Penyanyi Material Girl, Madonna.
Salam
Mungkin anda yang masih muda tak berapa tahu tentang lagu yang pernah dipopularkan penyanyi Amerika, Madonna pada awal tahun 1985, ia itu 'MATERIAL GIRL'. Lagu itu mengisahkan manusia hari ini yang hidup dalam dunia material, hinggakan tak ada apa-apa lagi yang membawa erti selain dari wang-ringgit dan harta benda. Kalau tak ada semua itu, diri seolah-olah tiada harga.
Sungguh ke?
Mungkin betul lah tu, kerana hari ini, bila ada duit, orang pandang mulia pada kita. Bila tiada apa-apa, tak ada siapa pun yang nak ambil tahu atau mahu kenal dengan kita.
Malah, kebanyakan waktu, kasih seorang ibu juga mampu untuk berubah. Menyayangi anak-anak yang berduit, yang tiada itu tak bererti baginya. Nauzubillah. Tetapi pada hakikatnya inilah realiti.
Bila kita berharta, banyaklah kenalan dan banyaklah kawan. Ada sahaja yang ingin kenal dengan kita. Tetapi kalau kita tidak ada semua itu, tinggallah kita seorang diri, seolah-olah sudah berada di dalam kubur yang gelap lagi sunyi.
Kenapa agaknya manusia mudah jadi begitu?
Mungkinkah kita dididik begitu oleh mak ayah kita? Kita dianggap berjaya bila mampu jadi kaya? Kalau tak berwang, kita menjadi orang yang hina?
Kesiannya kita.
Kenapa orang tak ambil peduli tentang budi bahasa, tentang apa yang terselit di hati dan tentang keikhlasan hati? Kenapa kita tak ambil kisah tentang 'akhlak' manusia itu sendiri. Bukan tentang apa yang dipakainya tetapi tentang 'jiwa' nya.
Sungguhkah kita akan bahagia kalau kita mempunyai segala-galanya (material)? Atau mungkinkah orang yang bahagia itu merupakan orang yang mampu hidup aman dengan apa seadanya?
'Life isn't about how to survive the storm, but how to dance in the rain.'
Maksudnya, apa sahaja yang kita ada, kalau kita guna dengan baik, akan bahagialah kita. Insya-Allah.
Pagi ini, saya bercadang untuk ke Muzium Negara, nak tengok tinggalan 'Orang Asli' di negara ini. Jadi... bye-bye and hasta la vista...
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 30, 2011
Mahu Sihat
Salam
Hujung minggu yang agak sibuk buat saya dan keluarga. Apa pun, alhamdulillah kerana telah sempat menghadirkan diri untuk majlis-majlis perkahwinan seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Semalam, sehari suntuklah kami di Johor Bahru termasuk perjalanan pergi dan balik. Mujurlah jalan raya tidak sesak sangat. Jam lapan malam, kami sudah pun berada di Nilai.
Kebetulan, pada malam Sabtu itu, saya telah melawati beberapa blog (biasanya followers saya) dan kebetulan juga, saya memasuki blog X yang sedang meluahkan perasaan kerana baru sahaja kehilangan teman baik kerana penyakit barah. Dari situ, saya memasuki pula link ke blog 'arwah' yang dimaksudkan. Sekali lagi saya membaca luahan hati seorang insan yang sedang berdepan dengan penyakit (ketika itu masih ada hayatnya)dan ketika membaca entri-entrinya itu saya berasa sedih kerana sudah tahu yang dia sudah pun tiada lagi di alam fana ini. Al Fatihah buat insan yang bernama Lyn.
Dia pergi kerana barah walaupun usianya masih terlalu muda (Kalau tak silap hanya 20 tahun) dan tiada apa-apa yang boleh teman atau sauadara-maranya lakukan. Sudah suratannya begitu. Ajalnya tiba dan usia yang diberikan hanyalah setakat itu.
Kita tidak tahu bila kita akan tinggalkan dunia ini buat selama-lamanya, tapi kita tahu yang satu hari nanti kita semua akan pergi jua. Dunia ini hanyalah sementara sahaja dan kita tak mampu berteka-teki bila ajal kita akan tiba. Kadang-kadang, ada orang sedang sakit tenat, namun kalau ajalnya belum sampai, dia akan terus jadi segar. Hanya Tuhan yang tentukan.
Kebetulan juga, ketika berada di Johor Bahru, saya berjumpa dengan seorang insan yang dekat dengan saya dan katanya kepada saya yang dia sedang diserang barah payu dara. Tentunya saya terkedu juga, namun saya terus berikan dia semangat. Insya-Allah, sekarang ini, sudah ada pelbagai cara untuk pulihkan penyakit yang berkaitan dengan apa yang sedang menimpanya. Semestinya kita harus berubat dan seraya itu kita pohonlah pada Allah SWT agar kita diberikan kesihatan kembali. Insya-Allah, setiap musibah ada hikmahnya. Tuhan mahu kita dekatkan diri kepada-Nya.
Ketika itu, tentunya saya fikirkan tentang kesihatan. Tiada wang atau harta yang mampu bertanding dengan kesihatan kita. Kalau ada duit segunung sekalipun, tiada maknanya kalau kita sedang sakit. Cumanya, wang dapat membantu untuk kita berusaha mencari ubat. Insya-Allah.
Syukurlah di atas segala nikmat yang Tuhan berikan. Sekalipun sakit, hargailah pengalaman itu kerana setiap saat masa kita, ada harganya. Setiap detik umur kita tetap ada nilanya. Carilah suria dicelah-celah pohon tebal, agar mentari dapat mewarnai jiwa kita.
Kepada mereka yang sedang berdepan dengan sebarang penyakit, carilah ubatnya dan kuatkanlah semangat. Insya-Allah, setiap sakit ada ubatnya. Namun, semua yang hidup akan mati jua. Kalau sudah sampai ajal kita, tak usahlah kita berkira-kira. Ketika hidup lakukanlah segala amal, semoga ia dapat menolong kita menjadi insan yang saleh dan salehah. Amin.
Saturday, May 28, 2011
Kalau Orang Sakitkan Hati Kita...
Cantik, kan kalau ada taman macam ni? Ini bukan taman saya.
Salam
Pagi ini, saya bercadang untuk kemaskan rumah dan uruskan 'garden' saya. Garden saya bukanlah macam gambar kat atas ni... hehe. Tengah hari nanti, nak pergi rumah orang kahwin di Bangi. Anak seorang teman lama akan melangsungkan perkahwinannya. Esok, saya akan ke Johor Bahru, tetapi balik hari. Juga untuk menghadiri majlis seorang sepupu saya yang akan melangsungkan perkahwinannya. Alhamdulillah.
Bila bercerita tentang apa yang saya akan buat di hujung minggu ini, saya teringat dengan seorang pembaca saya yang menghantar emel kepada saya. Katanya, "Kalau orang sakitkan hati kita, bercakap buruk pasal kita, kita nak buat macam mana, Kak Aina?"
Hmmm... saya pun berfikir-fikirlah juga bila nak jawab soalannya ini. Iyalah, saya kata juga, orang akan terus mengata-ngata kita, buruk sangka tentang kita, kerana kita ini duduk di dalam dunia yang penuh dengan manusia, yang memang ramai begitu caranya. Saya katakan juga, "Tak apalah orang nak kata kita, kita tak payah cari gaduh dengan dia, kerana Tuhan Maha Kaya dan Maha Adil. Ada benda kita boleh ambil tindakan, kadang-kadang pula, kita biarkan. Serahkan saja pada Tuhan. Sampai masa, kita akan tahu juga. Begitu dengan dia, akan terasa di hatinya."
Memang susah nak tahan geram. Memang payah nak bersabar, tetapi itulah ubat yang paling mujarab. Kita biarkan, asalkan kita tidak dicederakan, atau tidak menjejaskan hidup kita seharian. Kalau ada yang tak kena, barulah kita ambil tindakan.
Memang begitu keadaannya, ada orang kurang bijak, terlalu mudah percaya cakap orang lain. Ada orang memang jenis tak pandai untuk berfikir, terlalu pantas menerima hasutan. Jadi, kita nak buat macam mana kalau kita berdepan atau pernah berkenalan dengan orang yang memang kecil daya pemikiran? Terpaksalah kita bersabar dan fikirkan perkara yang baik. Kesian pada orang yang suka mengumpat pasal orang lain, sebab dia tidak sedar akan perbuatan kurang bijaknya itu. Perbuatan yang mungkin akan menjadikan dia kurang Islamik. Semoga Tuhan ampunkan dosa-dosanya.
Dalam pada itu, bila kita tahu yang kita sedang berdepan atau pernah berkawan dengan orang yang begitu fikirannya, kita jangan pula jadi macam mereka. Nanti orang kata, 'Dua Kali Lima' sahaja. Hehehe...
Kita kena ingat bahawa kalau Tuhan izinkan, mungkin jauh lagi perjalanan kita. Takkanlah kita nak buang masa berkelahi dengan orang lain. Lambat laun, orang akan tahu perangai buruk kita. Orang pun akan menyampah dengan kita yang suka sangat bergosip pasal orang! Nauzubillah.
Kepada pembaca-pembaca kesayangan saya, insya-Allah, sama-samalah kita bawa bersabar. Relakslah, beb! Biar orang tak suka dan benci kita, jangan kita juga jadi macam itu. Semoga Tuhan rahmati hidup dan akhirat kita. Amin.

Friday, May 27, 2011
Boleh Jadi Macam P.Ramlee?
Salam
Ya sungguh, suatu ketika dahulu, orang seperti P.Ramlee mampu berlaku kreatif tanpa sebarang sekatan kerana suatu ketika dahulu juga, wang bukan merupakan soal utama untuk mempromosikan kreativiti. Namun tidak hari ini. Hari ini, tanpa duit, kreativiti boleh jadi mati. Kalau anda mempunyai kreativiti yang dahsyat sekalipun untuk menghasilkan karya-karya agung, tetapi tanpa dana yang bagus, karyanya tak boleh ke mana-mana. Malang sungguh.
