Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, May 31, 2013
Bagaimana Harus Aku Lupakan Dia?
Assalam.
Soalan yang sering bermain di minda mereka yang putus cinta atau kecewa. Macam mana nak lupakan seseorang yang dah lama berkawan atau bercinta dengannya?
Kalau tanya saya, saya pun kurang pandai bab-bab macam ni, sebab tak ada pengalaman. Tapi... kenal juga mereka yang pernah mengalami keadaan seperti ini. Memang susah. Susah nak lupakan orang yang pernah berada di hati kita buat masa yang lama. Malah, kalau sekejap pun kadang-kadang mampu mengacau jiwa raga. Maklumlah, kita bercakap tentang perasaan manusia. Kebanyakan kita memang sensitif. Payah nak kawal emosi.
Pun begitu, bagi mereka yang putus dengan cara yang perit dan sakit, mungkin banyak rasa sakit hati kot. Tambah pula kalau ada yang berpisah kerana satu 'penipuan', tak jujur atau tak bertanggungjawab, lagilah perit yang dirasakan. Mungkin rasa sayang dah hilang, tapi rasa meradang payah nak pergi. Setiap kali teringat, setiap kali itulah sakit hati!
Bukan semua perpisahan membawa kepada kenangan manis, banyak yang meninggalkan kesan yang buruk. Ada yang berdendam buat jangka masa yang panjang, hinggakan payah nak cari pengganti.
Apa pun, kalau kita ingat bahawa semua yang berlaku itu merupakan putaran alam dan qada' dan qadar, kita akan menjadi yakin. Setiap musibah pasti ada hikmah. Kita tunggu sahaja masanya dan setiap kesabaran itu ada ganjarannya. Kita perlu yakin, in syaa Allah, kita akan mampu untuk lupakan semua yang tidak enak. Kita akan terus ke depan mengambil langkah-langkah yang tepat. Semua yang terjadi adalah sejarah semata-mata yang tentunya menjadi kenangan kalau tidak pengajaran. Wallahuaklam.
Wassalam.
Thursday, May 30, 2013
Pride And Love TV Al Hijrah
Demir dan Asi dalam drama 'Pride and Love'
Assalamulaikum,
Saya akan bercerita sedikit tentang sebuah drama Turki yang bersiaran di TV Al Hijrah setiap hari, dari Isnin hingga Khamis, jam 1.30 tengah hari. Drama yang berslot 'Pride and Love' ini bernama 'Asi', mengisah gadis bernama Asi, merupakan seorang veterinar dan hidup dalam sebuah keluarga berada. Namun sejak akhir-akhir ini, keluarganya berdepan dengan masalah kewangan dan kerana itu, banyak tanah ladang mereka tergadai.
Muncul seorang lelaki bernama Demir dan keluarganya, dan Demir telah berjaya memegang geran tanah ayah Asi. Rupa-rupanya, cerita ini membawa kita kepada kisah cinta lama, kisah dendam berpanjangan dan kisah pengorbanan Asi untuk pastikan keluarganya tidak terhimpit lagi.
Bagi saya, drama ini tidak berat, namun mempunyai kisah menarik dan mampu mencuri perhatian saya. Latar belakangnya sangat indah, kawasan perladangan di negara Turki dan lakonan pelakon-pelakonnya sangat mantap, bukan sekadar karakter-karakter yang menarik dan cantik. Kalau anda seorang penulis, mungkin elok kalau anda menonton drama ini bagi mendapatkan sesuatu yang 'refreshing'. Bagi pembaca, mungkin juga drama ini akan menyentuh perasaan anda. Saya sangat tersentuh bila kuda kesayangan Asi mati setelah Demir menukarnya dengan salah satu geran tanah ayah Asi.

Wednesday, May 29, 2013
Bila Pernah Berkahwin
Cilok dari yahoo
Asssalamualaikum.
Pagi ini saya mempunyai mood untuk berkongsi cerita tentang mereka (lelaki dan wanita) yang pernah berkahwin tetapi sedang memegang status 'single and available', tak kisahlah sama ada mereka mempunyai anak atau tidak. Kebetulan, saya mempunyai kenalan-kenalan dan beberapa orang yang dekat dengan saya yang memegang status itu. Jadi, secara tak langsung, banyak perkara yang saya tahu dan berkongsi dengan mereka yang memegang status itu.
Tapi hari ini, saya nak kongsi rasa dan pengalaman seorang kenalan lelaki yang berada dalam keadaan itu. Mungkin kita beranggapan, bila lelaki bercerai dan kembali bujang, tentu tak susah untuk mencari pengganti. Mungkin ia benar kalau pada asalnya si lelaki berkenaan sudah bermain kayu tiga semasa dalam perkahwinan yang awal, atau memang jenis tak kisah, boleh berkahwin ikut sesuka hatinya. Namun, ada juga lelaki-lelaki yang sangat sensitif dan kalau boleh, mereka tak mahu mengulangi perkahwinan yang tidak stabil lagi. Kerana itu juga, mereka sangat berjaga-jaga.
Biar saya bercerita tentang pengalaman Eddy (bukan nama sebenarnya). Eddy berkahwin mengikut kehendak familinya. Malah, pilihannya juga sudah ditentukan keluarga. Dia tidak kisah kerana semua ahli keluarga juga begitu, bila berkahwin, pasangan akan dicari oleh kelaurga. Biasanya ia sangat menjadi. Tetapi malang buat Eddy, dia gagal.
Mengikut cerita Eddy, keluarga bekas isterinya terlalu mengongkong hidup mereka dan bekas isteri pula lebih suka mengikut cakap keluarganya. Kerana itulah mereka lebih selesa untuk berpisah sahaja kerana tidak sehaluan.
Tapi malang buat Eddy, dia sukar untuk mencari pengganti. Ramai yang dah 'rekomen' si itu dan si ini, tapi tak ada satu pun yang mampu menambat hatinya. Kata Eddy, "Kak... saya tak tahu kenapa, tapi saya fobia. Saya takut apa yang pernah terjadi akan terjadi lagi sekali." Kata Eddy, dia tak berdaya untuk lembutkan hatinya untuk menerima seorang perempuan untuk dijadikan isteri. "Kak... buat masa sekarang, saya nak belajar lagi. Mungkin bila habis nanti, saya akan fikirkan."
Saya kata kepadanya, "Mungkin belum berjumpa dengan seseorang yang boleh mencairkan hati awak kot." Sebenarnya, sekalipun pernah berkahwin, itu tak bermakna seseoarng itu mudah untuk terima orang lain sebagai teman hidup. Keperitan yang dirasai dulu masih mengganggu minda (menghantui perasaan) mereka yang pernah rasa sesuatu yang tak menjadi. Apa yang boleh kita buat ialah untuk berdoa banyak-banyak, agar suatu hari nanti, Allah temukan kita dengan pasasangan yang baik hati dan budi, yang menyayangi kita seadanya. In syaa Allah.

