Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 14, 2014

Hilang Yang Tiada Pengganti

Assalam

Semalam, saya telah pun berjumpa dengan teman-teman lama sesekolah dengan saya. Walaupun mereka merupakan 'batch' kakak saya, tetapi ramai yang rapat dengan saya sejak kecil lagi. Alahmdulillah, kami berjumpa lagi. Ada yang datag jauh dari Perak, ada yang dari Johor, dari Terengganu pun ada. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Ilahi.

Saya bertemu dengan Mia dan juga Jay, kedua-duanya pernah bermain hoki dengan saya masa di sekolah dulu. Kedua-duanya masih kelihatan menarik lagi walaupun kini sudah separuh abad. Alhamdulillah. Kami bersembang-sembang. Malah, dengan semua pun saya bersembang, macam-macam cerita yang keluar, maklumlah dah lama benar kami tak bersua. Yang menariknya, tipikal orang Kuala, kami berlabon loghat Perak. Seronoknya. Bertambah seronok kerana kami juga dapat makan makanan tipikal Perak. Pelbagai ulam dan sambal, masak tempoyak menjadi 'kemestian'. Riuh-rendah, mujurlah rumah Mardiah terletak di atas kawasan yang sangat luas, tidak mengganggu sesiapa jua. Anak-anak Mardiah juga semuanya baik hati, melayan kerenah kami. Suami Mardiah juga 'first class', sangat sporting dan melayan kami semua. Siap buat khemah lagi di depan rumahnya.

Mia beritahu saya yang dia sudah lama kehilangan suami tersayang. "Masa I 44, I lost my hubby." Suami Mia meninggal kerana penyakit kanser. Puas mereka cuba berubat hingga ke Australia, namun ajalnya cepat tiba.
"Sejak itu lagi I memang dah berhenti kerja. Lepas dia tiada pun I terus tak kerja. Apa-apa yang ada itulah I guna untuk besarkan anak-anak. Alhamdulillah Allah berikan kemudahan." Kami terus berbual, dan tipikal penulis macam saya, hendak sangat berkongsi rasa.

"Masa tu you 44, muda lagi..." kata saya pada Mia. "Lepas tu tak terfikir untuk berkahwin lagi?"

Mia senyum. "Tak pernah terlintas pun. I fokus pada anak-anak. Mereka perlukan I. I okey aje hidup dengan anak-anak, tak pernah rasa sunyi, tak rasa pun nak cari pengganti."

Saya respect Mia, kerana dia merupakan seorang ibu yang baik kerana di umur sedemikian dia tahu betapa payahnya kalau mahu mencari pengganti, kerana semestinya juga anak-anak payah nak terima. Tak mungkin ada yang sama yang boleh mengganti ayah mereka. Lagipun, tipikal wanita, bila kematian suami, mereka lebih senang untuk membesarkan anak-anak, tidaklah sibuk nak mencari pengganti suami yang sudah tidak ada lagi.

Bersembang pula saya dengan Jay. Suami Jay juga baru lagi meninggal dunia, juga akibat penyakit kanser, tetapi penyakit yang berbeza daripada suami Mia. Suami Jay pernah bertugas sebagai pilot dan Jay mempunyai lima orang anak-anak. "Sekarang ni my life is for the children. I missed my husband... but dia sentiasa ada di ingatan dan hati I. I tahu... Allah akan pelihara kami." Kebetulan Jay asalnya seorang mualaf, bukan Melayu, tetapi kini dia merupakan seorang wanita yang sangat Melayu, siap bertudung litup. Sangat menarik.

Apa pun, saya seronok berjumpa kawan-kawan lama, seronok kembali kepada nostalgia semasa kami berada di Kuala Kangsar. Semoga Allah berikan kami kesihatan, umur dan waktu untuk berjumpa lagi, insyaa-Allah.

Wassalam.