang untuk diterbitkan. Satu hal lah pulak! Mungkin kalau takut sangat, penulis boleh terbit sendiri, tak susah pun.
Apa-apa pun, saya tak suka terlibat dalam hal bergosip seperti ini, terutama di media sosial, kerana ia sangat merbahaya. Kalau betul, okeylah, tapi kalau sekadar buat tuduhan tanpa kebenaran atau sekadar mendengar cakap-cakap orang sahaja, mungkin ia akan menjadi satu fitnah. Jadi, kita perlu berjaga-jaga. Mungkin lagi elok kalau kita berterus terang dengan semua yang terlibat.
Tapi kalau baca buku tak sedap tu, tak boleh nak buat apa-apalah. Memang adat dunia, mungkin tak sedap bagi kita tetapi sedap pula buat orang lain. Citarasa orang tak pernah sama, kecualilah ceritanya memang tak ada siapa pun yang kata sedap. Itu bolehlah dikatakan sebagai bahaya, tetapi masih kita tak boleh buat apa-apa. Wallahua'lam.
Wassalam.
Tuesday, September 11, 2012
Kawan Saya Yang Bernama Liza
Ini bukan Liza - sekadar hiasan sahaja
Salam
Ada orang, sangat bernasib baik, baru sahaja beli hartanah dah untung besar. Melonjak-lonjak naik hartanya. Ada pula tu dah beli bertahun-tahun lamanya, jangankan nak naik, turun pulak dah! Tak apalah... itu yang dinamakan rezeki. Tapi bila rezeki kita melimpah-limpah, tak payahlah poyo sangat, tak usahlah heboh cerita kat orang sana-sini. Ada ketika kita memberitahu orang tentang sesuatu bukan kerana nak menunjuk tetapi sekadar memberi info, tetapi bila tak bersebab tapi kita duk pukul canang, itu memanglah kes 'cakap besar'. Biar orang semua tahu yang kita ni banyak duit. Alahai...
Kadang-kadang, orang yang suka menunjuk-nunjuk ni akan memberi tekanan kepada orang lain juga. Paling malang kalau anda berada dalam kumpulan kenalan atau kawan-kawan yang suka berentap-rentap nak tunjuk siapa lagi hebat. Kalau seorang cerita macam ni, seorang lagi akan cerita lagi baik punya. Macam itulah halnya, masing-masing mula berlawan, dari soal hartanah sampailah kepada beg tangan dan mungkin juga pakaian dalam! Semua mesti branded dan ada kelas maa... Aduhai.
Beginilah sekarang ini, kan? Semuanya kerana material. Kawan pun sebabkan material, kalau kawan kita tak macam kita yang loaded ni, kita malas nak kawan dah, sebab tak sama level.
Orang selalu berkata bahawa sistem kasta ni tak ada kat Malaysia. Mungkin kot, tapi malangnya kat Malaysia ni orang ramai mengamalkan sistem material. Kalau kita tak berapa ada, tapi kalau anak perempuan kita cantik-cantik, kita nak pastikan anak perempuan kita tu akan terhinggap dengan anak orang kaya. Biar kurang paras rupanya asalkan koceknya berisi, senanglah nanti kalau kita terpaksa tumpang sekaki. Alahai...
Sekarang ini, bukan hanya anak perempuan, kalau boleh anak lelaki kita pun sama juga, kalau kita kurang berada, kita nak sangat anak lelaki kita kahwin dengan orang kaya, supaya nanti kita tak susah dan anak kita pulak bertambah senang. Kan itu namanya materialistik?
Kalau jiran pulak bercerita, masing-masing macam berlumba. Seorang beli kereta besar, yang lain akan cuba sama. Kalau tak boleh, akan bertanding pula di bahagian yang lain. Misalnya kalau nak kahwinkan anak, tengok pulak banyak mana khemah yang nak didirikan di depan rumah. Kalau jiran A ada empat khemah masa majlis nikah anaknya, jiran B kena tambah jadi enam. Barulah kaw-kaw!
Aduhai... penatnya bercakap pasal hal ini. Saya sekadar berkongsi rasa sahaja kerana kadang-kadang terasa letih dengan cara yang begini. Bila kawan pun kita tak jadi ikhlas lagi. Nak pilih kawan, nak tengok berduit ke tidak.
