Pagi ini saya tiada cerita sensasi yang hendak saya sampaikan, sekadar untuk maklumkan bahawa mulai hari ini, saya akan kesibukan. Petang ini, kawan kami (family friend) akan tiba dari Kota Kinabalu dan anaknya pula akan sampai dari Singapura dan saya perlu menjemput mereka di lapangan terbang. Mujurlah rumah saya tak jauh dari airport, alhamdulillah. Esok pula, kami bercadang untuk melawat abang saya di Behrang. Abang saya masih tak sihat lagi tetapi alhamdulillah sudah banyak 'improvement'. Saya akan bawa kawan-kawan, termasuk seorang lagi teman yang kini tinggal di Rembau untuk ke sana. Kedua-dua kawan saya ini adalah mualaf.
Hari Sabtu pula, akan merupakan hari penting buat keluarga saya, kerana kami akan adakan 'gathering' yang kedua buat keluarga 'Emir' dan alhamdulillah, kaum kerabat kami akan tiba dari Singapura dan Indonesia, selain dari seluruh Malaysia. Kami anggarkan sekitar 200 orang akan hadir nanti dan kami dikhabarkan bahawa saudara mara kami dari Indonesia akan datang dalam kumpulan yang agak besar, mungkin sekitar 50 orang. Itu pun, bukan semuanya datang. Apa-apa pun, syukur ke harat Ilahi kerana memberi kami nikmat ini, untuk berkumpul dan berkenal-kenalan, merapatkan silaturahim, insyaa-Allah. Function kami ialah di sebelah petang sehingga larut malam. Pagi Sabtu, kami (saya dan suami) akan membawa sepupu saya Ahmad dan Sofi dari Bandung untuk berjalan-jalan.
Hari Ahad pula, kami akan ke Muar kerana kakak saya membuat majlis perkahwinan untuk anak lelakinya. Dan di sebelah malam pula, kami (saya dan suami) akan hadiri majlis perkahwinan salah seorang staf syarikatnya yang akan berlangsung di Bangi (Chinese wedding).
Jadi... jadual saya sangat padat, tidak termasuk aktiviti kerja yang perlu saya selesaikan. Doakan agar saya mampu selesaikan semua tugasan yang ada ini. InsyaaAllah, Khamis minggu depan, saya akan belayar lagi dan kali ini agak lebih lama dari biasa.
*Bagi followers drama Selamat Malam Kekasih, ikutilah episod ke 7 pada jam 2.30 petang ini di TV Al Hijrah.
PS:
Anda juga boleh tengok kisah saya yang dipaparkan di Berita Harian hari ini di column 'Famili', mengisahkan hidup saya dan keluarga besar saya. Thank you, Berita Harian.
Wassalam.