Kalau kita tengok hari ini, ramai penerbit filem suka buat drama TV kerana dengan cara itu mereka 'confirm' boleh dapat bayaran (walaupun tak besar mana), tertakluk bahawa drama itu sudah diluluskan oleh pihak TV. Buat filem pula, kalau tak betul gaya, boleh jadi rugi. Maklumlah, orang Melayu boleh buat filem, di mana pelakon dan para karyawan merupakan orang Melayu, tetapi malangnya, mereka tiada kuasa di peringkat pengedaran filem-filem itu. Terpaksa bergantung pada pihak lain, dan ada ketika, filem Melayu tidak diberi keutamaan dan kerana itu, tidak mendapat tempoh yang panjang untuk ditayangkan di panggung-panggung wayang yang serba canggih! Akhirnya, banyak juga filem-filem Melayu gagal dari segi komersialnya. Tidak dapat kutipan pembelian tiket yang cukup.
Dalam hal ini, mungkin karya seperti buku juga sedang berdepan dengan masalah-masalah yang sama. Mungkin karya mudah dihasilkan oleh sesiapa pun dan kemudiannya diterbitkan oleh penerbit atau 'sendiri terbit'. Namun, penerbit masih bergantung pada syarikat percetakan luar dan terpaksa menampung kos yang agak tinggi untuk membeli kertas, filem dan kerja cetakan. Kemudiannya pula, karya perlu dipromosikan dan seterusnya diedarkan di kedai-kedai. Kos di situ sangat membebankan pihak yang menjalankan tugas. Kalau buku dijual terus, okeylah, tapi kalau buku diedar dan diletak di kedai dan kemudiannya tak dapat dijual lalu dikembalikan (return), terpaksalah pihak penerbit menampung kos-kos yang tak nampak ini.
Selain itu pula, ada pihak kedai yang sengaja melambat-lambatkan pembayaran sekalipun buku dah habis dijual. Mungkin, ini adalah cara atau strategi mereka menggunakan 'simpanan' yang ada untuk urusan lain. Tentu sekali hal ini akan membebankan pihak penerbit atau individu yang membuat buku sendiri.
Di Malaysia, kita masih ketinggalan. Tidak seperti di negara Barat, di mana pihak penerbit dan penulis mempunyai kuasa yang tinggi untuk menentukan kuasa penjualan produk mereka. Ini berlaku kerana persatuan penerbit di sana sangat berkuasa lalu menjadi kuat untuk bersuara atas apa-apa sahaja isu yang ada kaitan dengan buku. Kita di sini, tidak begitu dan mungkin kerana itulah kadang-kadang penerbitan karya tidak menjadi gah.
Mungkin kita perlu fikirkan sesuatu yang boleh membantu dunia penulisan di Malaysia. Kita tidak mahu suatu hari nanti, karyawan yang dahsyat (yang mungkin macam P.Ramlee), tidak mampu hidup dan menjadi gah kerana kelemahan yang ada dalam industri.
Wallahua'lam.
Thursday, May 26, 2011
Panggil Aku Sayang
Sekadar Hiasan
Salam
Antara subjek yang menjadi tarikan orang luar masuk ke blog saya ialah tentang 'panggilan buat kekasih' atau apa yang kita panggil atau gelar pada orang yang kita sayang. Saya bincangkan isu ini di entri saya bertarikh 1 November, 2009. Hampir setiap hari, ada sahaja yang masuk untuk membaca isu itu. Mungkin bila ada yang baru jatuh cinta dengan seseorang, itulah yang mereka fikirkan. "Nak panggil apa pada si dia?" Hehe... mungkin bila nak kahwin, hal ini menjadi lagi penting. Tak mahulah panggil 'hoi hoi' aje. Jangan ketawa tau, memang ada yang panggil pasangannya macam tu. Agaknya dia malu nak panggil 'abang' atau 'sayang' di depan orang, jadi panggil ajelah 'hoi'. Adoi... kesiannya.
Ada tu pula, masa bercintan-cintun, bukan main lagi. 'Sayang' lah, 'darling' lah, tapi bila dah lama kahwin, dah berubah pulak. 'Eh bapaknya...' Alamak, lagi tak kaw! Ada ke panggil macam tu. Saya tengok, ramai juga yang suka panggil suami atau isteri dengan panggilan 'papa' atau 'mama', atau ada juga 'ayah' atau 'ibu'. Alasannya kerana nak ajar anak panggil ayah dan emaknya dengan nama yang betul. Iyalah nak ajar anak, tapi takkan terus menerus panggil pasangan kita 'papa' dan 'mama'. Tak pelik ke? Pasangan kita bukan mak atau ayah kita. Lagipun... haiya, mana ada romantik macam tu! Lama-lama mesti jadi bosan.
Nasihat saya, janganlah panggil macam tu terus-terusan. Takut hilang serinya. Macam mana kita nak berlaku romantis kalau nama 'papa' dan 'mama' yang kita gunakan untuk pasangan?
Dari dulu sampai sekarang, saya memang tak bersetuju dengan nama 'bie' atau 'hubby' untuk pasangan lelaki kita. Kalau 'baby' okeylah jugak, walaupun sebenarnya lagi sesuai nama 'baby' untuk pasangan perempuan. Lembut aje bunyinya. Kalau kita panggil pasangan lelaki 'hubby', habis tu pasangan lelaki nak panggil yang perempuan apa pulak? Takkan 'wife' kot? Lagilah pelik. Memang tak sesuai langsung, macam orang zaman dulu-dulu yang hidup di zaman batu! Hehe...
Saya tak tahulah orang lain, tapi apa yang saya tengok dan apa yang saya amalkan, bila kita panggil nama yang elok-elok buat pasangan kita, biasanya jarang-jarang kita nak bercakap kasar dengannya. Takkanlah dah beriya-iya panggil 'sayang' tapi cakap garang macam singa? Tak kena, kan? Sebab tu lah saya galakkan pasangan memanggil suami atau isteri mereka dengan nama-nama yang cantik, romantis dan sejuk di telinga.
Dalam pada itu, bila kita benci seseorang itu, jangan pula kita panggil dengan nama yang buruk. Mat salih kata 'calling names'. Kalau kita jenis manusia yang begitu, memang akhlak kita teramat rendah. Bila suka, kita hormat dan panggil 'Kak...', 'Mak Cik...', 'Abang...', bila kita benci, kita panggil nama yang bukan-bukan, mungkin juga gelaran yang boleh mengaibkan seseorang. Kita kena ingat, perkara ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Jadi... janganlah kita buat macam tu. Sebagai ibu atau ayah, kelakuan kita akan menjadi contoh buat anak-anak.
Okeylah... jom kita guna nama yang baik-baik bukan sekadar buat pasangan kita, tetapi juga buat kenalan, kawan, jiran dan saudara-mara kita. Semoga Tuhan berkati dunia dan akhirat kita. Amin.

Wednesday, May 25, 2011
Taat Pada Cinta Si Dia
Sekadar Hiasan
Salam
Pelik bin ajaib kalau hati masih sayang kepada 'si dia' yang tak pernah tunjukkan keikhlasan. Macam tak percaya bila kita dengar ada orang masih mahu taat kepada 'cintanya' walaupun cintanya itu kaki pukul, suka memaki-hamun dan mungkin selalu mengganggu jiwa dan fikirannya.
Ada orang masih sanggup setia dan menunggu walaupun tahu 'cintanya' itu suka menipu. Tak pernah kata benar dan tak pernah pun 'committed' dengan janji atau perhubungannya. Namun, orang itu masih sanggup terima segala alasan yang diberi melalui kata-kata manisnya
Ada orang sudah pun bertunang dan tak mahu hampakan harapan ibu bapa, lalu teruskan sahaja pertunangannya walaupun tahu 'si dia' memang jenis yang tak berguna.
Sanggupkah kita teruskan pertalian dengan 'si dia' yang jenis seperti itu? Mahukah kita menjadikan 'si dia' pasangan hidup kita sehati sejiwa hingga akhir hayat nanti? Mampukah kita hidup bersamanya hingga nafas kita berhenti? Mungkinkah?
Atau dari awal lagi kita sudah tahu dan dapat mengagakkan yang pertalian itu tak mungkin akan bertahan lama, namun kerana menurut kata hati, kita sanggup teruskan dan berharap sangat-sangat agar 'si dia' akan berubah.
Memang pelik bin ajaib kalau ada orang yang boleh merasakan bahawa lelaki atau pun perempuan yang tidak tahu apa itu keikhlasan, akan mampu untuk berubah.
Mungkin ada yang akan berubah, tetapi berapa persen agaknya?
Beranikah kita untuk teruskan perhubungan sebagai sepasang kekasih atau tunang untuk bertukar jadi pasangan suami dan isteri?
Bolehkah kita bertahan nanti sedangkan kita dah nampak dan tahu risikonya?
Tanyalah pada diri kita. Berbaloikah pengorbanan kita itu?

Tuesday, May 24, 2011
Bila Mati... Tak Bawa Pun
Bukan koleksi pinggan mangkuk saya
Salam
Ya betul. Peduli apa kalau orang nak kata. Mulut orang memang macam itu, tak akan habis berkata-kata. Kalau mulut tempayan, memang tak susah. Tutup aje!
Kalau kita cantik dan cari pasangan yang tak segak, orang akan berkata-kata. Kalau kita kaya, kahwin dengan yang tak sama taraf, orang kata juga. Kalau sama duduk sama berdiri pun, akan ada yang berkata-kata. Mesti ada saja yang tak kena. Begitulah keadaannya, tak pernah sempurna. Tapi, apa nak kisah... bila kita mati, semuanya tak bererti lagi.
Dulu, masa saya masih muda dan baru lagi berkahwin, saya suka fikirkan benda-benda merepek. Saya bayangkan kalau saya mati dan suami kahwin lain. Habislah pinggan mangkuk saya yang cantik-cantik tu pergi kepada isteri barunya! Kan bodoh namanya tu kalau nak fikir benda-benda bodoh macam tu. Memang kelakar giler. Dalam kubur nak kisah apa lagi dengan pinggan mangkuk tu! Huhu...
Bila saya dah lebih matang, saya mula tak peduli lagi. Apa nak kisah, fikir saya, bila aku mati, semua tu aku tak bawa ke kubur. Hanya amalanku sahaja.
Sekarang ini, memang betul, saya tak kisah apa-apa sangat pasal soal material. Tak payah fikir sangat tentang apa akan terjadi pada harta bila kita dah mati. Saya tak risau pun kalau suami akan kahwin lagi kalau saya yang pergi dulu. Tak apalah, saya dah mati pun, kan?