Saya suka berkawan dengan Liza. Dia ni orang kampung dan rumahnya terletak sekitar 9 kilometer dari rumah saya, di kawasan Lenggeng. Saya kenal Liza ketika suami saya beli tanah dia (tanah kampung je - tak besar pun) dan sampai sekarang, saya terus berkawan dengannya. Sekali-sekala saya akan jumpa dia. Kami selalu berSMS dan bertelefon. Sekarang ini Liza jadi pencuci di sebuah kilang tak jauh dari rumahnya. Bagi saya, Liza is still a good friend, kerana dia ikhlas berkawan dengan saya. Dia berkawan tanpa sebarang sebab yang terikat dengannya. Alhamdulillah. Berkawan dengan Liza memang tidak meletihkan kerana keikhlasannya.

Monday, September 10, 2012
Susahnya Nak Bersabar
Salam
Semoga semangat kita tinggi hari ini dan janganlah kata 'Monday blues'... huhuhu...
Alhamdulillah kita masih di sini, semoga hari-hari kita lebih baik daripada hari-hari yang terdahulu, insya-Allah.
Di Nilai, pagi ini hujan lebat, penuh rahmat, insya-Allah.
Ya sungguh ni, kadang-kadang memang susah nak jadi orang yang bersabar. Bukan mudah walaupun kita cuba sebaik mungkin. Bila kita marahkan sesuatu, rasa sakit hati tu payah nak berundur, puas berdoa masih tak mahu pergi juga. Kita pun tanyalah sana sini macam mana nak kawal diri supaya jadi orang yang sabar, yang tak marah-marah tapi masih susah juga. Asyik orang beritahu kita, "Tak apa, bersabar ajelah," tapi yang cakap tu pun kadang-kadang susah nak sabar. Sebenarnya tak tahu macam mana nak uruskan kesabaran itu.
Banyak cara untuk kita belajar bersabar dan semuanya datang dari dalam diri kita juga dan tentunya kita kena usaha kalau kita betul-betul mahukan kesabaran. Selain dari duduk berdoa, kita kena lakukan macam-macam supaya dijadikan amalan yang akan membawa diri kita untuk bersabar. Saya pernah dengan cerita daripada mereka yang alim, bahawa guru-guru mereka (kisah ini terjadi di Al Azhar, Mesir) selalu ke luar ke jalanan untuk memberi makanan kepada anjing-anjing liar yang berkeliaran dan kelaparan. Perbuatan itu membersihkan banyak kotoran dalam jiwa dan mudah mengawal diri untuk bersabar. Wallahua'lam
Begitu juga satu lagi kisah yang saya dengar tentang orang alim di Timur Tengah. Kisahnya begini. Suatu hari ulama' ini pulang dari kejauhan dan dia telah disambut oleh orang-orang yang menghormati dan menyayanginya. Sebaik sahaja tiba di suatu kawasan itu, kerana mereka terlalu sayangkannya, mereka bertolak-tolak lalu mengangkat kenderaan yang dinaikinya. Tentu sekali ulama' itu berbesar hati kerana tahu ramai yang menghormatinya. Seketika kemudian, anaknya telah datang ke tempat berkenaan (kalau tak silap ialah masjid), tetapi dia tiada di situ. Bila mencarinya akhirnya anaknya menemui ayahnya (ulama' berkenaan) sedang mencuci tandas di masjid itu. Rupa-rupanya ulama' itu sebaik sahaja tiba di pekarangan masjid terus sahaja ke kawasan tandas dan menaikkan jubahnya untuk membersihkan tandas. Kata ulama' itu kepada anaknya, dia takut perasaan 'tinggi diri' melekat padanya ketika orang ramai menunjukkan hormat dan sayang mereka. Dengan mencuci tandas, dirinya kembali menjadi rendah. Subhanallah.
Begitulah caranya para ulama' dan orang alim menjaga jiwa mereka agar mudah dikawal. Wallahua'lam. Mungkin kita juga mampu lakukan begitu. Misalnya mengunjungi rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua dan menghulurkan bantuan tenaga kepada mereka. Melayan kerenah kanak-kanak dan orang tua mampu mengajar kita untuk bersabar. Atau mungkin juga pergi ke rumah-rumah ibu tunggal yang kesusahan dan membantu mereka lakukan apa-apa yang boleh membantunya.