Tuesday, May 28, 2013
Kasih Seorang Ibu
Assalamualaikum, semua
Ingat tak masa kita kecil dulu? Siapakah yang paling kita sayang? Pasti ibu kita, kan? Saya masih ingat semasa saya budak-budak, saya paling takut untuk meniarap dan mengangkat kaki saya, kerana kata kawan-kawan, kalau buat begitu, nanti ibu kita cepat meninggal dunia. Ketika itu, saya paling takut kalau kehilangan ibu.
Saya ingat lagi, setiap kali ibu saya terpaksa pergi ke mana-mana, saya akan menangis kesedihan. Hiba sangat-sangat sebab tak ada ibu di rumah.
Saya juga masih ingat ketika saya sedang belajar di Universiti Malaya, walaupun ibu saya tak berduit, dia akan kirim apa sahaja yang dia ada agar saya selesa di perantauan. Begitulah kasih seorang ibu, memang tidak ada tolak bandingnya.
Sekarang ini, saya pula dah lama jadi ibu. Sememangnya saya sayang anak-anak. Walaupun mereka dah besar panjang dan dah ada keluarga, kasih tetap sama juga. Bila anak-anak bepergian, saya jadi sedih, walaupun mereka pergi buat seketika sahaja. Bagi saya, mereka tetap 'my baby'.
Semalam, anak kedua saya ke New York, Amerika Syarikat kerana ada urusan 'pesta buku' di negara Barat itu. Walaupun tidaklah lama mana, namun saya rasa sayu, kerana tahu tempatnya jauh sangat-sangat. Namun saya tetap berbesar hati kerana tahu dia sedang lakukan sesuatu yang mengarah kepada 'positif', semoga Allah SWT melindunginya. Itulah kasih seorang ibu. Sekalipun awal pagi, saya tetap ke lapangan terbang untuk menghantarnya. Sekejap lagi, saya ke lapangan terbang lagi untuk hantar Faiz ke Pulau Langkawi pula. Begitulah seorang ibu, ke mana sahaja anaknya pergi, dia tetap berbesar hati.
Jadi... kalau anda seorang anak, janganlah lupa pada ibu dan ayah anda. Ingatlah pada kasih sayang yang dicurahkan mereka. Memang tak tercari lagi. Wallahuaklam.
Di sebelah kiri ialah ibu saya. Yang berselendang biru ialah sepupu saya, Kak Hanim.

Monday, May 27, 2013
Orang Tua-Tua
Assalamualaikum
Saya sudah pun balik ke kampung, alhamdulillah. Tak kisahlah kalau kita dah melihat satu dunia pun, tapi bila kita balik kampung, rasanya sangat berbeza. Inilah yang saya rasakan. Walaupun Sungai Dua tak canggih macam Manhattan, tak cantik macam kota London atau Paris, tak sofistikated macam kota Tokyo atau Seoul, namun Sungai Dua buat saya teruja untuk sampai ke sana.
Itulah tempat saya bermain-main dengan adik-adik dan juga dengan sepupu-sepupu, berlari ke sana sini. Bermain di atas batas bendang (sawah), mengail ikan sepat dan bergelumang di dalam bendang. Semuanya best sangat-sangat dan bila dah lama tak balik, jantung berdegup kencang untuk melihat kampung nenek saya. Itulah tempat ibu saya dilahirkan. Saya pernah bermian-main di kawasan masjid dan kuburannya di bulan Ramadhan. Teringat semasa pak cik (yang saya panggil ami) saya membawa saya ke Tanjung (Pulau) untuk pergi shopping. Ami Jufri saya dah pun meninggal dunia. Saya pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Ami Jufri yang bernama Syed Fikri.
Bagi saya, yang seronok melihat kita balik kampung ialah orang tua-tua. Ada yang bersaudara dengan ibu saya, ada yang bersaudara dengan sepupu-sepupu saya (melalui perkahwinan). Ibu mertua Ami Jufri saya masih ada dan berusia 80 tahun, masih sihat dan bertenaga, alhamdulillah. Itulah yang buat kita rasa seronok, kerana mereka berbesar hati bila kita datang untuk bersama mereka semua. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dunia dan akhirat.

