Ya Allah ya Rahman,
Tuhan seluruh alam,
Yang Maha Pengasih,
Maha Penyayang,
Tunjuklah kami jalan yang lurus.
Ya Allah ya Rahim…
Janganlah aku dikaburi fatamorgana di Gurun Sahara,
Tidak melihat realiti kehidupan dengan mata hati,
lalu meminggir kejujuran dan kebenaran,
Tertipu dek kata-kata dan senyuman yang terselit
kepura-puraan,
Tak mahu aku terbelit akar di pinggir sungai material,
Tak mahu aku terjerat perangkap kejahilan,
Tidak mahu aku meninggi diri seolah-olah di awang-awangan,
Kerna aku takut bila aku jatuh nanti,
Akan terhempas, teremuk menjadi pasir di tepi pantai,
Lalu pabila ombak muncul datang memukul,
Aku pergi tidak akan kembali lagi.
Ya Allah, ya Tuhanku…
Kau kasihanilah aku,
Hamba-Mu yang kerdil, yang tak punyai apa-apa,
Sekadar meminjam apa yang Kau punya,
Termasuk jiwa raga, setiap detik dan masa yang ada,
Mengabdi dan menginsafikan diri di celah-celah ayat al
Quran,
Jadikanlah aku insan terpilih yang akan menemui-Mu
Lalu menghirup kenikmatan di Syurga Firdausi.
Aamiin ya Rabbal alamin.
25 Syawal 1436 Hijrah
bersamaan 10 Ogos 2015
(Hak cipta Aina Emir - tidak boleh diciplak dengan apa jua cara)