Sebenarnya, banyak yang boleh kita lakukan untuk membersihkan jiwa kita, insya-Allah selepas itu nanti kita mudah mengawal diri untuk menjadi orang yang sabar. Insya-Allah.
PS: Saya juga sedang usahakan agar selalu bersabar dan jauhkan perasaan marah-marah. Memang tak mudah. Tetapi insya-Allah, saya akan terus usahakan.
Wassalam.
Sunday, September 09, 2012
Bapa Kaki Kelentong, Anak pandai Goreng
Sekadar hiasan
Salam
Seperti yang dah saya katakan, semalam saya sibuk melayan tetamu. Semua tetamu saya semalam terdiri daripada mereka yang muda. Ada anak-anak angkat saya dari Yemen, ada anak-anak teman baik saya, ada anak saudara saya, ada kawan-kawan anak saya Laila dan ada teman-teman anak saya Nabil (kawan Nabil memang banyak). Jadi... biasalah, kami pun sibuk memasak dan melayan. Menu utama ialah nasi beriani kambing dan cik abang saya yang masak. Dia memang pandai buat nasi beriani (belajar daripada arwah ibu bapanya). Kata yang makan, "Sedap macam kat restoran terkemuka,". Hehe... bukan saya masak ya. Saya masak side dish aje, iatu makaroni lapis bakar. Nabil pula sediakan ayam goreng berempah kaw-kaw! Anak perempuan saya buat trifle dan brownies, juga sedap.
Hari ini saya akan hadirkan diri di rumah jiran untuk majlis bertunang anak perempuannya yang sekarang ini masih menuntut di Mesir, buat kedoktoran. Balik ke Malaysia untuk bercuti raya dan bertunang... hehe! Tahun depan kahwin kot. Insya-Allah. Lepas itu, saya plan nak ke KL sekejap. Ada benda yang saya nak kena beli.
Semalam, ada macam-macam cerita yang kami dengar. Salah seorang tetamu saya bertugas di LHDN, jadi banyak juga ceritanya. Salah satu ialah tentang 'Conned Man' atau apa kita panggil kaki kelentong.
Teorinya begini, kalau kita suka kelentong, pasti anak-anak kita, kalau tak semua pun, satu dua akan ikut cara kita itu. Maklumlah kan... bapa borek anak rintik. Alkisahnya ada seorang ini, dia cuba ubah imej diri, sentiasa berpakaian ala koporat ke sana dan ke mari, takut orang tahu yang sebenarnya dia mempunyai background yang rendah. Dah tu janggut dia simpan panjang, konon-konon dia alim. Kalau bercakap pulak mesti guna bahasa Inggeris sekalipun grammar tak berapa nak betul, konon-konon dia educated. Kawan-kawan dia pulak 'kaki gengster', dengan cara tu senanglah dia nak hidup kot. Ke mana-mana pergi pun dia mesti menipu orang. Kalau tak banyak, sikit. Sekarang ini, anak dia pun dah jadi macam tu. Kalau ayahnya kuat kelentong, anak dia sekarang ni dah pakar menggoreng! Hidup dengan menipu. Tak pernah mengaku yang dulunya dia hanyalah mat rempit. Pelajaran tak tinggi mana pun, tapi berlagak macam keluar masuk universiti. Kalau pakai pulak, mesti yang branded, pada hal dirinya tak mampu. Kerjanya ialah korek lubang dan tampal. Bayangkanlah, hutangnya keliling pinggang. Bapanya begitu dan kini anaknya pun sama. Hidup dan bernafas dengan kelentong orang.
Pernah tak anda jumpa orang yang macam ni?
Okeylah, sekadar berkongsi cerita sahaja, semoga kita dijauhkan Tuhan daripada bersikap demikian atau berjumpa dengan orang yang begitu.

Saturday, September 08, 2012
Wahai Tuhanku...
Ya Tuhanku... kalau hatiku sedang disakiti, ubatkanlah... semoga ia tidak sakit lagi.
Ya Tuhanku... sekiranya aku sedang sedih... Kau ambillah rasa sedih itu, biar aku terus ceria.
Ya Tuhanku... kalau aku rasa kecewa kerana perbuatan dia, Kau berilah aku peluang untuk tidak rasa kecewa lagi.