Alhamdulillah, mungkin kerana itu juga saya kurang kisah tentang apa-apa harta yang kami beli. Tak kisah pun nak letak nama siapa. Kalau tak ada nama saya pun tak apa. Ada orang beritahu saya, "Tak takut ke kalau tiba-tiba saja suami tinggalkan awak? Atau cari orang lain? Nanti awak melopong tak dapat apa-apa."
Huhu... kalau itulah takdirnya, saya terima sahaja. Lagipun, kalau tiba-tiba sahaja pasangan kita berubah dan sanggup berlaku zalim pada kita, apa lagi yang kita nak kisahkan? Memang itulah dia seperti apa adanya. Tuhan Maha Mengetahui. Insya-Allah saya tak bimbang kerana bagi saya, dunia ini sekadar tumpangan sahaja. Tak guna pun kalau nak berebut harta. Bila mati, tak akan kita bawa semuanya.
Banyak orang tak bersetuju dengan apa yang saya rasa ini. Tapi, tak apalah. Inilah yang saya rasakan. Malah, saya tak pernah ambil kisah pun tentang harta keluarga yang ada, tak pernah nak berebut apa-apa. Bagi saya, ia hanyalah material, dan kadang-kadang ini, harta itu bukan datang kerana usaha kita pun, mungkin di atas usaha orang tua kita. Buat apa nak berebut? Bila mati, tak bawa pun.
Namun, saya sentiasa bersyukur. Alhamdulillah, Tuhan sudah berikan macam-macam untuk saya rasa di dunia ini. Jadi, saya tak perlu bimbang, insya-Allah kerana Tuhan yang memberi segala rezeki.
Pinggan mangkuk ke (kelakar), rumah ke, barang kemas ke, tanah ke... apa-apa saja. Apa nak kisahkan? Bila mati, satu pun kita tak bawa sama.

Monday, May 23, 2011
Biarlah Aku Tenang...
Salam
Ada seorang teman penulis berbicara dengan saya. Katanya, "Kenapa susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas?"
Saya bertanya balik, "Kenapa?"
"Entahlah, kadang-kadang saya rasa takut nak berkawan dengan orang. Jadi paranoid pulak. Sebab dah banyak kali saya kena. Mereka datang pada saya, konon-konon nak berkawan. Dan saya pun layanlah, sebab apa salahnya kalau kita nak berkawan, kan? Kita nak eratkan silaturahim. Saya memang suka pun. Mula-mula, memang itulah yang saya rasakan, semuanya baik belaka. Malah, tak henti-henti saya dapat mesej bertanya khabar. Emel lagi. Tapi, bila mungkin mereka dah dapat apa yang mereka mahukan, mereka mula berubah. Macam-macam cerita akan keluar tentang saya. Yang mengaibkan pun ada, pada hal ada yang saya kenal tu siap pakai tudung labuh lagi. Kadang-kadang mereka jumpa saya minta bantuan sana sini, dan saya pun hulurkanlah dengan ikhlas. Tahu-tahu sekarang ni mereka dah jadi musuh saya pula."
"Tak apalah kalau mereka dah tak suka. Itu kan hak mereka? Untuk pilih siapa yang mereka nak jadikan kawan, dan siapa yang akan menguntungkan mereka."
"Kalau dah macam tu lah yang ada pada hati, buat apa beria-ia nak kawan dengan orang macam saya ni?"
"Mungkin mereka tak sedar apa yang mereka lakukan." Kata saya pula.
"Mustahil tak sedar. Saya taklah kisah sangat, sebab tak mati pun kalau tak ada kawan yang macam tu, cuma saya terkilan kerana ada orang-orang yang macam tu, berkawan tak bersungguh-sungguh. Berkawan sekadar nak cari untung. Berkawan kerana nak dapatkan ilmu kita. Itu sahaja. Lepas tu, mereka terus lupa seolah-olah kita dah jadi hantu untuk dia."
Saya tergelak juga. Maklumlah, apa yang dikatakan teman saya itu banyak juga dilalui oleh teman-teman penulis yang lain. Mereka diperguna oleh orang-orang seperti ini.
Bagi saya, tak apalah kalau ada yang macam itu. Biasalah tu, kan ini dunia? Dunia yang penuh dengan manusia yang berperasaan dengki dan suka menghasut. Ada juga manusia yang kadang-kadang menyorok di belakang agama dan di belakang kebaikan.
Tanyalah pada diri kita, apa yang kita mahukan di dunia ini? Dan apa pula yang mahu kita bawa untuk akhirat? Insya-Allah, kalau kita ikhlas dengan Allah SWT, ikhlas sesama manusia, insya-Allah hidup kita akan diberkati-Nya. Biarlah kita mencari ketenangan dunia dan akhirat.
Hidup kita tak akan tenang kalau dipenuhi dengan hasrat dengki, iri hati dan dendam. Wallahua'lam.
Sunday, May 22, 2011
Tragedi Tanah Runtuh - Ulu Langat
Tanah Runtuh Di Ulu Langat
Salam
Sungguh menyedihkan untuk melihat keadaan yang memilukan di persekitaran kawasan di mana terjadinya tanah runtuh di rumah anak yatim, Batu 14, Ulu Langat. Enam belas orang telah menjadi korban kejadian itu dan tentunya kebanyakan adalah kanak-kanak kecil, yang katanya ketika berlaku tanah runtuh, sedang berlatih menyanyi nasyid.
Suatu ketika dahulu, saya pernah tinggal di Ulu Langat (sekitar kurang dari setahun) di Batu 12 1/2, tidak terlalu jauh dari tempat kejadian tanah runtuh.
Apa pun, saya berharap agar semua yang terlibat mengambil berat untuk membantu, bukannya untuk menyalahkan orang lain di atas kejadian yang merupakan terburuk yang pernah terjadi akibat tanah runtuh.
Takziah buat keluarga yang terkorban.
Al Fatihah buat semua yang terkorban semoga roh mereka dicucur rahmat. Amin.
Saturday, May 21, 2011
Kahwin-Kahwin Lagi
Hiasan sahaja
Salam
Alahai, bukannya nak kahwin lagi, tapi kisah orang yang belum kahwin tapi nak kahwin! Okey, kan? Hampir nak masuk musim cuti sekolah, jadi samalah macam masuk musim orang kahwin-kahwin. Seperti biasalah, kan, bila hampir cuti sekolah dan bila cuti sekolah, ramai yang buat kerja kahwin, supaya mudah kaum kerabat dan kenalan yang jauh dapat hadir sama.
Mulai hujung minggu ini (malah, hujung minggu lepas pun dah ada), sampailah pertengahan Jun nanti, kami akan kesibukan. Kami akan ke Johor Bahru (dua kali) insya-Allah dan ke Pulau Pinang juga. Malah, hujung minggu (awal Jun), kami akan ke JB, lepas tu hadir wedding di KL dan terus ke utara pula. Tapi, tak apa. Semua itu adalah kaum kerabat kami juga.
Bila bercerita tentang orang yang nak kahwin ni, saya boleh jadi tersenyum sendirian, sebab kita sebenarnya tak tahu bila jodoh kita tiba, kan? Kadang-kadang, mungkin kerana kita bukan merupakan orang yang boleh dianggap cantik menawan, atau handsome macam hero novel tu, tak mestinya kita susah nak dapat pasangan. Semuanya adalah ketentuan Ilahi. Kadang-kadang, orang yang kita anggap macam biasa-biasa aje, jodohnya pula tiba cepat. Ada tu pula, mungkin kurang pada rupa, tetapi calon pasangannya mungkin handsome giler! Huhu... betul ni beb, bukannya buat cerita. Ada juga mamat yang agak kureng pada rupa, tapi dapat calon isteri yang menarik dan tertarik.
Tak kisahlah dapat pasangan yang macam mana. Itu semuanya luaran sahaja. Yang penting, pastikanlah bakal pasangan kita itu merupakan orang baik-baik. Biar baik hati, kuat imannya, ikhlas sayangnya pada kita.
Entahlah, bagi sayalah, sekarang ini memang susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. Banyak yang macam talam dua muka. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Kadang-kadang, mereka muncul dengan tiba-tiba dan beriya-iya. Berkawan pun macam ikhlas sungguh-sungguh. Kita pun layanlah. Tahu-tahu, mereka sudah berubah dan jadi musuh kita. Tikam dari belakang lagi! Astaghfirullah... yang inilah yang kita tak suka dan gerun.
Pun begitu, bagi saya, kalau saya tahu kawan saya itu memang jenis ikhlas berkawan dengan saya, sampai mati pun saya tetap berkawan. Susah senangnya juga jadi susah senang saya. Insya-Allah.

Friday, May 20, 2011
Kisah Dalam Novel-Novel Saya
Salam
Saya seronok bersembang di alam maya dengan seorang pembaca saya ni. Bila dia baca novel saya, bersungguh-sungguh dia mencari 'feel' nya. Biasanya, kerana 'feel', sedar tak sedar, hari dah nak masuk subuh dah. Rupa-rupanya sepanjang malam dia membaca, walaupun cadangnya nak berhenti bila jam masuk 12 tengah malam. Dia juga rajin mengulangi membaca novel-novel saya, dan selalu membayangkan karakter-karakter dalam novel itu. Nanti, dia pun bertanya pada saya, "Kak Aina, macam mana Kak Aina boleh ada idea bercerita tentang kerja amal di Kemboja tu? (untuk Bunga-Bunga Kemboja), macam mana pulak Kak Aina boleh bayangkan hero pegawai tentera macam kat Terbanglah Sayang tu?, macam mana pulak Kak Aina dapat idea tentang kisah-kisah dalam Hanya Kita Berdua?"
Huhu... Kak Aina suka beranganlah... hehe
Tak adalah! Sebenarnya, semua novel-novel saya memaparkan kisah-kisah yang ada kaitan dengan saya, dengan orang-orang yang dekat dengan saya, rakan dan saudara-mara. Begitulah lebih kurangnya. Kadang-kadang, saya berbual-bual dengan teman-teman untuk dapatkan idea dan kemudian saya akan buat research. Misalnya dalam 'Terbanglah Sayang', teman baik saya yang memberi idea dan kemudian saya telah buat research tentang kehidupan seorang juruterbang 'Sukhoi'. Terima kasih kepada Lt. Kolonel Nizam (dia pun handsome macam hero saya kat buku) kerana tak jemu-jemu membantu saya.