Friday, May 24, 2013
Jom Balik Kampung!
Cilok dari yahoo - Sungai Dua
Assalam.
Tentunya ramai yang bercuti. Ada yang balik kampung, ada yang makan angin dan macam-macam lagi. Maklumlah, cuti panjang, kan? Tapi kalau tak ada duit, mesti tak boleh bergerak jauh, kan? Okeylah... hari ini mula cuti sekolah. Kebetulan juga, hari ini hari cuti umum. Hari ini, saya tak rancang ke mana-mana, mungkin nak relaks. Esok, selepas hadir majlis perkahwinan anak jiran rumah lama (yang dibuat di Serdang), kami akan ke Seberang Perai. Kebetulan, sepupu saya (anak pak cik saya yang dah meninggal dunia) akan berkahwin. Jadi kami nak meraikannya. Lagipun, memang dah lama sangat tak balik kampung (kampung tok lah ni) di Sungai Dua. Biasalah, kalau ke sana, dapatlah tengok bendang, dapatlah makan pulut udang (pulut panggang), dapatlah makan mi udang... asyik makan lah kita...
Bagi yang tak ke mana-mana tu, relaks kanlah minda anda. Bersantai-santailah...
Wassalam.
Thursday, May 23, 2013
Cakap Tak Serupa Bikin
cilok dari yahoo
Assalam
Pernah tak dengar ungkapan 'Cakap tak serupa bikin' ni? Mesti ada, kan? Tambah semasa sibuk dengan kempen politik, memang banyak sangat yang bunyi macam tu. Tapi... biarkanlah ahli politik, biasanya semua pun sama, cakap tak serupa bikin. Sebabnya, cakap memang senang, nak buat tu lah yang jadi payah. Masa bercakap atau masa berkempen, semua pun bagus... hehe.
Tapi dalam kehidupan kita seharian pun, ramai yang macam tu. Bila bercakap, semuanya okey belaka. Kalau kita dengar, turut sama jadi berkobar-kobar. Bersemangatlah. Tahu-tahu, janji tak ditepati... lain cakap, lain pulak jadinya. Dengan kawan, mungkin dengan jiran, dengan sanak saudara dan teman sekerja. Ada-ada sahaja. Kata orang, masa bercakap tu, semuanya sedap belaka.
Kata-kata orang, kita boleh dengar atau lihat (sekarang ni zaman visual), tapi hati orang kita tetap tak tahu. Masa baik, masa suka, cakap bunyi macam turun dari kayangan. Tapi bila tak suka atau dah muak, perbuatan dah macam ahli neraka! Nauzubillah. Begitulah kita manusia... sentiasa buat kesalahan. Cepat-cepat buat solat taubat, agar Tuhan ampunkan perbuatan kita tu.
Tapi janji... mana boleh lupa pada janji, kan? Berdosa kalau tak tepati janji. Apa sahaja yang kita janji, kenalah tunaikannya, kecuali kalau janji kita itu bercanggah dengan hukum agama.
Kalau kita pinjam duit orang, kita mestilah bayar, kalau tak ada duit, kita bagi tahu pada si tukang pinjam. Minta maaf dan mungkin tunda tempoh untuk bayar balik. Janganlah buat macam tak tahu aje, seolah-olah kita tak pernah pinjam apa-apa. Tahu-tahu kita mula bercakap macam ustaz atau ustazah, macam kita ni baik sangat, dah diberi kunci untuk jaga pintu syurga. Pada hal, janji yang kita buat tu, kita belum tunaikan pun. Duit yang kita pinjam, kita buat-buat lupa pulak! Nauzubillah.
Bila kita bercakap, pastikan kita buat. Jangan cakap kosong. Siapa nak percaya pada kita lagi?
Semoga kita sama-sama jaga pada janji-janji kita. Biar kita buat apa yang kita cakap. Wallahuaklam.
Wassalam.
Wednesday, May 22, 2013
Kelainan Pada Watak Hero
Assalamualaikum...
Pagi ini memang saya ada mood untuk bercerita tentang watak hero. Semestinya watak hero dalam novel. Terus terang saya katakan, saya memang payah nak buat perwatakan hero yang mempunyai ciri-ciri negatif. Hero saya biasanya sangat budiman, baik hati, prihatin dan lembut dengan wanita. Ini adalah kerana pengalaman saya memang begitu. Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati, mungkin jauh lagi baik daripada saya sendiri (memang diakui itu) dan kerana itulah saya memang susah nak buat hero yang macam lain... hehe...
Sengaja saya bawa kelainan dalam perwatakan hero Beautiful Asmara (novel saya yang terbaru), malah ceritanya juga mempunyai kelainan. Heronya lain sebabkan pengalamannya yang berbeza. Bukankah kita semua begitu? Bagaimana kita dibesarkan, itulah cara kita bila kita dah besar nanti. Namun manusia boleh berubah. Tapi kalau karakter yang melampau negatif (macam merogol, suka seks, kuat minum atau berjudi), kadang-kadang dalam dunia realiti memang sukar untuk berubah. Kalau berubah pun, mungkin bila dah tua sangat-sangat, atau sesuatu yang dahsyat menimpanya. Kerana itu, saya tak akan buat hero yang melampau negatif pada karakternya. Lagipun, kan hero? Hero mestilah melambangkan lagak 'wira' nya.
Kata seorang teman, 'wira' bagi masyarakat Melayu ada tiga jenis. Satu, yang ala-ala wira 'kesultanan' atau 'raja-raja', yang melambangkan kekuatan semangat dan macho. Satu lagi, ialah yang jenis berdendam dan marah-marah. Yang akhir sekali ialah jenis suka buat lawak, macam 'Pak Pandir' kot. Mungkin yang hebat, yang campur-campur kot.
Apa pun, terima kasih kepada pembaca yang suka membaca 'Beautiful Asmara'. Saya sedang cuba bawa lagi satu kelainan untuk novel yang akan datang ini.
Wassalam.
Ada macam hero tak?