Ya Tuhanku... aku inginkan ketenangan, aku inginkan kebahagiaan... hanya Engkau sahaja yang mampu berikan itu buat insan kerdil seperti diriku...
Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah imanku, kukuhkan semangatku... biar aku sentiasa dekat dengan-Mu... setiap saat dan detik hidupku ini.
Amiiiiiin...

Friday, September 07, 2012
Ada Tanda Noktah di Hujung Sana
Salam
Hari ini hari Jumaat dan pastinya hujung minggu ini kita akan kesibukan semula. Esok, insya-Allah saya akan ada tetamu (maklumlah raya kan sebulan?) dan lusa pula salah seorang jiran akan melangsungkan majlis pertunangan anak perempuannya.
Hari ini saya nak bualkan tentang sesuatu yang pasti akan kita rasai dalam hidup ini. Ia itu 'ujian'. Saya pasti sangat mustahil kalau ada insan di dunia ini yang hidup tanpa ujian, tambah pula kalau anda seorang Muslim.Tak tahu betapa teguhnya iman kita kalau kita tidak diuji. Itu bermakna bila kita diuji, Tuhan menyayangi kita, kerana dalam keadaan berdepan dengan ujian, pasti kita dekatkan diri dengan Tuhan. Masya-Allah.
Pastinya juga kita semua akan pergi tinggalkan dunia fana ini. Ada tanda noktah dalam kehidupan kita, kerana semuanya pinjaman belaka.
Seorang ibu muda bercerita kepada saya. "Jiwa saya macam nak hilang bila bayi kecil saya meninggal dunia dengan tiba-tiba. Saya menangis hingga tiada air mata. Saya tak dapat tidur berbulan-bulan dan saya sentiasa termenung. Saya rasa macam Tuhan tak sayangkan saya sebab itulah beri saya dugaan macam tu. Tiba-tiba satu hari selepas saya solat dan berdoa, terdetik di hati saya bahawa Tuhan lakukan ini semua buat saya agar saya lebih dekat pada-Nya. Dulu, kalau solat saya buat sambil lewa sahaja. Tak pernah saya duduk berdoa lama-lama. Sekarang (sejak kehilangan bayinya) ini saya duduk lama di atas sejadah. Saya rajin buat solat sunat. Kalau boleh, saya sentiasa hendak berada di sisi Allah, sebab hanya Dia yang dapat tenangkan jiwa saya. Bukan itu saja, saya juga jadi lebih baik dari dulu. Saya mudah kesiankan orang terutama kanak-kanak. Saya lebih menyayangi orang tua saya termasuk mentua saya. Saya rapat dengan adik-beradik saya. Subhanallah."
Saya turut sebak mendengar ceritanya. Sesungguhnya, kita tak akan lari daripada diuji. Kalau tak sekarang, mungkin di masa akan datang. Biasanya juga berkali-kali, ada ujian kecil dan ada juga ujian besar. Semuanya untuk kuatkan iman kita sebagai Muslim. Masya-Allah.
Seorang lagi wanita muda bercerita juga, "Bila saya diberitahu doktor yang saya ada luekimia, saya macam tak percaya. Tapi bila saya terpaksa buat kimoterapi, gugur semua rambut di kepala, ambil darah dari tulang sum-sum, melalui segala kesakitan dan keperitan, saya tahu bila-bila masa sahaja saya boleh mati. Tapi alhamdulillah, dalam tangisan dan kepayahan itulah saya menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan kuat. Sekarang ini, setiap saat dan masa itu sangat berharga buat saya. Selagi Tuhan berikan saya umur (sekarang ini dia dah sihat) selagi itulah saya sentiasa bersyukur. Saya bersedia untuk hidup dan juga untuk mati, insya-Allah. Saya tahu Tuhan sayangkan saya."
Subhanallah. Begitulah kita yang menumpang di dunia Tuhan ini. Kalau kita berdepan dengan masalah, bayangkanlah mereka yang jauh lagi menderita daripada kita. Kalau kita tak diuji, jangan ingat sampai bila-bila pun kita tak akan diuji. Namun begitu, bila cabaran dan ujian datang kepada kita, bertenanglah. Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita.
Wassalam.