Seperti yang saya pernah ceritakan, Bunga-Bunga Kemboja ialah cerita benar seorang teman. Dulunya, kami sangat rapat dengan Suraya (Nur Qahira dalam BBK) dan ceritanyalah saya jadikan latar novel saya. Saya teringat juga seorang lagi pembaca saya (lelaki) yang beriya-iya mengesyorkan agar saya jadikan BBK drama bersiri.
Setiap novel saya mempunyai keistimewaan buat diri saya, kerana semuanya ada kaitan dengan sesuatu yang saya sayangi. Bagi saya, antara semua novel-novel saya, yang saya anggap lebih berat dari yang lain ialah Bunga-Bunga Kemboja, Hanya Kita Berdua dan juga Terbanglah Sayang. Ketiga-tiganya memerlukan 'concentration' dan kefahaman yang tinggi dari biasa. Malah, saya juga banyak membuat research semasa hendak menulis novel-novel ini.
Yang romantis, jiwang-jiwang dan ala Hindustan... mungkin Seharum Kasih dan Matahariku. Yang lain-lain pula, bagi saya adalah di antara 'heavy' dan 'jiwang'.
Kalau anda sudah membaca semua novel-novel saya, mungkin anda faham apa yang saya maksudkan. Yang pasti juga, ada novel-novel saya menjadi kesukaan remaja (misalnya KLB, Nama Aku N,Selamat Malam Kekasih dan Seharum Kasih), ada yang menjadi kesukaan yang lebih matang (misalnya Sesuci Cinta, Setulus Janji, Hanya Kita Berdua, BBK...), ada yang suka thriller (tentunya Perempuan Ini Lelaki Itu dan KLB), dan bagi yang jiwang, tentunya Seharunm Kasih, Matahariku menjadi kegemaran mereka. Bagi yang adventurous, akan suka Aura Cinta dan Terbanglah Sayang, dan seperti yang pernah saya nyatakan, pembaca lelaki saya biasanya suka Aura Cinta dan BBK, kerana saya bercerita dari sudut mata lelaki.
Yang suka betul-betul pada penulisan 'Aina Emir' akan suka pada semuanya... hehe, tak kisahlah suka semua atau tidak. Yang penting, kebanyakan pembaca saya sayangkan saya dan saya juga sayang sangat-sangat pada mereka semua! Andalah yang membantu untuk saya dapatkan inspirasi.
Kebetulan juga, semalam, ada seorang teman penulis bercerita pada saya. Kata dia, ada seorang 'stalker' yang asyik menjejakinya di ruang alam maya! Huhu... teringat pada Eizlan dalam cerita Kau Laksana Bulan.
Apa pun, bagi semua, berjaga-jagalah dengan mereka yang suka menyamar di alam maya. Jangan terperangkap dengan kata-kata manis yang dihulurkan.
Wallahua'lam.
Thursday, May 19, 2011
Seronoknya Bila Bergosip
Salam
Saya nak tergelak membaca sebuah novel ni, novel yang datangnya dari luar. Kelakar lah pulak. Bayangkanlah, kadang-kadang akibat manusia yang suka sangat bergosip, benda kecil dah berubah jadi besar. Benda yang tak ada apa-apa, bertukar jadi panas. Begitulah mulut orang, bila dengar satu kisah, ditambah-tambah lagi dan akhirnya cerita asal dah jadi benda lain. Kalau tak terkawal, memang hal kecil dah jadi hal besar. Yang peliknya, kebanyakan orang memang suka percaya. Benda tak elok tu lah yang seronok disebarkan, benda baik-baik jarang hendak dihebahkan!
Berbalik kepada novel tadi, alkisahnya seorang pemuda ini dah terjatuh di tempat kerjanya dan kebetulan, tempat kerjanya agak jauh juga dari rumahnya. Jadi, macam-macam cerita telah disebarkan dan ketika cerita itu sampai pada ibunya, konon-konon si pemuda sudah jadi koma dan lumpuh. Apa lagi, si ibu pun tumbang, pengsan! Pada hal, anaknya itu sedang dirawat dan apa yang menimpanya hanya sekadar luka-luka kecil sahaja.
Huhuhu... beginilah keadaannya kalau kita yang mendengar apa-apa berita main terima bulat-bulat sahaja. Ada ketika, apa yang kita dengar itu kita tak patut ambil begitu sahaja. Kalau nak percaya, semak baik-baik. Entah-entah, apa yang disebarkan orang hanya sekadar khabar angin yang tidak sah.Mungkin yang tukang sebar itu ada agendanya sendiri. Kalau kita main terima sahaja, ada kemungkinan kita akan terasa diperbodohkan nanti.
Kalau kisah selebriti, orang ramai memang seronok menghebahkan cerita mereka. Tak kisahlah betul atau tidak. Kadang-kadang, ada juga cerita yang sangat mengaibkan. Kisah-kisah dalam kelambu pun disebarkan orang ramai.
Tapi, ada kala, kisah orang biasa-biasa pun hendak dipanaskan. Tambah kalau kita tak suka pada orang yang kita ceritakan itu! Yang peliknya, orang yang menokok-tambah cerita itu tak rasa bersalah pun. Sebabnya, gosip panas yang disampaikan kepada orang lain bukan merupakan cerita tentang dirinya sendiri, tapi kisah orang lain. Memang seronok kalau dapat bergosip tentang orang! Kalau mengenai dirinya, tentu dia tak akan cerita pada orang lain. Kalau nak cakap pun, kisah yang baik-baik sahaja yang dipaparkan.
Kalau kita memang suka bergosip, kenapa tidak kita gosip sahaja kisah baik-baik tentang orang lain? Mesti jauh lagi baik daripada bercerita yang tak elok pasal orang.
Wallahua'lam.
Wednesday, May 18, 2011
Aku Suka Dia, Tapi Dia Pula...
Salam
Asyik tersasul aje. Ingatkan hari ini hari Isnin, rupa-rupanya dah hari Rabu. Maklumlah semalam cuti umum, padahal saya memang duduk di rumah aje. Ahli keluarga yang pergi kerja... hehe.
Semalam, kami dikunjungi teman anak saya lagi. Kali ini, kawannya seorang lelaki dari Italy. Seperti yang saya pernah khabarkan, Faiz (anak sulung saya) memang banyak kawan semasa berada di luar negara, dan kini, rakan-rakannya cuba datang untuk melawatnya di sini pula. Dulu, Faiz yang rajin ke tempat mereka. Hari ini, kawannya yang bernama Ricardo sudah pun pergi ke Kota Kinabalu. Dia mahu berehat-rehat di sana.
Okeylah, pagi ini mood saya ingin bercerita tentang perasaan 'tak tentu rasa' bila kita tak tahu sama ada orang yang kita suka itu sebenarnya suka juga pada kita.
Kenapa saya bangkitkan soal ini? Sebabnya, ramai yang dah rasa dan selalu juga ada yang bertanya pada saya. Nak buat macam mana?
Saya suka dia, tapi dia...
Huhu... susah ya, sebab dulu-dulu saya tak rasa sangat benda-benda macam ni. Masa saya budak-budak, adalah juga rasa macam suka pada seseorang, tapi tak pernah serius pun. Sekadar 'berangan'angan' saja dan perasaan itu terus hilang bila ada orang lain yang menarik minat saya. Tapi, semuanya dari jarak jauh sahaja. Malah, memang tak pernah jadi apa-apa pun.
Masa penghujung umur 16 tahun, saya bertemu dengan 'suami saya' dan sejak itu, tak ada dah orang lain. Jadi, tak adalah rasa macam mana orang lain pernah rasa. Saya dan suami, kami sama-sama suka, jadi memang tak ada masalah (masalah tentang rasa lah).
Ni nak cerita pasal hal tadi, kisah 'jatuh hati' pada orang yang mungkin tak beri respons yang positif. Nak kata dia tak suka, tak juga, sebab mungkin dia rajin melayan kita. Nak kata dia suka sangat pun payah juga, sebab dia tak tunjuk 'komitmen' nya. Ada benda dia berahsia, tak mahu berterus terang. Jadi, kita pun macam terumbang-ambing. Kita asyik tertanya-tanya, dia suka pada aku ke tidak? Dia nak serius kawan dengan aku ke tidak? Dia nak 'couple' dengan aku ke tidak?
Kadang-kadang, dia rajin menghantar mesej pada kita. Kalau kita batuk sikit ke, atau hidung beringus ke, dia macam 'concern'. Nak ambil tahu. Nanti dia tanya kita, "Dah makan ubat?" atau, "Dah pergi klinik ke?"
Kita pun sejuk hati. 'Dia suka kat akulah kot. Kalau tak, buat apa nak sibuk-sibuk tanya pasal aku?'
Tapi, lepas tu dia macam tak ambil kisah pun. Ada kala, dia menyepi, kadang-kadang sampai berminggu. Lepas tu, dia menjelma lagi. Kata dia, dia sibuk sikit, ada urusan keluarga. Kita pun okeylah, tak nak tuduh apa-apa.
Kita berkawan balik, macam biasa. Hantar-hantar mesej lagi.
Lepas dua minggu, sekali lagi dia menyepi. Kita pun jadi bingung, tak tahu mengagak perasaannya. Suka betul-betul ke, atau tak!
Adoi... kadang-kadang kita jadi susah nak tidur sebab fikirkan halnya. Bukannya apa, sebenarnya kita dah suka pada dia, cuma tak tahu macam mana nak berterus terang. Dia pula, macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada.
Okeylah, kalau tanya pada saya, saya kata dia belum bersedia. Mungkin dia suka pada kita, tapi mungkin juga dia sedang berada dalam keadaan yang tak tentu lagi. Mungkin juga ada orang ketiga, atau ada masalah keluarga, atau ada masalah dirinya. Apa pun, yang pasti dia juga terumbang ambing. Tidak tahu apa yang ada pada rasanya. Suka betul-betul pada kita atau pun tidak. Mungkin sekali sekala dia memang rindukan kita, tapi masalahnya, dia memang tak tahu.
Lebih baiklah kita tidak menaruh harapan.
Setakat itu sahaja... hehe, harap-harap anda yang membaca entri ini tidak berada dalam keadaan yang seperti itu.
Aku suka dia, tapi dia pula...