Tuesday, May 21, 2013
Membaca dan Menulis
Assalam semua
Dulu-dulu, masa saya kecil, memang bukan macam sekarang bila kita bercakap tentang buku. Saya payah nak jumpa buku cerita. Tapi bila ada sahaja, mesti saya akan baca. Bukan sekali tapi berkali-kali, sampai hafal. Bila besar sikit, memang tak ada duit nak beli buku macam orang sekarang, tapi beli juga. Biasanya beli buku terpakai dan lepas tu bertukar-tukar dengan kawan. Biasanya juga, saya akan simpan buku-buku saya dan lepas itu akan saya ulang baca. Selepas 17 tahun, saya banyak membaca buku-buku berat, tak kiralah novel atau buku-buku lain. Saya juga suka baca buku-buku motivasi, buku-buku pengurusan, hal ehwal manusia dan haiwan dan macam-macam lagi. Hidup saya kosong kalau tak ada buku.
Ketika saya berada di UK (kali pertama kerana ikut suami), hidup saya bertambah rancak kerana ada banyak buku. Di sana, banyak buku yang terjual secara terpakai. Mudah untuk saya. Saya jadi betul-betul 'gila' membaca, termasuk buku agama dalam bahasa Inggeris. Betapa nikmatnya hidup sebab dapat membaca. Saya tak berapa kisah dengan TV dan memang jarang-jarang tengok wayang. Sepanjang hidup, memang begitulah saya. Jauh lagi banyak membaca kalau dibandingkan dengan benda-benda lain. Saya kurang memasak, lebih banyak sibuk dengan pokok-pokok bunga. Tak suka menjahit (langsung tak suka dan tak reti), kurang suka mengemas.
Saya sentiasa berdoa agar Tuhan izinkan saya untuk terus membaca dan menulis. Amin.
Wassalam.
Monday, May 20, 2013
Jadilah Tangan Yang Memberi
Assalam semua.
Kadang-kadang dalam hidup kita ini, akan ada yang datang kepada kita meminta bantuan, terutama dalam segi wang ringgit. Biasanya, bagi mereka yang mempunyai perasaan, mereka akan berasa malu untuk meminta bantuan wang ringgit, namun dalam keadaan yang mendesak, terpaksa sahaja tolak tepi rasa malu itu. Kalau kita pernah melalui detik kesusahan seperti itu, mungkin kita tahu apa rasanya untuk tebalkan muka dan minta bantuan.
'Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta.' Kalau boleh, semua orang hendak memberi bukan meminta. Namun demikian, kadang-kadang kita tersepit dan cara untuk menyelesaikannya ialah untuk meminta, mungkin sekadar meminjam.
Dalam pada itu, ada juga yang mampu tetapi begitu berat dan terlalu berkira-kira untuk membantu mereka yang memerlukan. Mungkin suatu masa dahulu dia juga pernah merasakan keperitan hidup dan tiada yang mahu membantu, jadi mungkin dia tidak merasakan perlu untuk membantu mereka yang tersepit itu!
Kalaulah kita tahu betapa mulianya mereka yang sedia membantu orang yang memerlukan itu, mungkin kita tak mahu berkira-kira lagi. Yang pasti, lakukanlah kerana Allah SWT, sekalipun mungkin yang meminta bantuan itu bukan Muslim. In syaa Allah, kalau kita lakukan kerana Tuhan, besar pula nikmatnya. Wallahuaklam.
Wassalam
Sunday, May 19, 2013
Bila Badan Rasa Tak Sihat
Assalamualaikum.
Macam yang saya katakan sebelum ini, sekarang ini bukan cuti sekolah, tapi tiap-tiap hujung minggu pasti ada jemputan kahwin. Alhamdulillah, semalam saya sempat hadir majlis perkahwinan anak-anak sepupu saya yang berlangsung di Putrajaya (dua pasang pengantin). Seperti yang saya katakan, biasanya, yang seronok tentang majlis kahwin ni kerana kita dapat berjumpa dengan sanak saudara yang datang dari dekat dan jauh.
Selepas pulang dari majlis itu, saya rasa pening kepala teramat sangat. Jadi takutlah pulak. Mula-mula tu taklah panik sangat, saya makan aje panadol, tapi tak lut! Pergi klinik (tempat yang saya biasa pergi), doktor pulak dah balik rehat. Pergi klinik satu lagi, macam itu juga. Lepas Maghrib, ikut anak-anak pergi makan-makan di luar, tapi sakit kepala tak hilang juga. Leher saya juga sangat sakit. Akhirnya pergi ke klinik lagi. Doktor kata tekanan darah saya okey. Yang masalah ialah leher saya. Stiff neck. Urat-urat bengkak. Agaknya lama berada di dalam kereta dan lama pula duduk di depan komputer. Saya sering rasa begini. Bukan leher sahaja, tetapi bahu saya, sering sakit-sakit dan bengkak kerana urat saraf penat agaknya. Apa pun, bila dah makan ubat, dah rasa lega sikit. Pagi ini, boleh duduk di depan komputer semula!
Adoi... rasa macam tak sanggup kalau tak dapat menulis. Takut lagi pening kepalaku. In sya Allah, biarlah saya berasa lega. Hari ini, saya cadang nak pergi kemas rumah kawan yang berada di sebelah rumah saya. Petang nanti, mungkin nak pergi berjumpa dengan kawan (kawan lain) di KL.
Okeylah... semoga anda sekelian bersenang-senang dan berehat-rehat di hujung minggu.
Wassalam.
Gambar saya bersama adik, adik ipar dan sepupu-sepupu di majlis perkahwinan anak adik saya. Tema Arab.