Thursday, September 06, 2012
Wajah, Pakaian, Rumah dan Makanan... Berjaga-Jaga
Sekadar Hiasan
Salam semua
Mula-mula, saya nak bercerita tentang trend orang suka pakai pelbagai benda untuk cantikkan wajah atau tegangkan wajah (cara pakai botox atau inject benda-benda lain, termasuk buat plastic surgery). Ini terjadi kerana mereka tak suka dengan apa yang ada pada wajah, maka ingin diubahsuaikan. Malah, ada juga yang takut untuk tua atau kelihatan tua. Takut muka berkedut. Hahaha... sampai bila nak hidup dalam trauma begitu, kan? Suka atau tidak, pasti kita akan tua juga. Sekalipun nampak muda, kalau tua tetap tua dan sebenarnya tak salah pun jadi tua, kerana biasanya orang tua lebih matang dari yang muda dan orang tua lebih banyak pengalamannya. Cuma dalam hal ini, saya sangat risau melihat ada wajah-wajah orang kita yang berubah dengan ketaranya dan ada ketika wajah itu kelihatan sangat pelik kerana telah dilakukan sesuatu untuk diubah. Bagi saya, sebenarnya tak perlu kita takut kalau ada kedutan di wajah, dan tak perlu kita ubahkan wajah yang dianugerahkan Allah SWT, kerana ciptaan Tuhan tiada bandingannya dan tiada sesiapa pun yang boleh buat lebih baik daripada apa yang dilakukan Allah SWT.
Hal lagi satu pula, sejak kebelakangan ini, memang terlalu ramai selebriti wanita yang memilih untuk memakai hijab. Alhamdulillah. Kalau mereka menuju ke arah itu, semoga segala yang mereka lakukan itu juga turut akan mengikut syariat agama kita. Ini menunjukkan ramai yang tidak bimbang rezeki akan berkurangan sekalipun memakai hijab. Semoga ia bukan sekadar trend tetapi sesuatu yang menggerakkan hati mereka untuk ke arah yang lebih positif. Semoga semua yang dilakukan itu baik-baik belaka. Insya-Allah.
Beralih kepada hal ekonomi pula. Saya tersangat bimbang melihat keadaan di mana harga rumah kini naik melambung, hinggakan ia menjadi bukan-bukan. Rumah link di sekitar Lembah Kelang ada yang mencecah 700K, ada itu lebih mahal lagi (tengok pada kawasan). Rumah apartmen pun ada yang cecah 500K dan lebih, pada hal kecil sahaja saiznya. Saya bimbang kalau ini terus berlaku, orang-orang muda akan terperangkap dengan hutang yang tinggi kerana ingin perolehi rumah. Bagi saya, kalau anda bimbang sekiranya nanti anda tak ada rumah kalau tak beli sekarang ini, mungkin elok kalau anda cari tanah pertanian atau tanah kampung dulu. Beli dan simpan.
Dijangkakan, harga makanan akan naik melambung pada tahun hadapan. Bila makanan naik harga, segala-galanya akan naik juga. Ini akan timbulkan masalah buat kita semua. Dijangkakan juga harga minyak akan naik dan menjadi beban untuk kita semua. Jadi... kita harus berjaga dari sekarang. Mungkin lebih selamat anda menyewa dulu daripada terbeban dengan hutang kerana memiliki rumah sendiri. Wallahua'lam.

Wednesday, September 05, 2012
Banyak Sangat Komersialnya
Sekadar Hiasan
Salam sayang semua
Bila saya komen tentang TV3, ramai yang datang ke blog saya, nak tahu apa cerita. Saya bukannya nak kutuk siapa-siapa, sekadar menegur sahaja, kerana sebagai penonton, itulah yang saya nampak dan kebetulan saya juga merupakan penonton yang cerewet! Huhu... bukan saja-saja nak komen kosong. Lagi satu tentang stesen TV ini juga, ada programnya agak menarik, misalnya WHI atau Wanita Hari Ini, tapi saya rimas betul dengan slot-slot komersial yang turut disiarkan. Sudahlah banyak sangat iklan, tak cukup itu ditambah pula dengan slot komersial yang sungguh membosankan!. Biasanya saya tengok WHI pada part mula-mula sahaja, tentang isu menarik yang dibincangkan, lepas itu saya akan berubah stesen atau kalau tak ada apa-apa, saya akan tutup aje TV tu. Saya kisahkan di sini sebagai penonton, kerana bagi saya slot komersial yang disiarkan itu tak menarik minat saya dan mungkin juga orang lain, sebab slot-slot itu terlalu 'artificial'. Harap-harap adalah orang TV3 yang masuk ke blog ini.
