Awek Cun - Kristine Hermosa (pelakon Filipina)
Salam
Pagi Sabtu begini, kadang-kadang teringat macam nak berjalan-jalan, tapi hari ini, setakat breakfast di luar okey kot. Sebabnya saya nak menulis. Lagipun, petang nanti nak keluar lagi, ada wedding kat KL. Saya kena keluar awal sikit, takut hujan macam semalam... traffic jam pulak. Kalau ikutkan hati nak duduk di depan komputer aje, tapi malangnya tak boleh... huhuhu...
Berbalik pada judul entri ini. Kadang-kadang kita macam tu, kan? Kita main ikut mulut aje nak cakap apa-apa. Tak fikir langsung tentang hati orang yang mendengarnya. Kadang-kadang kerana kita terlalu ghairah tentang sesuatu tu, kita pun bercakap-cakaplah, tak ambil hal pun mungkin orang yang mendengar itu tersentuh hatinya. Saya bagi contoh yang mudahlah. Misalnya kita sedang mengumpat tentang seorang selebriti yang berstatus janda. Kita mungkin mengeluarkan kata-kata seperti ini, "Itulah... bukan main gedik lagi. Patutnya ingatlah awak tu dah ada anak tiga, sibuk nak bercintan-cintun... tu lah orang-orang macam ni, kan. Kalau dah janda tu memang susahlah... kalau tak bujang, laki orang. Mesti nak dikebasnya!"
Kebetulan pula bila lepaskan kata-kata begitu, kebetulan salah seorang yang mendengar itu juga merupakan seorang yang berstatus janda. Rasa-rasanya dia terasa tak?
Mungkin kita tak kisah sebab kita jenis mulut celopar pun, memang pantas mengata orang. Tapi yang pelik pulak tu, kalau ada orang terlepas cakap apa-apa dan terkena pula batang hidung kita, cepat pula kita melenting! Hahahaha...
Biasa macam ni, kan? Kita boleh kata apa-apa saja, tak peduli siapa mendengarnya, tapi kalau orang kata kita, kita pun melompat marah!
Satu lagi contoh. Katalah kita sedang melihat sebuah lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis dan pelukis itu ada di sebelah kita. Kita pun bercakap, "You tahu... hari tu kan, I tengok ada satu art work ni kat...., cantik giler work orang tu. I suka giler!"
Tak ke bodoh namanya? Kerana dengan sengaja keluarkan kata-kata bodoh macam tu. Mestilah pelukis itu berkecil hati. Awak bercakap tentang work orang lain sedangkan awak tak puji pun work dia. Betul-betul tak sensitif.
Okeylah... saya bercerita sekadar untuk mengingatkan kita, bila kita nak kata sesuatu tu, sebelum buka mulut kita yang cantik tu, lihat dulu siapa yang ada dekat dengan kita. Jangan sampai kita merobekkan hati mereka yang mendengar.
Wassalam.