Friday, May 17, 2013
Kita Yang Masih Tinggal
Assalamualaikum.
Kata orang putih, life goes on. Selagi masih bernafas, selagi ada nyawa, kita kena teruskan kehidupan ini tak kiralah apa yang pernah terjadi. Namun, sebagai insan di dunia fana, segala kejadian yang menjadi lanskap kehidupan itu tentu sekali meninggal kesan dan setiap kesan pasti ada kenangan dan pengajaran. Kita menimba ilmu melalui detik-detik pengalaman yang kita lalui. Kalau kita bijak menilainya, maka kita akan terus mengumpul ilmu walaupun sekecil kuman. Walahuaklam.
Bila seseorang itu pergi jauh dari kehidupan kita, pasti ada yang kita kenangankan, in syaa Allah semua yang baik-baik belaka.
Namun dalam kehidupan, mereka yang ditinggalkan, pasti juga ada perancangan. Janganlah kita biarkan hidup kita diteruskan dengan penuh kekosongan, jangan terlalu pentingkan hal duniawi hinggakan terlupa soal akhirat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita sudah sangka sebagai 'sempurna' sedangkan ia adalah pembohongan belaka. Janganlah kita menipu diri dengan berasa sangat kagum dengan apa yang datang. Jangan juga kita anggap kita terlalu baik hinggakan semua yang lain itu tidak baik. Jangan kita jadi lalat pula, hanya suka pada yang busuk, yang wangi kita tolak tepi.
In syaa Allah, selagi kita dahulukan iman terhadap Allah SWT, selagi itu mungkin kita tidak sesat perjalanan. Belajar untuk redha, belajar juga untuk sabar. Yakin kepada-Nya. Tidak angkuh, tidak berasa hebat. Tidak sombong pada insan yang lain, lebih-lebih lagi pada Tuhan yang maha satu. Paling penting belajar untuk ikhlas taat kepada Allah, semoga segala rezeki yang diberikan itu adalah rezeki yang halal, biar perjalanan hidup kita ini dirahmati dan diberkati, menuju ke pintu syurga. Amin.
Thursday, May 16, 2013
Perginya Kak Ida
Assalamualaikum
Sebaik sahaja sang mentari menghilangkan diri petang kelmarin, saya mendapat berita yang mengejutkan daripada anak saudara yang berada di Kuala Lumpur. Dalam tangisan, dia menyampiakan berita sedih kepada saya, "Umi Wan Pah dah tak ada lagi..."
Kami semua memanggilnya sebagai Wan Pah (nama manja), nama sebenarnya ialah Sharifah Noha Faezah. Dia yang menyampaikan berita tentang kematian ibunya, Sharifah Nahida, iaitu kakak kepada suami saya. Saya dan ibunya, yang saya panggil Kak Ida, sangat rapat. Sejak saya berkahwin dengan suami, dialah yang paling rapat dengan saya. Segala cerita, susah dan senang, kami selalu berkongsi sama. Malah, kalau saya turun ke Johor Bahru, ke rumahnya merupakan stesen yang mesti saya singgah.
Bila mendapat berita mengejut bahawa Kak Ida sudah tiada, saya jadi binggung sebentar. Kak Ida tidak dikatakan sakit, namun ajalnya sudah tiba. Inilah dikatakan kuasa Allah SWT, yang sihat juga boleh diambil pergi, sedangkan yang sakit tenat disihatkan pula. Subhanallah.
Kami terus bergegas turun ke Johor Bahru dan tiba di sana sekitar tengah malam. Semua yang hadir merupakan semua yang masih sukar menerima kehilangannya. Namun sebagai insan yang menumpang dunia fana ini, kita wajib terima dan redha dengan segala apa yang diatur Tuhan Maha Esa. Ini adalah hak-Nya. Kita hanya mampu untuk berdoa dan sedekahkan apa sahaja ayat-ayat Allah SWT, semoga rohnya dirahmati dan diberkati, semoga dia terus tenang di alam barzakh. Amin.
Pun begitu, sebagai insan, saya mempunyai perasaan dan saya tidak malu mengatakan bahawa saya teramat sedih dengan pemergiannya. Kak Ida sentiasa berkata baik-baik dengan saya, sentiasa memberi semangat kepada saya, dan saya tahu yang dia sentiasa sayang saya. Bila saya datang ke rumahnya, ada-ada sahaja yang dia siapkan untuk saya. Masak itu dan ini. Dia juga pandai menjahit dan rajin menjahitkan baju untuk saya. Kini, semuanya menjadi kenangan manis buat saya. In syaa Allah, saya akan terus menyimpan kasih sayang ini dalam setiap doa saya untuknya. Hanya Tuhan yang tahu apa yang saya rasakan. Semoga Tuhan juga menjaga hati saya agar segala rindu nanti akan terubat, setiap kali kami berkumpul dan bertemu sesama famili. In syaa Allah. Semoga Allah SWT melindungi kita semua, selamat dunia dan akhirat.
Al Fatihah buat roh Sharifah Nahida Syed Junid.
PS: Selamat Hari Guru kepada semua pembaca dan teman-teman yang merupakan guru, cikgu, ustaz dan ustazah. Semoga Allah merahmati anda semua.

Tuesday, May 14, 2013
Internet Itu Baik Atau Tidak?
Assalam.
Saya ni bukanlah orang yang baik sangat, tapi kalau boleh, tak naklah jadi orang yang jahat dan busuk hati. Kalau boleh, nak kawan dengan semua orang, tapi malangnya, kadang-kadang seperti yang pernah saya katakan, tak semua orang boleh kita jadikan kawan. Ada ketika, kita kena berjaga-jaga bila berkawan, kerana kawan yang kita sangka kawan, sebenarnya adalah lawan!
Pun begitu hidup perlu diteruskan. Setiap kali kita mahu bersikap buruk, mungkin elok kalau kita fikirkan tentang dunia yang hanya ada buat sementara sahaja buat kita. Akhirnya nanti, kita akan bertemu Dia. Tentu kita mahu membawa bekal yang cukup, bukan kurang bekal atau tak ada bekal apa-apa. Sebab itulah kita kena sentiasa berjaga-jaga agar kita tidak membawa diri mengarah ke neraka jahanam.
Hari ini, terlalu ramai yang suka menimba ilmu melalui Internet, hinggakan hidupnya hanya berdepan dengan komputer sahaja (tak kiralah gajet yang macam mana). Masalahnya, banyak juga perkara di Internet itu sekadar ilmu kosong, yang tidak ada kebenarannya. Kalau kita terlalu bergantung pada Internet tanpa mahu merujuk di tempat lain, takut satu hari nanti tamadun kita akan musnah dan manusia akan berubah jadi jahil. Segala apa sahaja yang terbit di Internet, kita akui kebenarannya sedangkan kita tidak pasti kesahihannya. Menimba ilmu melalui buku (termasuk buku digital atau e-book) ada bezanya, kerana setiap buku itu ada penulisnya. Bukan sekadar sesuatu yang ditulis oleh siapa sahaja yang mungkin tak bernama.
Oleh kerana itu, kita sebagai manusia kena sentiasa berjaga-jaga. Walaupun kewujudan Internet membawa pelbagai kemudahan untuk kita, namun Internet juga mampu untuk punahkan tamadun kita kalau kita tidak berwaspada dan berjaga-jaga! Wallahuaklam.
PS: Sekadar nak tunjuk gambar anak dan cucu-cucu saya semasa majlis perkahwinan anak saudara saya baru-baru ini.