Okeylah, saya nak berubah topik pula, tapi masih tentang perempuan. Kali ini saya nak bercerita tentang perasaan perempuan. Semua orang tahu hati perempuan lembut. Kalau keras pun biasanya macam kerak nasi, bila dituangkan air di atasnya, akan berubah jadi lembut juga. Dalam pada itu, sebagai orang perempuan, pastikan cinta anda yang terunggul dan teratas ialah Tuhan Maha Esa, kerana dalam kehidupan kita ini, sebaik-baiknya jangan berikan seratus peratus atau seratus dua puluh peratus cinta anda kepada lelaki, termasuk suami sendiri.
Bukannya kerana apa, tetapi semua lelaki adalah manusia biasa, begitu juga wanita. Pada mula-mula bila kita mengenalinya, mungkin hatinya baik (setidak-tidaknya itulah yang mahu dipaparkan), tetapi kemudiannya, ramai yang berubah hati. Kalau tak banyak pun, sedikit pasti ada. Kalau anda (perempuan) curahkan segala kasih-sayang padanya, takut anda akan makan hati di kemudian hari. Sebab itulah saya kata, biar kita tidak serahkan semua rasa kasih dan sayang kepadanya, biar banyak kasih dan sayang kita tinggalkan untuk diri kita. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini (seperti dia berubah hati), anda masih mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ini. Anda pasti mampu untuk berdiri tegak kerana ada Tuhan yang menyayangi anda.
Percayalah... saya dah banyak lihat keadaan seperti apa yang saya ceritakan ini. Ada yang tahu agama, ada yang kurang pengetahuannya, tetapi bila manusia berubah hati, mereka yang tahu agama juga akan lari daripada tanggungjawab. Apa tah lagi mereka yang tak ambil peduli. Wallahua'lam.
Apa-apa pun, biar saya nyatakan di sini seperti kata mat salih, 'Everything that happens happens for a reason.' Semua yang beralku ini, ada sebabnya. Hanya Allah SWT yang tahu.

Tuesday, September 04, 2012
Hai TV3, Tak Ada Rumah Lain Ke?
Sekadar hiasan
Salam pagi Selasa buat semua
Ada orang tanya saya, itu ke Aishah Hanan (gambar dalam entri sebelum ini) yang saya jadikan heroin dalam Aura Cinta? Kebetulan juga saya mendapat emel daripada seorang pembaca yang mengatakan bahawa Aura Cinta merupakan favourite novel dia... hehe... satu kebetulan. Okeylah, cerita dia macam ni. Semasa saya menulis manuskrip Aura Cinta tu, anak saudara saya Aishah (nama dia Aishah Diba) masih kecil lagi. Tapi saya memang suka sangat tengok Aishah (sangat comel). Saya cantumkan nama dia dengan nama adik dia iaitu Hanan, itulah jadi Aishah Hanan. Dalam Aura Cinta memang betul Aishah Hanan itu comel (macam Aishah Diba jugak) tetapi Aishah Hanan juga macam tomboy. Aishah Diba tidak langsung. Aishah Diba suka menyanyi dan pandai masak. Dia selalu cuba macam-macam resepi dan akan bawa ke rumah kami bila mereka melawat kami di Nilai. Semua orang suka Aishah Diba kerana dia rajin masak dessert dan dia juga sangat lembut orangnya. Huhu... dia masih muda lagi, beb!
Okeylah, saya nak komen lagi pasal drama ni. Biarlah saya cakap stesen mana yang saya maksudkan, iaitu TV3. Saya memang tak selalu mengadap TV untuk tengok drama, tapi kalau kebetulan saya tengok, saya tengok betul-betul dan ini yang saya perhatikan. Sekurang-kurangnya tiga drama bersirinya yang mengguna rumah yang sama untuk settingnya. Drama Dejavu di Kinabalu mengguna rumah yang sama dan konon-konon rumah itu terletak di Mersing (rumah ibu Aqasha) dalam cerita itu, drama Kau Yang Terindah pula, guna rumah yang sama, konon-konon rumah ibu heroin yang terletak di Pulau Langkawi. Drama Bini-Biniku Perkasa (Kebetulan saya tertengok semalam) juga guna rumah yang sama untuk set mereka. Bosan giler! Dah lah drama tu dekat-dekat aje, macamlah penonton tak perasan! Aduhai... takkanlah TV3 sengkek sangat hinggakan tak mampu untuk tukar rumah lain untuk settingnya! Bila saya tengok macam tu, saya memang bosan. Saya tak tahulah orang lain. Konon-konon di Pulau Langkawi, tapi tak rasa pun. Sebab tak nampak apa-apa pun macam kat pulau tu.