Tuesday, May 17, 2011
Cikgu Memang Best!
Salam
Saya memang suka pada guru dan cikgu-cikgu. Huhu, kenapa ek? Sebab ramai daripada mereka yang suka membaca karya saya... hehe. Jadi, Selamat Hari Guru pada semua cikgu dan cikgi... gurau aje tu. Tapi serius, saya memang senang berkawan dengan mereka. Ada di antara guru-guru ini, bermula dari membaca novel saya, tapi sekarang ni dah jadi kawan saya. Ada di antara mereka, tiap-tiap tahun akan datang berjumpa dengan saya masa Pesta Buku. Saya menghargai mereka semua.
Walaupun saya tahu ada juga guru sekolah yang bukan jenis 'dedicated' untuk mengajar, tapi saya tahu ramai yang memang berusaha keras untuk jadi guru yang baik. Sebenarnya bukan senang nak jadi cikgu ni. kalau kita nak komen, memang senang. Bayangkanlah anak-anak murid dan pelajar pada hari ini, bukannya semua baik-baik. Ramai juga pelajar yang macam gengster atau anak gengster, peninglah cikgu nak mengajar agar mereka jadi pelajar yang baik.
Apa pun, saya selalu teringat pada cikgu-cikgu saya. Walaupun ada yang garang dan bengis, tetapi saya tak pernah melupakan jasa mereka. Sampai hari ini, saya masih ingat pada guru-guru saya. Malah, sememangnya ada di antara guru saya yang saya teramat sayang, dah anggap macam kakak atau ibu dan bapa saya. Alhamdulillah, payah untuk ingat apa-apa yang negatif tentang guru-guru saya.
Biasanya, pelajar dan anak murid tak pernah lupa pada guru mereka dan biasanya juga, guru-guru mempunyai anak-anak yang berjaya.
Itulah yang saya rasakan tentang guru dan cikgu yang mengajar. Biasanya, cikgu ni best!
Monday, May 16, 2011
Saja Nak Cerita Pasal Pembaca Saya
Ayu Raudhah dan Zul Huzaimy dalam episod KLB
Ashraf Muslim dan Ayu Raudhah dalam episod drama KLB
Salam
Sajalah saya nak bercerita tentang pembaca saya ini. Dia memang mempunyai semua koleksi novel-novel saya termasuklah Perempuan Ini Lelaki Itu dan Nama Aku N. Boleh dikatakan yang dia suka semua novel-novel saya tu. 'Hard Core Fan' lah ni. Malah, novel Kau Laksana Bulan tu dah diulang baca berkali-kali, tetapi malangnya masa drama KLB disiarkan di TV2, dia tak dapat menontonnya sebab setiap hari dia pulang lewat dari tempat kerja. Bila diulangtayang pun dia tak dapat nak tonton, sebab waktu tengah hari dia memang tak free.
Apa pun, sebabkan dia merupakan 'hard core fan' atau 'die hard fan' saya, dia mula meronta-ronta, mahu sangat-sangat menonton drama KLB tu. Tambah pula bila dia dengar cerita yang hero drama tersebut telah datang ke booth kami ketika Pesta Buku baru-baru ini.
Kerana sedar yang isterinya (pembaca saya) teringin sangat, si suami pun berusaha pergi mencari maklumat di mana dia boleh downloadkan drama bersiri KLB itu. Akhirnya dapatlah si isteri (pembaca saya) menonton drama itu di rumah mereka. Episod pertama hingga ke enam, dia melihat hingga larut malam hinggakan esoknya dia terlambat ke tempat kerja! Hehe. Seterusnya dia melihat di hujung minggu. Pembaca saya itu sangat berpuas hati, terutama dengan lakonan-lakonan pelakon drama itu. Mengikut kata pembaca saya, ada lagi teman-teman suaminya yang tumpang download drama itu untuk ditonton mereka.
Bila saya membaca emailnya, saya jadi ketawa juga. Katanya kepada saya, "Kak Aina buatlah lagi drama dari novel-novel Kak Aina. Seronoklah saya tengok. Dulu saya tak dapat nak membayangkan macam mana rupa Firas Ali tu, bila tengok Zul Huzaimy membawa wataknya, saya rasa macam sesuai dan sekarang ini, saya minatlah pulak pada Si Zul tu." Hehe, thumbs up buat Zul Huzaimy dan pelakon-pelakon lain yang menjayakan drama itu.
Setakat ini sahaja ceritanya. Asal sahaja ada yang terhibur, okeylah tu, kan?
Sunday, May 15, 2011
Tak Susah Untuk Tulis Novel
John Grisham
Salam
Itulah yang dikatakan oleh penulis terkenal John Grisham semasa beliau menulis novel pertamanya berjudul 'When A Time to Kill' sekitar lebih dua puluh tahun yang lalu. Katanya, nak tulis buku memang tak ada masalah, tapi nak menjualnya yang susah. Itu merupakan karya pertamanya dan ketika itu, tiada yang mengenali John Grisham. Dia terpaksa mengangkut sebanyak seribu buah bukunya dan bawa ke merata-rata tempat untuk menjual. Kerana susah untuk menjual, dia terpaksa beri percuma kepada rakan-rakan, perpustakaan, kelab-kelab dan kedai-kedai.
Jadi, jangan hairanlah kalau kita juga berdepan dengan masalah seperti itu. Kini, sudah berpuluh-puluh judul novel John Grisham di pasaran, malah sudah banyak novelnya yang diadaptasikan kepada filem. Dia juga sudah melalui segala macam dugaan dan kini sedang hidup dengan kemewahan sebagai penulis yang berjaya. Namun, John Grisham tidak pernah melupakan pengalaman permulaannya dalam bidang penulisan.
Kita pula macam mana? Saya maksudkan semua rakan-rakan penulis, termasuk juga diri saya ini. Sudahkah kita melalui segala kesukaran, atau kita tak mahu langsung berdepan dengan apa-apa kepayahan? Bila kita menulis, kita mahu karya kita diangkat tinggi oleh semua orang, termasuk penerbit, pembaca dan penulis lain? Kita mahu terus sahaja dikenali orang, mahu menjadi popular dan terkenal. Kita mahu sahaja menjadi kaya-raya.
Entahlah... kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, bukan kepada anda, tetapi kepada diri saya. Saya tulis untuk apa? Untuk jadi terkenal? Untuk jadi kaya? Atau saya menulis kerana itulah yang saya suka?
Mungkin saya pernah cerita di entri-entri yang lama, semasa saya mula-mula menulis, saya tak tahu pun sama ada, ada pihak penerbit yang akan berminat. Saya juga tak tahu sama ada, ada orang yang mahu membaca karya saya. Saya tak pasti pun, sama ada saya akan melihat karya saya di kedai-kedai buku.
Bagi saya ketika itu, apa yang penting ialah saya dapat menulis dan menjadi cita-cita saya untuk melihat karya saya dijadikan buku, dan berharap sangat akan ada yang sudi untuk membacanya.
Kalau John Grisham mempunyai ceritanya, saya juga begitu. Saya juga mempunyai kisah pengalaman pertama ketika karya saya dijadikan buku.
Apa pun, saya ingin mengingatkan rakan-rakan penulis yang baru menceburi dunia ini agar belajar untuk bersabar. Sekalipun mungkin karya-karya kita yang awal tidak menjadi penting buat pembaca, kita jangan putus asa. Insya-Allah, satu masa nanti akan ada karya kita yang meletup-letup dan ketika itu nanti, pembaca akan mula mencari karya-karya lama kita juga, walaupun pada mulanya tak ada yang minat dengan karya penulis baru seperti kita ketika itu.
Okeylah... yang pasti, apa yang John Grisham rasa, ramai penulis lain turut merasakannya, terutama penulis yang berkarya di negara ini.
Wallahua'lam.
Saturday, May 14, 2011
Pernah Berurusan Dengan Gengster?
Sekadar Hiasan Sahaja
Salam
Dua hari lepas, saya berada di Melaka, jadi tidaklah dapat saya updatekan blog ini. Semalam pula, sehari suntuk blog tak dapat diusik. Mujurlah pagi ni dah okey. Jadi, dapatlah saya masuk semula seperti biasa. Alhamdulillah.
Okeylah, saya nak tanya ni... pernah tak anda berurusan dengan gengster?
Huhu... gerun, kan? Okeylah saya tak nak cerita panjang-panjang, tapi hari itu (hari saya ke Melaka) memang ada benda yang terpaksa membuatkan kami berurusan dengan puak yang bagi saya memang macam 'gengster' lah (saya ada urusan peribadi di Alor Gajah). Sebenarnya saya malas nak cerita panjang, tapi ia merupakan satu pengalaman baru buat saya. Mungkin esok-esok saya boleh muatkan dalam novel saya... hehe.
Mungkin kalau kita nak lakarkan karakter yang macam genster, kita boleh mulakan dengan rantai tebal yang dipakainya, termasuk loket berbentuk naga! Kepala pula (kepala gengster ni lah) ada parut panjang, jahitannya pun masih kelihatan lagi. Rantai tangan tebal di kedua-dua pergelangan tangan, seluar kulit macam seluar cowboy, tali pingang garang, lengan tangan mungkin juga ada tatu, beg galas berkunci bentuk pistol! Giginya pula, ada yang patah.
Huhu... memang takut!
Okeylah, malaslah nak cerita-cerita sangat pasal ni, tapi ialah, bukan hari-hari kita boleh berurusan dengan karakter yang macam ni, kan?
Tapi nak buat macam mana, kami pun tak tahu yang kami terpaksa berurusan dengan karakter-karakter ni (bukan seorang). Adoi... sebenarnya mereka ini adalah keluarga dan sebelum in kami berurusan dengan seorang pak cik sahaja. Tak tahulah kami yang pak cik tu ada anak saudara-anak saudara yang macam gengster.
Suami saya kena buat pembayaran (kami beli bendalah... hehe bukan dadahlah), jadi kami buatlah pembayaran pakai bankdraf, tapi si gengster-gengster ni tak mahu pakai bankdraf, dia suruh kami bayar cash! Adoi... terpakslah kami bawa kereta sampai ke Petaling Jaya (New Town) dan pergi ke Public Bank. Dari Melaka ke PJ, mereka ikut kami (bawa kereta masing-masing) dekat-dekat. Saya pun gerun juga melihat cara mereka tu. Sampai di bank pula, mereka bertekak sesama sendiri. Semua orang tengok. Saya dan suami diam dan perhatikan sahaja. Malah, security guard di bank pun dah bangun dan bersedia (hehe... macam nak merompak bank pula).