Monday, May 13, 2013
Fantasia Bulan Madu
Mesti ada yang teringin nak pergi tempat macam ni, kan?
Assalamualaikum...
Musim orang kahwin-kahwin. Ada musim ke? Rasanya sekarang ini, tak tunggu cuti sekolah lagi, tiap-tiap hujung minggu, ada sahaja yang nak kahwin. Betul tak? Bagi saya, bulan April, Mei dan in syaa Allah Jun ini, hampir setiap hujung minggu ada sahaja kaum kerabat, jiran tetangga dan anak-anak teman yang akan berkahwin. Alhamdulillah, semoga berkembang lagi generasi kita di bumi ini.
Hari ini, jom kita bercerita lagi tentang destinasi bulan madu. Dulu, saya pernah tulis di blog ini, tapi apa salahnya kita bercerita lagi kerana saya percaya, ramai yang suka baca entri yang macam ini, terutama bagi mereka yang sedang rancang untuk berkahwin.
Tiga perkahwinan yang baru berlangsung pada hujung April dan bulan Mei setakat ini, membawa pengantin-pengantinnya ke tiga destinasi menarik. Satu ke Pulau Mauritius, satu ke Los Angeles dan satu lagi... deng deng deng... ke Kathmandu, Nepal. Mungkin ada di antara anda yang tak berapa familiar dengan tempat yang saya sebutkan ini (Kathmandu). Sebenarnya tempat ini terletka di kawasan kaki Gunung Everest. Pastinya sangat unik, istimewa dan romantik! Memang jarang benar saya dengar orang ke sana untuk berbulan madu. Saya pernah teringin untuk ke sana (masih teringin lagi) tapi belum tercapai cita-citanya. Tak apa... bersabar dulu. Apa pun, mungkin itulah yang anda boleh fikirkan bila bualkan tentang destinasi berbulan madu. Agak-agaknya di mana akan meninggalkan kenangan yang termanis. Kawan saya pernah ke Kathmandu, katanya tempat itu memang fantastic!
Apa pun, seorang lagi yang juga baru berkahwin, telah memilih Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu. Bagi saya, pulau-pulau seperti itu, pasti menarik dan romantik. Kalau saya merupakan pasangan yang baru kahwin, saya akan pilih pulau atau tempat yang tinggi dan sejuk... hehe... romantik maa...
Kalau anda teringin untuk berbulan madu di luar negara, tetapi bajet tak tinggi sangat, bagi saya okey sahaja kalau anda pilih tempat-tempat di Indonesia atau Thailand. Misalnya Pulau Lombok, Pulau Bali, Phuket. Tapi bagi saya, mana-mana pulau di Malaysia akan menjadi tempat yang romantik. Kita ada Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, Pulau Rawa... dan macam-macam lagi pulau yang sangat menarik. Mungkin anda patut pilih Kota Kinabalu. Anda akan merasa ke Gunung atau juga ke pulau-pulau yang berdekatan. Sangat romantik!
Okeylah... kalau ada yang nak kahwin tu, pilih-pilihlah tempat yang menarik untuk anda pergi berbulan madu.
Wassalam.
PS: Gambar majlis perkahwinan anak saudara saya Amsyar Emir dan pasangannya Fareeza, yang diadakan dengan tema Arab. Maklumlah... darah Arab mengalir dalam tubuh badan kami... hehe

Friday, May 10, 2013
Orang Pakai Bazuka, Kita Pakai Parang Panjang
Inilah bazuka
Assalam semua
Hari ini, saya akan sibuk sedikit, kerana kawan lama a.k.a. kawan baik saya akan datang ke rumah dan saya janji untuk melepak-lepak dengannya di kawasan Nilai ni. Hujung minggu (esok malam), saya akan kesibukan untuk hadir sama majlis perkahwinan anak saudara saya yang kebetulan juga lahir pada hari yang sama dengan anak perempuan saya. Anak saya dan anak saudara itu macam kembar, tapi lain emak dan ayahnya. Dah kahwin pun dia... alhamdulillah.
Esok, sepupu saya akan tiba dari Bandung untuk hadir sama majlis perkahwinan ini. Harap-harap best sebab kami akan bertemu dengan saudara mara yang ada yang datang dari jauh, in syaa Allah. Saya harap tak ada siapa-siapa yang nak bercakap tentang politik dalam majlis seperti ini, in syaa Allah.
Betul tak saya cakap, kadang-kadang kita rasa bosan dan jemu melihat pelbagai 'perkelahian' di antara penyokong-penyokong parti dalam Facebook? Yang menghairankan, ada yang buat bising tu sebenarnya tak pergi pangkah pun! Saya tak kisahlah anda nak sokong siapa, tapi biarlah kita sama-sama ingat, adalah jauh lagi baik kalau kita tidak main 'share' segala apa tuduhan, unsur-unsur fitnah, segala macam tekaan dan jangkaan, segala macam kisah benar dan tak benar, yang kita sendiri tidak tahu pun sahih atau pun tidak. Ini adalah kerana, sebagai insan Tuhan, kita akan sama-sama tanggung dosa kalau apa yang kita tolong edarkan sama, beria-ia membacanya, tolong tambah-tambah tuduh lagi, sebenarnya tidak benar. Tak payahlah kita sibuk kutip dosa hanya kerana kita seronok nak buat macam orang lain juga.
Insan yang bertakwa tak perlu jadi mana-mana penyokong parti politik. Sekadar menjalankan tanggungjawab sudah cukup. Apa sekali yang kita mahu lakukan, kita wajib ingat pada Allah SWT kerana Tuhan tidah merahmati kita kerana kita berada di 'parti' tertentu. Kadang-kadang, kerana kita terlalu leka dan ralit, kita terlupa yang kita sedang lakukan kesalahan kerana sama naik dengan orang lain yang suka berkelahi di Facebook. Ada kenalan yang 'unfriend' kenalan lain dalam Facebook kerana berperang parti. Ada yang hilang kawan kerana bergaduh tentang parti. Ada yang menjauhkan diri daripada kawan kerana kini dah jadi lawan. Astaghfirullah...
Tak ada untung apa-apa pun kalau kita sekadar meluahkan emosi tak tentu pasal. Kalau nak berperang, pergilah masuk ke dalam forom-forum politik yang disediakan, tetapi pastikan kita cukup bijak untuk 'berkelahi', jangan pula kita akan kelihatan seperti 'orang bodoh' yang akan ditembak hidup-hidup!
Dalam peperangan, kadang-kadang kita tak perlu biarkan diri mati membabi buta. Semuanya kena ada strategi. Kalau musuh pakai bazuka, takkanlah kita nak datang dengan parang panjang? Itulah yang dinamakan strategi. Kalau kita perlu berundur dulu, biar kita berundur sekadar untuk menyiapkan diri dan datang lagi dengan serangan yang seimbang dengan musuh kita itu. Harap-harap anda faham apa yang saya maksudkan.