Terpaksalah saya cakap ni, sebab takut lepas ni ada lagi drama TV3 duk buat kat rumah tu aje, macam dah tak ada rumah lain kat Malaysia ni. Saya percaya mesti ada drama lain kat TV3 yang dah guna rumah tu jugak (tapi saya tak nampak atau tak tengok) sebab saya pun bukannya tengok semua drama dan kalau tengok pun, saya tak mengadap sangat. Sorrylah, beb... buat potong stim jer!
Wassalam.
PS: Ada orang beritahu tadi, bukan setakat setting rumah je, malah pelakon pun asyik yang sama. Katanya juga sebab mungkin pengarah atau produser yang sama yang buat drama untuk TV3. Nampaknya stesen TV swasta ni kenalah kreatif sikit, kalau nak jaga budget sekalipun , janganlah sampai membosankan penonton. Maaf ya.

Monday, September 03, 2012
Famili Saya
Salam
Saya nak upload lagi gambar-gambar ahli keluarga saya.
Anak saudara saya Lutfi (single and available), adik saya Fikri, adik saya Afifah dan suaminya Omar - di rumah adik saya, Fikri
Ibu saya, saya, adik saya dan kakak saya - di rumah adik saya.
Makan-makan di rumah adik saya Fikri
Rombongan kami ke rumah pihak perempuan
Anak saudara saya Aishah dan si comel Yusufia
Anak saudara saya Ezmeer (bukan yang bertunang) - not single but still available (ada lagi 3 quota... hehe) - lawak jer!
Three sisters and our only daughters - kat rumah adik saya
Dessert Aishah yang buat - caramel, tiramisu... and jus lemonade asam boi - kat rumah adik saya Akif
Anak saudara saya Aishah dan Hanan (nama heroin Aura Cinta - Aishah Hanan)
Bakal pengantin perempuan dikelilingi cousins bakal pengantin lelaki

Seronok Bila Kalut
Salam
Dah hari Isnin sekali lagi, alhamdulillah kita masih di sini dan sedang bernafas. Dalam pada itu, masa tetap berjalan pantas dan kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Semoga Tuhan kuatkan iman, panjangkan umur, berikan kesihatan dan murahkan rezeki dan semoga kita semua sentiasa bersyukur pada-Nya.
Seperti yang saya khabarkan di dalam entri sebelum ini, hujung minggu saya sangat sibuk. Malah saya anggarkan hujung minggu depan juga akan sibuk hinggalah akhir bulan Syawal. Tak apalah, seperti yang saya katakan juga, life goes on. Tanpa kekalutan mungkin hari-hari kita akan jadi bosan. Seronoklah bila kalut ni.
Alhamdulillah, dalam kesibukan saya tetap juga menulis walaupun kadang-kadang tak dapat nak tulis banyak, satu ayat pun okey... hehe. Saya ni bukannya apa tapi kalau tak tulis sehari, boleh jadi pening kepala. Dah biasa kot. Kadang-kadang tu saya teringat kepada jalan cerita yang berlegar-legar dalam kepala, kalau tak saya luahkan takut sakit kepala... hehehe.
Hari ini saya tak nak tulis panjang-panjang sebab nak relaks. Tapi saya uploadkan beberapa gambar yang kami ambil semasa hari Sabtu, ketika berhari raya dan juga pada majlis bertunang anak saudara saya. Semoga Allah SWT menjaga kita.
Wassalam.
Anak saya, adik saya dan anak-anak saudara saya di rumah adik lelaki saya.