Akhirnya kami pun bayarlah tunai kepada mereka. Adoi, bila dapat aje duit, masing-masing betul-betul macam malaun, ambil duit tu macam tak pernah jumpa duit.
Kemudian, saya tanyalah pak cik tu (melalui telefon) dan pak cik tu beritahu kami yang anak saudara-anak saudaranya tak bagi pun duit yang hak dia. Mereka dah menipu pak cik tu! Jadi, suami saya pun telefonlah lawyer tanya nak buat macam mana. Lawyer tu suruh pak cik tu buat surat hantar segera kepada mereka, minta yang hak dia. Kalau tak bagi juga, lawyer suruh buat laporan polis.
Kami tak tahulah apa dah jadi sekarang ini. Sebenarnya, kami tak nak terlibat sangat, sebab yang bab itu bukan hal kami. Urusan kami dah selesai, cuma kami terpaksa sahaja berurusan dengan mereka kerana tak ada dah jalan lain.
Apa pun, apa yang saya lihat ialah bila manusia tidak menggunakan akal (mungkin kerana tak berilmu), kelakuan mereka memang terpapar kejahilannya. Wang menjadi Tuhan mereka dan hati perut tak ada perasaan. Pada hal, mereka tidak kaya pun. Malah, mereka tinggal di kawasan yang memang terkenal dengan keadaan daifnya. Apalah salahnya kalau mereka bersikap seperti manusia yang beragama?
Lepas tu, barulah saya tahu yang mereka itu memang pun anak gengster. Ayah mereka pernah duduk di penjara (Pulau Jerjak), dua orang abang mereka tak ada IC (tak tahu apa ceritanya... tapi kata pak cik tu mereka pernah bunuh orang). Hoi, hoi, hoi... mujurlah mereka tidak berkurag ajar dengan kami. Setidak-tidaknya mereka masih berupaya untuk bersopan bila cakap dengan saya dan suami.
Semoga jarang-jaranglah saya jumpa karakter yang begini. Pun begitu, ini adalah satu pengalaman buat kami. Untuk makluman, mereka semua tinggal di kawasan Kuala Lumpur... dan bukan orang Melaka ya...
Wassalam.

Wednesday, May 11, 2011
Bila Jatuh Cinta...
Salam
Bila jatuh cinta, mata yang celik pun boleh jadi buta. Semua yang tak cantik jadi indah belaka. Perangai yang tak baik pun kita terima aje. Jadinya, salah siapa? Salah siapa kalau akhirnya kita tak bahagia?
Adoi, apa yang saya catatkan ini bukannya skrip drama baru, tetapi realiti kehidupan kita. Terlalu ramai yang tak ambil berat dengan calon yang mahu dijadikan pasangan hidup. Main redah dan ikut kata hati sahaja. Tambah pula kalau dah lama hati yang kosong terus-terusan berasa sunyi. Kita hendakkan supaya ada seseorang yang isi, jadi kita pun tak ambil peduli, dia tu okey ke atau sekadar hendak buli!
Ada orang memang cekap mengambil kesempatan. Sudah dibuat perkiraan, segala untung dan rugi. Betul, perkahwinan juga macam satu bisnes, kena ada perancangan yang baik, tetapi... aduhai... jangan kira untung ruginya!
Begitulah hidup kebanyakan pasangan, lepas kahwin, barulah tahu langit itu rendah atau tinggi. Baru tersedar yang diri baru sahaja hinggap di bumi nyata. Masa bercinta tu, segala-galanya berada di awang-awangan. Hujan ribut bagi matanya dah ada pelangi yang berwarna-warni. Tak ada benda yang tak cantik.
Bila dah kahwin, barulah sedar yang pasangannya bukan langsung seperti yang diidamkan. Lebih teruk daripada 'malaun'!
Pasangan lelaki, mungkin kaki pukul, suka belasah, pemalas, mungkin juga dah ada isteri dan anak-anak (ni kes kelentonglah ni), dan berkahwin dengan kita kerana hendakkan pendapatan kita dan hendak hidup senang. Ada tu, lelaki tu dah kahwin berkali-kali dan memang kaki perempuan!
Yang pasangan perempuan pula, mungkin kaki membebel, malas nak urus rumah tangga, materialistik, tak habis-habis nak beli barang yang branded, padahal memang tak mampu pun. Rumah tunggang-langgang. Bangun lambat, tempat tidur tak berkemas, macam bilik kucing beranak!
Jangan gelak tau, tapi inilah yang sering terjadi. Masa bercinta atau tengah jatuh cinta, akal logik boleh jadi tak berfungsi. Benda tak logik kita terima dengan akal yang lembab, seolah-olah semuanya indah belaka.
Kalau mak ayah kita protes kerana tak suka dengan calon kita, janganlah kita pula yang protes. Mungkin masa tu kita tak nampak (kerana hati dah jadi buta) tapi mak ayah kita dah nampak.
Kadang-kadang, memang mak ayah kita cerewet, tapi berjaga-jagalah. Kalau mak ayah tak suka tu, mestilah ada sebabnya.
Okeylah buat pagi ini, sekadar untuk kita renungkan bersama-sama, terutama bagi mereka yang jatuh cinta. Pastikan pasangan anda itu adalah yang terbaik untuk anda jadikan calon suami atau isteri. Kalau rasa macam bukan, buang sahajalah!
Wallahua'lam.
Tuesday, May 10, 2011
Kerana Sayang
Sekadar hiasan
Salam
Siapa yang tak sayang anak, kan? Kalau tengok cara orang sekarang membesarkan anak-anak, ramai yang mahu berikan kesenangan yang tak terhingga kepada anak-anak mereka. Kalau dulu diri pernah rasa susah, sebagai ayah dan ibu, kita tak mahu anak kita rasa apa-apa yang susah lagi. Kalau boleh, semua kemewahan hendak kita berikan pada anak-anak.
Semalam, saya sempat menonton sebuah program televisyen yang mengisahkan bagaimana seorang anak telah membesar dengan sikap yang payah nak kawal. Bila dikaji, sikapnya itu jadi demikian kerana membesar dengan segala material, namun tiada kasih-sayang yang mantap yang telah diberikan.
Kalau kita hidup dengan semua kemewahan dan material yang berharga, itu tak bererti bahawa kita akan jadi orang dewasa yang bijak, sekalipun mungkin kita hadirkan diri di sekolah swasta yang serba canggih. Kadang-kadang, bila anak ditatang bagaikan minyak yang penuh, mereka tidak bijak mengendalikan hidup bila besar nanti. Semuanya mahukan kesempurnaan. Mungkin juga mereka hilang sabar.
Itulah yang terjadi kepada si anak dalam program TV itu. Dia menjadi orang dewasa yang mempunyai segala material, namun akhlaknya tidak tinggi. Bila marah, dia membaling telefon bimbit kepada mangsanya dan akhirnya mencederakan orang lain. Baginya, itulah cara untuk protes. Dia hilang sabar dan tidak mahu memahami orang lain.
Mungkin inilah yang selalu terjadi pada hari ini. Ibu bapa ghairah untuk hantar anak ke sekolah yang berasrama penuh, atau sekolah swasta yang canggih, konon-konon anak akan jadi lebih cemerlang. Kalau tidak pun, anak akan dihantar ke kelas tuisyen, hinggakan kadang-kadang, mereka tiada masa untuk membesar secara anak yang normal.
Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ingat bahawa anak-anak perlu melalui kehidupan seperti anak-anak yang normal. Bukan setakat pandai belajar sahaja, tetapi perlu tahu bergaul dengan orang lain. Kalau tidak, mungkin satu hari nanti, mereka tidak tahu untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Bukan setakat orang luar, tetapi dengan kaum kerabat sendiri.
Cuba kita perhatikan anak-anak pada hari ini. Ramai yang tak suka pergi ke rumah orang lain termasuk rumah famili!
Sekalipun kita terlalu sayangkan anak-anak kita, kita perlu ajar mereka untuk menghargai kesusahan. Biarlah mereka membesar dengan tahu bagaimana untuk kendali sebarang konflik dalam hidup. Biarlah mereka tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain. Kerana sayanglah kita perlu berlaku adil kepada anak-anak kita.

Monday, May 09, 2011
Di Mana-Mana Pun Okey
Scotland yang indah
Salam dan selamat pagi.
Alhamdulillah, saya masih bernafas lagi, begitu juga anda yang membaca blog ni, kan? Kita wajib mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan sekalipun ada kala dan ketika, terlalu banyak dugaan yang terpaksa kita lalui. Namun, itulah sebahagian daripada kehidupan.
Mungkin tiada sesiapa yang melalui hidup ini tanpa berdepan dengan cabaran. Malah, Rasul kita, Muhammad SAW tidak pernah kering dengan dugaan dan cabaran. Malah, macam-macam fitnah dan penghinaan yang dilemparkan kepada baginda, namun kerana Allah SWT, Muhammad SAW sentiasa berjiwa waja dan gagah untuk menghadapinya. Kita pinjamlah semangat itu untuk hidup kita sehari-hari. Kita juga pinjamlah akhlak baginda yang mulia agar akhlak kita juga sepertinya, insya-Allah.
Semalam, teman baik saya sudah pun berlayar pergi, kali ini, destinasinya ialah Mexico pula dan mungkin akan berada di sana tidak kurang dari tiga tahun. Ketika bertugas di Afrika, saya tak sempat ke sana, maklumlah terlalu jauh buat saya dan keluarga. Katanya kali ini, "Jomlah datang ke Mexico pula..."
Adoi mak... bukan tak teringin, tetapi bila terkenangkan perjalanan yang jauh, saya rasa penat sangat-sangat. Dari sini nak ke Mexico City (ibu negara Mexico), perjalanannya ialah 24 jam! Mesti sakit belakang, kecualilah kalau naik kapal terbang duduk business atau first class. Tapi... kalau nak bayar mahal-mahal, baiklah saya berjalan ke tempat-tempat lain yang juga menjadi tempat idaman saya. Apa pun, saya tunggu komen teman saya tentang negara Mexico. Kalau best giler-giler, mungkin sampailah saya ke sana.