Thursday, May 09, 2013
Jom Muhasabah Diri!
Renung-renungkanlah...
Assalamualaikum...
Saya sedang menulis semula setelah menjauhkan diri untuk memberi laluan 'Pesta Buku' yang baru sahaja berlalu. Ketika di lokasi Pesta Buku... ada beberapa orang produser TV yang datang dekat untuk bincangkan novel-novel yang boleh diadaptasikan untuk dijadikan drama TV. Buat masa ini, saya mahu tumpukan perhatian pada penulisan manuskrip novel saya yang sedang berada di skrin komputer, juga projek lain yang sedang saya beri perhatian. Kalau diikutkan, semua novel-novel saya sesuai untuk dijadikan drama berepisod kerana semua novel-novel itu mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Tapi bagi saya, kadang-kadang kita tak perlu gelojoh. Saya tidak suka orang lain menulis skrip untuk novel-novel saya kerana bagi saya, novel-novel saya adalah karya saya dan saya sayang pada karya-karya saya.
Tak kisahlah kalau ada di luar sana yang memandang rendah pada orang macam saya yang menulis 'novel cinta'. Bagi saya, novel-novel berunsur keluarga dan kasih sayang merupakan sebahagian daripada khazanah karya saya kerana saya juga melibatkan diri dalam penulisan genre yang lain. Bagi saya juga, ilmu itu boleh disebarkan melalui pelbagai cara. Begitu juga dakwah, tidak dengan satu cara sahaja. Wallahuaklam. Yang penting, kita pasang niat dan kita cuba sedaya upaya. Kalau kita menulis kerana 'wang', mungkin niat kita akan terlari dari landasan yang betul. Kalau kita menulis kerana mahu jadi popular, mungkin juga kita akan jadi marah kalau kita tak sepopular orang lain. Saya tak perlu beri alasan apa-apa, kerana memang dari kecil lagi saya suka membaca dan menulis.
Seperti yang saya sedang maklumkan di saluran Facebook, buku 'No Room For Doubt' karya Abdullah Aymaz sedang menarik perhatian saya. Sambil menulis, saya juga membaca. Jiwa kita sentiasa dahagakan ilmu, sekalipun mungkin ada yang mengaku 'bijak', tak mungkin segala-galanya kita tahu.
Kadang-kadang kita rasa kita pandai, tetapi kepandaian yang kita ada mungkin tak mampu untuk memahami perkara-perkara yang berlaku dicelah kata-kata yang terbentang. Tidak semua yang datang kepada kita datang dengan jelas dan terang. Banyak yang perlu kita fahami 'between the lines'. Apa pun, sebagai orang Islam yang menumpang dunia fana ini, elok kalau kita sentiasa muhasabah diri. Pastinya kita semua mempunyai kekurangan, kerana yang sempurna itu adalah hak DIA. Subhanallah.

Wednesday, May 08, 2013
Ke Lokasi Drama
Assalam
Semalam petang, saya sempat ke Ulu Langat buat seketika untuk bertemu dengan krew dan pelakon drama 'Selamat Malam Kekasih'. Biasanya saya tidak pernah ke lokasi. Tapi produser yang beria-ia mahu saya ke sana. Jadi, bertemulah saya dengan pelakon Aidil Aziz yang melakonkan watak 'Misyal' dalam drama berkenaan. Mamat itu memang friendly. Dia merupakan seorang pelakon baru yang saya percaya mempunyai potensi besar sebagai pelakon. Aidil telah buktikan kepada saya yang beliau sedang menghayati watak 'Misyal'. Kebetulan, mamat ini juga pandai mengaji. Ketika saya berada di lokasi, mereka sedang melakonkan scene 'Misyal mengajar kanak-kanak kecil mengaji al-Quran'. Setakat ini, saya berpuas hati kerana bagi saya, Aidil dapat membawa watak 'Misyal' untuk saya. Dia sempoi, mempunyai rupa tipikal Melayu dan sangat lucu orangnya. In syaa Allah, saya akan luangkan masa untuk ke lokasi lagi bila Fathiah (yang memainkan watak Maya Karmilla) ada.
Wassalam.
Saya dan UM atau Ustaz Misyal... hehe.
Rumah Mak ayah Misyal
Sedang bersedia untuk penggambaran
Pengarah sedang buat kerja di bawah rumah.
Sekitar rumah ibu bapa Misyal
Rumah ibu bapa Misyal