Fatin Afiqah dan Laila Hana
AlAina, Laila Hana, Firas dan Qabila Dina
Hantaran pihak lelaki
Rombongan kami ke rumah pihak perempuan
Rombongan kami ke rumah pihak perempuan
Majlis sarung cincin
Bergambar bersama bakal pengantin

Sunday, September 02, 2012
Semua Orang Nak Kahwin
Salam
Semalam, sehari suntuk kami di kawasan Gombak dan Selayang. Anak saudara saya yang tinggal di kawasan Gombak, bertunang dengan anak dara dari Selayang. Jadi, setelah beraya dan makan kenyang-kenyang di rumah adik saya di Gombak dan setelah selesai solat zohor beramai-ramai, kami bertolak pula ke Selayang. Bayangkanlah, rombongan kami datang dengan 15 buah kereta... huhu, macam nak pergi perang. Meriah, sungguh meriah. Riuh-rendah, mana tidaknya, famili adik dan adik ipar saya terdiri daripada kerabat Arab dan kerabat Melayu, yang anak dara tu pulak, mereka terdiri dari kerabat Pakistan dan Melayu. Bila duduk dekat-dekat, macam nak samalah pulak... confuse sungguh!
Lepas tu, kami pergi pula ke rumah adik saya yang seorang lagi untuk beraya di rumahnya. Kebetulan, anak daranya juga sudah bertunang pada hari Jumaat yang lepas (buat kecil aje - ala-ala merisik). Adik saya tu memang banyak anak dara (tak ada anak lelaki) dan anak-anaknya pula pandai masak. Aduhai... memang kami kekenyangan. Thank you Aishah, for your lovely dessert.
Apa pun, saya nervouslah jugak, sebab tahun depan ni ramai yang nak kahwin dalam bulan April dan Mei. Pengsanlah saya, sebab masa tu biasanya musim pesta buku dan kebetulan juga, kawan baik saya akan menjalankan majlis perkahwinan anaknya pada hujung April dan awal Mei. Clash! Malah, jiran yang rapat dengan saya juga sedang aturkan majlis perkahwinan anak daranya pada akhir April. Pening sungguh! Harap-harap tak kalut nanti.
Hari ini saya akan menghadiri majlis perkahwinan di Bangi dan kemudian akan ke Cheras untuk hadir open house. Malam nanti pun kami ada function, insya-Allah.
Semoga anda semua berbahagia, insya-Allah.
Wassalam.
Saya dengan teman sekolah (sejak darjah satu lagi) masa datang rumah saya pada hari Jumaat yang lepas. Anda kenal kot?

Saturday, September 01, 2012
Life Goes On
Salam
Selagi ada umur, selagi bernafas di dunia ini, tak kiralah kita terjatuh atau dijatuhkan, Life still goes on. Jadi, tak perlu kisahkan sangat apa yang dah berlalu tetapi fikirkan apa yang akan kita tempuhi di depan. Sememangnya kehidupan seperti itu, ada liku-liku, ada ujian, ada cabaran, namun cuba bayangkan kalau hidup tak ada apa-apa yang mencabar kita, tentu ia jadi bosan. Maka, bersyukurlah di atas segala yang kita lalui ini, kerana itulah kehidupan dan tanpa kehidupan kita tak rasa apa-apa. Kosong belaka.
Alhamdulillah, semalam saya kesibukan dengan tetamu yang datang bertandang, kawan-kawan dan saudara-mara. Seronok dalam keletihan hinggakan tak sedar pun yang badan sedang kepenatan. Bila tidur, barulah pengsan! Alhamdulillah juga, selepas semua tetamu pulang, kami sempat lagi ke Sepang untuk beraya di rumah sepupu suami. Duduk bersembang hingga jauh malam, maklumlah bercuti. Banyak yang diceritakan dan banyak yang dikongsi tentang kehidupan ini.
Kata orang, jangan fikirkan tentang bila kita rebah atau jatuh, tapi fikirkan tentang bagaimana harus kita bangkit dan bangun, kerana orang yang berjaya biasanya akan terjatuh dulu dan bila bangun berasa segar dan bertenaga, insya-Allah.
Hari ini saya akan ke Gombak untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara saya, Amsyar yang kebetulan dilahirkan pada hari yang sama denga puteri saya, Laila Hana. Suatu ketika dahulu mereka seperti kembar (lain emak dan lain ayah)... jadi kami akan berkumpul tengah hari ini, insya-Allah.
Okey, semoga anda sekelian diberkati Allah SWT.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)