Inilah impian saya. Selagi ada umur dan rezeki, termasuk kesihatan, insya-Allah saya akan meronda-ronda ke merata-rata tempat yang saya belum sampai lagi di dunia ini. Ada juga tempat yang saya dah pun sampai tapi rasa nak pergi lagi. Misalnya negara Sepanyol dan juga Yemen selain dari Scotland. Saya sentiasa suka Scotland, sebab saya suka pada pemandangan yang penuh dengan tasik dan juga gunung-ganang. Saya suka melihat 'castle' lama yang bertaburan di tempat ini. Saya suka Sepanyol sebab saya jatuh cinta dengan AlHambra yang terletak di Granada. Saya suka Yemen sebab saya juga jatuh cinta dengan Hadramaut, terutama sekali Heyd AlJazeel yang terletak di atas kawasan tinggi di perkampungan Heyd AlJazeel. Masya-Allah.
Tapi... bagi saya, di mana-mana pun saya suka. Di mana-mana pun okey. Tentunya ada keistimewaan yang disediakan Allah SWT buat kita semua. Saya payah nak komplen walaupun kadang-kadang ada juga tempat yang payah nak cari makanan yang halal. Apa pun, kalau kita bersedia, insya-Allah, tak ada masalah.
Okeylah, semoga anda sekelian mulakan minggu ini dengan semangat yang tinggi.

Saturday, May 07, 2011
Beg Tangan Coach
Minat nak beli beg tangan coach? Sila masuk ke link ini: http://moms-paradise.blogspot.com/
Salam
Ini adalah sebuah cerita pendek, yang betul-betul pendek.
"Eh, you nak beli tak beg tangan ni? Murah tau, mana nak dapat harga macam ni kat KL. Member aku beli kat US ni."
Aku terfikir-fikir. Iyalah, memang betul tu. Biasanya kalau kat KL beg tangan 'Coach' berharga beribu-ribu ringgit, nak dapat yang kurang seribu memang mustahil. Best juga ni, fikirku lagi. Yang ini, hanya sekitar RM600. Enam ratus je... kata hatiku lagi. Murah apa.
Tiba-tiba aku teringat pada mesej yang aku baca tadi. Mesej yang temanku hantar.
Kesian dia, Im. Aku tahu dia susah. Maklumlah anaknya enam orang dan semuanya bersekolah lagi. Kau tahulah budak-budak yang sedang membesar ni, bajet mesti tinggi. Suami dia meninggal, hampir tak tinggal apa-apa. Tak ada pencen dan tak ada juga EPF. Yang ada hanyalah bisnes kecil tu, yang dah lama tak berjalan rancak sebab suami dia dulu sakit. Rumah pun rumah sewa, tak ada rumah sendiri.
Enam ratus ni, patutnya aku beli beg tangan tu ke? Atau apa...
"Eh, Mai... tak naklah aku beli beg tangan tu. Memanglah murah, tapi aku rasa tak sampai hati pulak. Kau baca mesej ni." Aku pun hulurkan telefon bimbitku supaya rakanku Mai boleh membacanya.
"Im... memanglah ramai yang macam kawan kau ni. Tapi, kita nak buat macam mana, Im? Takkan kita kena tolong semua orang yang dalam kesusahan? Tak akan habis-habislah macam tu. Jangankan beli beg tangan 'Coach', beli yang kat Petaling Street pun tak boleh tau. Makan pun kau jangan makan yang sedap-sedap. Makan aje nasi lemak bungkus tiap-tiap hari! Sekalipun kau buat macam tu, orang susah tetap ada kat dunia ni!"
"Adoi, Mai... bukan macam tu. Memang aku tak boleh tolong semua orang. Tapi, yang ini aku memang kenal. Tak apalah... esok-esoklah aku beli beg tangan 'Coach' tu. Kalau aku tak beli sekarang pun, aku tak mati. Banyak lagi beg tangan aku.
Okeylah... ini sekadar sebuah cerita, kadang-kadang saya seronok melakarkannya untuk mengingatkan diri saya sendiri tentang orang lain di luar sana. Semoga setiap apa yang kita lakukan, kita juga ingat kepada orang lain yang memerlukan. Insya-Allah.
Friday, May 06, 2011
Kongsi Cerita dan Rasa
Di kawasan Bukit Uhud
Salam
Saya seronok menulis di blog ini. Saya harap anda yang membacanya juga berkongsi rasa dengan saya.
Pagi ini saya terpanggil untuk berkongsi rasa tentang air zamzam yang terdapat di telaga zamzam di kota Mekah. Bagi saya, ini adalah satu kewujudan atau kejadian yang dikatakan 'mukjizat' bagi membuktikan keagungan agama Islam. Air itu hadir dari sebuah telaga yang terjadi akibat tendangan seorang bayi kecil sekitar dua ribu tahun yang lalu. Namun hingga kini, telaga itu masih mampu untuk mengeluarkan air untuk minuman berjuta-juta manusia. Bayangkanlah...
Dulu, saya pernah fikir tentang hal itu, tetapi mungkin saya sekadar 'take things for granted'. Tetapi, ketika berada di tanah suci Mekah baru-baru ini, saya fikirkan lagi. Setiap kali saya minum air zamzam, saya terasa macam tubuh saya dicaj bateri, penuh tenaga. Setiap kali tekak perit, saya minum air itu dan terus hilang segala sakit, alhamdulillah. Ada yang mengatakan, kalau rajin minum air zamzam, gula dan kolestrol boleh turun dari badan. Banyak lagi kehebatannya dan kerana itu, walaupun air zamzam berat, semua orang bawa balik ke Malaysia. Kalau boleh, kita mahukan telaga itu menghampiri rumah kita.
Apa pun, alhamdulillah... Tuhan berikan satu nikmat buat manusia dan fikirkanlah tentang hal ini. Satu kejadian yang fantastic!
Suka juga saya berkongsi cerita tentang 'penulisan'. Seperti tahun-tahun lepas juga, tahun ini masih ada yang datang kepada saya dan berkata, "Kak Aina, saya suka buku Kak Aina yang ini..." Maka disebutkanlah nama novel kegemarannya itu. Saya sekadar tersenyum dan biasanya saya akan kata, "Ya ke? Terima kasih..." Iyalah... nak kata apa lagi, kan?
Begitulah pandangan dan rasa pembaca yang membaca novel penulisan saya dan mungkin penulis yang lain juga. Tak pernah sama. Kalau A kata suka novel 'X', B pula kata suka pada novel 'Z'. Tak pernah lagi semua pembaca saya suka novel 'X' sahaja, atau semua tak suka novel 'X'. Saya tak kisah kerana saya tahu setiap kita mempunyai citarasa yang berbeza. Kita tak pernah sama dan kerana itulah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencari kelainan agar pembaca saya tak akan jemu membaca karya saya. Insya-Allah.
Apa pun, terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca dan penyokong yang setia pada saya. Semoga Tuhan memeliharai anda sekelian dan selamat dunia akhirat. Kepada yang tak suka pada saya juga saya tetap memohon pada Allah SWT agar anda juga dilindungi-Nya, insya-Allah.
Malam ini, staf KarnaDya akan menghadiri majlis tradisi selepas Pesta Buku. Tetapi kali ini saya tak ikut sekali kerana saya ada hal peribadi. Semoga mereka akan bergembira. Alhamdulillah, Tuhan berikan kita rezeki dan kita berkongsi dengan mereka yang membantu kita dan mungkin ada yang kurang mendaptnya, semoga rezeki kita akan terus bertambah dan ada, insya-Allah.

Thursday, May 05, 2011
Terkenang Budimu
Salam
Sejak bertahun-tahun lamanya, saya dah belajar satu perkara ini. Jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada. Dan kerana itulah, saya tak pernah lokek dengan apa sahaja pengetahuan yang saya ada, seterusnya tak pernah kisah untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Sejak saya jadi penulis, itulah yang saya lakukan. Malah, saya juga belajar macam-macam perkara daripada orang lain. Saya bersyukur dan saya tak pernah lupa kepada mereka yang berjasa pada saya. Bagi saya, sebagai Muslimah, itulah yang patut kita lakukan, tidak melupakan sesiapa sahaja yang telah membantu kita, tak kiralah kecil atau besar. Dalam hal ini, saya tak pernah melupakan teman-teman saya di syarikat Alaf21. Walaupun kini saya dah lama berdikari, namun mereka tetap teman saya. Mungkin suatu hari dulu ada yang terkilan di sana-sini, saya tetap menghormati mereka. Pada Pesta Buku yang lepas-lepas, termasuklah yang baru sahaja lepas, semua bekas-bekas editor saya datang berjumpa dengan saya. Saya juga turut ke tempat pameran Karangkraf untuk bertemu dengan kawan-kawan.
Sebagai orang Islam yang beramal, kita seharusnya mempunyai sifat yang rendah diri. Siapalah kita di dunia ini. Sekalipun mungkin menulis dengan baik atau penjualan buku meletup-letup, namun kita tetap hamba Allah SWT, sekadar menumpang rezeki dan hidup yang Tuhan berikan. Bila-bila masa sahaja Tuhan juga boleh ambil daripada kita. Dan kerana itulah, kita perlu beringat selalu. Tak usahlah kita lupa daratan. Itulah yang saya rasakan dan insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk kekalkan silaturahim dengan teman-teman, tak kira dekat atau jauh.
Dalam dunia penulisan ini, saya juga bukannya orang lama. Baru pun tidak. Sedang-sedang sahaja. Namun, teman-teman seperti Fauziah Ashari, Aisha Sofea, Puteri Andalas, Noor Suraya, Mimie Afinie, Norhayati Berahim dan lain-lain, sentiasa akan kekalkan silaturahim kami. Kami saling berkunjungan di setiap majlis Pesta Buku. Inilah masanya untuk kami bertemu. Kami tak kisah pun siapa yang popular atau siapa yang tidak. Kami tak ambil pot pun tentang benda-benda yang tiada kaitan dengan hal peribadi kami. Alhamdulillah, kami terus menulis dan terus kekal sebagai teman.
Saya ceritakan ini sekadar mengingatkan diri saya agar sentiasa jadi diri saya sendiri dan tidak lupa diri. Kadang-kadang, kita terlupa yang kita ini hanyalah insan yang lemah, apabila mati nanti, akan terus sahaja menjadi dingin dan kaku, tidak berupaya lagi untuk berkata-kata, apatah lagi untuk memohon maaf kepada mereka yang kita pernah sakiti.