Tuesday, May 07, 2013
Jom Kita Jadi Positif!
Assalam.
Dua hari saya berehat, alhamdulillah. Dalam masa itulah, kami berkumpul dan berbual-bual tentang masa depan negara dan juga bangsa Melayu. Kami berharap sangat, agar orang Melayu mahu berusaha untuk berubah. Kita hanya boleh berubah dengan berusaha kuat, bukan sekadar mencari ilmu dan pendidikan, tetapi juga untuk menghayati dan menjiwai agama kita yang mulia ini. Kita berdoa, tidak jauhkan diri daripada Tuhan, tetapi jauhkan diri daripada kejahatan termasuk perbuatan keji seperti rasuah, fitnah, bergosip dan cuba jatuhkan bangsa dan agama sendiri.
Kalau kita amalkan ajaran agama Islam, tidaklah kita tersungkur dengan perbuatan yang jelek dan itu tidak bermakna kita perlu taksub membabi buta dengan segala apa yang kita fikir seperti 'ilmu agama'. Kita tak perlu taksub dengan mana-mana karakter yang kita fikirkan sebagai alim, kerana tidak ada sesiapa pun yang sama tarafnya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita harus buka fikiran dan jangan suka ikut-ikutan kerana kalau kita gagal untuk berfikiran bijak, maka akan ada yang ambil kesempatan!
Biarlah bangsa kita berubah dan berlaku bijak. Kalau orang lain aturkan strategi, jangan kita pula terperangkap sama. Fikirlah untuk masa depan, untuk anak cucu kita. Jom kita ramai-ramai tolak budaya 'rasuah'. Jangan ambil rasuah dan jangan beri rasuah. Jangan berkawan dan dekat dengan mereka yang suka beri rasuah!
Kita juga perlu ingat, musuh besar agama Islam ialah pihak zionis. Dengan itu, berjaga-jagalah kerana pihak ini akan rapatkan diri dengan kita dan akan meracuni fikiran kita dengan pelbagai helah. Nauzubillah.
Orang Melayu boleh berjaya kalau berusaha dalam semua bidang terutama ekonomi. Orang Melayu wajib adakan network, bukan hidup bercakaran dan bermusuhan kerana kelakuan itu akan menguntungkan orang lain. Orang Melayu wajib berubah untuk jadi manusia yang bijak dan luas fikiran, bukan macam katak di bawah tempurung, main ikut sahaja cakap orang lain!
Jom, kita fikir-fikirkan dan ambil tindakan untuk lakukan sesuatu yang lebih positif!

Sunday, May 05, 2013
Selesai Sudah
Assalamualaikum.
Saya masih belum pergi mengundi. Lepas zohor, in syaa Allah kami akan pergi. Malam tadi, kami pulang lewat malam dari PWTC kerana semalam merupakan hari terakhir Pesta Buku. Sampai jam sepuluh pun, KarnaDya masih menjual novel2. Ketika itu, saya sudah pun ke Mandarin Oriental Hotel kerana meraikan teman kami, Sheikh Abdullah Bughshan yang datang dari Saudi dan Yemen. Ada program Samrah dengan pelajar-pelajar Yemen yang ditaja Sheikh Abdullah Bughshan (sangat relevan bagi mereka yang membaca novel saya, Matahariku).
Semalam juga, saya sempat bertemu dengan 'Ustaz Don'. Kebetulan saya sangat minat dengan cara dia berdakwah, sangat santai tetapi tidak merapu. Saya memang pantang kalau orang berdakwah cara 'merapu' kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak merapu dan menyayah ketika berdakwah. Alhamdulillah, Ustaz Don juga kenalkan saya dengan isterinya Husna, yang kebetulan baru tiba dari Mesir. Ustaz Don sangat 'humble' dan friendly.
Akhir sekali, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca saya yang berusaha datang dari dekat dan jauh untuk berjumpa dengan saya, Mimie Afinie, dan penulis2 lain dari KarnaDya. Syukur alhamdulillah, Tuhan izinkan kita untuk berjumpa. Semoga Allah SWT berikan saya kesihatan dan umur untuk terus menulis dan berkarya dan semoga ikatan silaturahim saya dan pembaca semua kekal sampai akhir hayat. Terima kasih juga kepada mereka yang membawa itu dan ini untuk kami semua, hanya Tuhan sahaja yang membalas hati budi yang ikhlas dan murni. Bagi saya, setiap tahun, agenda Pesta Buku sangat bermakna kerana itulah detik dan masa saya dapat berinteraksi dengan pembaca, penulis dan mereka yang terlibat dengan bidang penulisan ini. Semoga kita bertemu lagi... jangan lupa, saya sentiasa sayang kamu semua!
Wassalam.
Bersembang dengan Ustaz Don dan Husna, isteri Ustaz Don
Bergambar dengan Ustaz Don, Husna dan Khairul (org kuat KD) di Bilik Kedah
Bergambar dengan Azizah Mahmod, pembaca yang saya sayang...

Thursday, May 02, 2013
Pesta Buku Sampai Hari Sabtu
Assalam semua.
Untuk makluman anda semua, Pesta Buku tahun ini akan tamat pada hari Sabtu, bukan pada hari Ahad seperti biasanya untuk beri laluan PRU 13. Jadi, anda yang masih belum pergi ke Pesta Buku, hanya tinggal dua hari sahaja. Jom pergi dan jangan lupa ke booth KarnaDya!
Wassalam.
Cilok dari Facebook Farra Amiera dan Hasif Hamshari

Wednesday, May 01, 2013
Terima Kasih Pada Semua!
Dengan pembaca-pembaca yang saya sayang
Assalam.
Terima kasih pada semua yang datang ke booth KarnaDya dan minta maaf pada pembaca yang saya tak sempat nak layan. Hari ini agak sibuk terutama di sebelah pagi. Apa pun, alhamdulillah...
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)