Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, June 02, 2012

Mencari Imam Hidupku

                             Inilah imam dia

Salam

Kalau anda seorang perempuan Muslim, yang juga single dan available, tentu menjadi satu harapan dan idaman untuk mencari seorang imam yang boleh melindungi anda, mengasihi anda dan membawa anda bersamanya ke pintu syurga. Insya-Allah. Itulah yang menjadi impian hampir semua Muslimah yang hidup dan juga yang telah mati. Siapa yang tak mahu hidup bahagia, kan? Bukan sekadar di dunia ini tetapi yang penting ialah pada akhirat nanti. Kita semua mahu dihidupkan semula nanti untuk berada di syurga. Insya-Allah.

Soalnya di dunia ini. Dapatkah kita mencari imam yang kita mahukan itu?

Imam yang macam mana ni?

Bukan sekadar melindungi kita dari segi makan minum dan tempat berteduh, melindungi juga kita dari segala yang haram, membawa kita ke jalan yang baik-baik, memimpin dan memegang kita agar kita tidak jatuh kesakitan. Mengingatkan kita untuk sentiasa berada dengan Allah SWT. Membawa kita ke jalan yang benar dan lurus. Menemani kita pada apa jua keadaan, senang dan susah. Mencintai kita seadanya dan bila-bila masa.

Adakah imam yang macam tu?

Insya-Allah ada. Insya-Allah juga dengan berkat doa kita, biarlah pasangan kita menjadi imam kita, bukan di sebaliknya. Kalau dia tidak berperanan sebagai imam tetapi merupakan manusia yang akan membawa kita ke neraka, lebih baiklah kita tinggalkan dia sahaja. Nauzubillah.

"Abang... macam mana ni, bang? Abang boleh terima ke?" Itulah soal Si Hawa bila cabaran yang besar datang berdepan dengan mereka sebagai suami isteri.

Jawab Si Adam pula. "Sayang rasa macam mana? Kalau sayang rasa boleh terima, abang okey saja. Abang okey kalau sayang pun okey."

Begitulah caranya Si Adam dan Hawa mengharungi segala cabaran bersama. Dalam apa jua keadaan, kerjasama dan perbincangan diperlukan. Seorang imam yang baik akan membawa makmumnya ke jalan yang baik. Insya-Allah.

Wassalam.