Wallahua'lam.
Wednesday, May 04, 2011
Cari Populariti, Elok Pandang-Pandang
Salam sekali lagi.
Saya masih ada mood untuk tulis lagi, mungkin untuk ganti masa-masa saya bercuti di Tanah Suci.
Okeylah, ni nak cerita lagi masa Pesta Buku baru-baru ini. Ada seorang teman bertanya saya, apa pandangan saya tentang satu karakter ni yang sering masuk laman YouTube. Karakter itu berlakon dan menyanyi dan kerana itu dia mula jadi popular kerana semua orang hendak tengok aksinya yang kelakar dan pelik itu.
Hehe, saya pun tengok jugak YouTube tu. Memang kadang-kadang lawak giler! Tak dapat saya bayangkan yang karakter itu sanggup buat begitu, mungkin untuk mencari populariti. Wallahua'lam. Bagi saya, mungkin karakter itu inginkan 'attention' atau perhatian. Memang ada orang yang begitu, akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan perhatian.
Hari ini, orang akan lakukan apa-apa sahaja melalui laman-laman sosial yang disediakan di alam maya, namun kalau kita tidak bijak menggunakannya, ia boleh memakan diri kita pula. Sudah berkali-kali saya ingatkan pembaca blog saya ini tentang bahana laman-laman sosial ini, termasuklah blog, youtube, friendster dan facebook. Sebab itulah dalam koleksi cerita menarik saya (Semalam Kubermimpi2) saya menceritakan kisah-kisah ini. Kisah mereka yang menggunakan laman web sosial untuk lakukan sesuatu yang mungkin boleh punahkan hidup mereka sendiri.
Saya sempat juga berborak-borak dengan seorang penulis semasa Pesta Buku yang lepas. Saya katakan kepadanya, kalau nak terus jadi penulis, kita jangan suka ambil tahu tentang orang lain. Jangan suka jaga tepi kain orang, jangan suka bergosip, kerana perbuatan itu akan memakan diri kita suatu hari nanti. Jadilah penulis yang profesional dan jangan emosional.
Kita guna laman web sosial untuk berinteraksi dengan teman-teman, bukannya untuk bergosip, menyebar fitnah, menghasut dan mengaibkan orang lain. Kalau kita tahu agama, maka kita juga tahu bahawa menabur fitnah adalah satu dosa besar. Malah, kalau sekalipun kita tahu apa-apa cerita benar namun kita tetap memukul-canang sana-sini, itu bermakna bahawa kita sedang amalkan satu kelakuan yang mengaibkan orang. Ini juga merupakan perbuatan yang tidak Islamik.
Semasa saya di kota suci Mekah dan Madinah, banyak perkara yang saya fikirkan tentang kehidupan hari ini. Tentunya saya amat kagum dengan sifat Rasul kita, Muhammad SAW, yang mempunyai sifat budiman dan akhlak yang tertinggi dan mulia, dan kerana akhlaknya itulah maka manusia yang jahil dan jahat boleh berubah dan memeluk agama Islam. Nabi Muhammad SAW juga sentiasa bersabar kerana bukan senang untuk berdakwah dan menyebar agama Islam ketika itu. Apatah lagi pada hari ini, Nabi junjungan kita sudah tidak ada. Manusia banyak yang bertopengkan agama dan berpura-pura mempunyai akhlak yang mulia. Namun, orang yang sama sanggup lakukan perbuatan seperti orang jahil.
Kata orang, kalau kita bergosip di siang hari, kita akan pandang kiri dan kanan. Kalau bergosip di malam hari, kita dengar-dengar. Tapi kalau bergosip di laman FB, kita buat macam mana? Main hentam sahaja? Tulis apa yang kita nak tulis?
Sebagai insan yang bergelar 'Muslim' dan 'Muslimah', biarlah kita sentiasa jaga dan amalkan perbuatan yang baik-baik. Kalau tak puas hati, kita boleh lakukan apa sahaja dengan cara yang baik juga, bukan main hentam ikut sesuka hati. Janganlah sampai kita sengaja nak terbalikkan periuk nasi orang, tahu-tahu periuk nasi kita pula yang dibanjiri air! Nauzubillah.
Apa yang saya ceritakan ini adalah sekadar untuk kita renungkan bersama-sama. Dunia ini terlalu kecil buat kita semua dan masa juga terlalu pendek untuk kita terus melakukan perkara-perkara yang tak elok.
Kalau nak cari populariti, carilah. Tapi apa sahaja yang kita nak lakukan, kita pandang-pandang dan fikirlah dulu.
Wallahua'lam.
Setahun Sekali
KarnaDya berpesta buku
Salam
Apa yang menariknya masa Pesta Buku bagi orang macam saya?
Tentulah kerana saya dapat berjumpa dengan pembaca dan penyokong saya, ada yang datang ke situ semata-mata untuk berjumpa dengan saya sahaja. Betul tu, tak tipu. Ada beberapa orang pembaca saya datang ke PWTC setiap tahun kerana nak berjumpa dengan saya dan membeli buku terbaru saya. Itu sahaja. Sebab itulah, sekalipun saya penat atau tak sihat, saya datang juga. Takkanlah saya tak datang sedangkan mereka sanggup datang?
Tapi, ramai juga yang datang berjumpa dengan saya dan penulis-penulis lain. Bagi mereka, Pesta Bukulah masanya untuk berjumpa dengan penulis-penulis kesayangan mereka. Setahun sekali sahaja. Oleh kerana setahun sekalilah, saya berusaha untuk ke sana walaupun tahun ini saya tak dapat ke sana setiap hari sepanjang tempoh Pesta Buku berjalan.
Alhamdulillah, setiap tahun saya akan berjumpa dengan orang baru. Ada yang merupakan pembaca saya dan ada juga tidak. Namun, Tuhan izinkan saya untuk berkenalan dengan orang lain dan mendapat kawan baru.
Alhamdulillah juga tahun ini, saya berjumpa dengan seorang teman lama. Kawan saya ini sangat rapat dengan saya ketika saya berada di Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar. Namanya Mariani. Semasa saya kahwin, dia datang ke rumah saya dan semasa dia kahwin, saya pergi menghadiri majlisnya. Namun selepas itu, kami berpisah dan tak dapat hendak dijejaki tapaknya.
Kata Mariani, dia melihat gambar dan cerita saya di Berita Harian dan dari situlah dia mencari saya di booth KarnaDya ketika Pesta Buku. Saya terharu kerana bertemu dengan kawan lama saya ini. Mariani ialah seorang guru dan mempunyai dua anak perempuan dan kedua-duanya memilih untuk jadi doktor.
Ramai juga yang tanya saya, "Kak Aina KD tak bagi beg ke apa-apa ke tahun ni?"
Saya jawab, "KD lebih suka bagi diskaun yang lebih tinggi. Kan datang nak beli buku?" Hehe... memang begitu tahun ini. Diskaun yang kami beri pada pembaca adalah sangat baik. Kami mengajak anda untuk berpesta beli buku!
Okeylah... setakat ini dulu.

Tuesday, May 03, 2011
Terima Kasih Daun Keladi
Foto-foto Zul Huzaimy ketika di booth KarnaDya
Salam, semua
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kerana dah beberapa hari saya tak update blog ini. Ha... saya tahu ramai juga yang rajin bertandang di sini. Apa pun, saya ingin ucapkan Alhamdulillah kerana Pesta Buku berjalan dengan baik buat kami di tahun ini. Tidak ada apa-apa perasaan yang janggal, yang ada sekadar 'seronok' kerana terhibur dengan suasana yang wujud di Dewan Tun Razak Tiga. Semua yang ada sangat 'sporting'. Biasalah, booth KarnaDya suka wujudkan suasana 'Pasar Malam'.
Saya ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pengunjung, pembeli dan juga penulis yang menyemarakkan suasana Pesta Buku. Tanpa anda sekelian, tidaklah meriah. Syukran sekali lagi. Secara peribadi, itulah yang saya rasakan. Teramat senang kerana dapat bersama semua pembaca dan penyokong setia saya yang datang dari dekat dan jauh. Dari sekitar Lembah Kelang, dari Perak (orang teman ni), dari Johor, dari Negeri Sembilan, dari Pulau Pinang, dari Kelantan, dari Pahang... Sabah dan Sarawak, malah dari semua negeri di Malaysia dan tentunya dari Singapura. Thank you all. Tanpa anda, tidaklah semangat saya jadi tinggi.
Kepada penulis-penulis yang sempat melepak dengan kami di booth KarnaDya, terima kasih jua. Datang-datanglah lagi ya.
Saya juga berasa seronok dengan sambutan yang diberikan orang ramai kepada produk baru kami, ia itu produk yang berbentuk digital. Ebook dan Interaktif ebook. Ramai yang terpikat dan ramai juga yang ralit membelek produk yang kami sediakan ini. Insya-Allah, bulan Julai ini akan berada di pasaran bagi mereka yang berminat. Ramai juga yang sibuk pergi mencari iPad2 dan katanya jenuh kena tunggu untuk dapatkan produk tablet itu. Semoga rakyat Malaysia akan menjadi canggih dan praktikal. Walaupun kami tidak mengharapkan sesuatu yang 'magikal' namun respons yang kami dapat dari orang ramai sungguh 'positif'.
Saya juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Hero Malaya, Zul Huzaimy yang sangat mesra dan rendah diri, datang untuk bertemu para pembaca dan peminat drama dan novel 'Kau Laksana Bulan' pada petang Sabtu itu. Saya tak sangka yang ramai sungguh minat kat Si Zul tu. Adoi... bertolak-tolaklah pulak. Apa pun, terima kasih ya Abang Zul. Terima kasih daun keladi, esok-esok kami jemput Abang Zul yang macho tu lagi. Hehe... handsome jugak mamat tu.
Okeylah... esok-esok saya sambung. Sekejap lagi, bila saya dapat gambar, saya akan uploadkan kat sini.
Terima kasih semua ya, termasuklah pihak media, Berita Harian, China Press, Bernama dan tidak lupa kepada semua staf KarnaDya, lama dan baru, yang sungguh 'sporting' dan bekerja bersungguh-sungguh. Alhamdulillah dan syukran.
Subscribe to:
Posts (Atom)