Assalam
Bila saya berjalan, itulah yang saya lakukan. Saya cuba kutip ilmu sebaik mungkin. Kalau tak buat begitu, maka tak berbaloilah duit yang dilaborkan. Kalau berjalan sekadar pergi bershopping sahaja, baiklah duduk di Malaysia, boleh pergi ke Pavilion dan shopping banyak-banyak!
Baiklah, saya nak sambung cerita di Morocco.
Sebaik sahaja kami tiba di kawasan gurun, kami semua bertambah teruja. Dulu, saya sudah pun ke kawasan gurun. Di Iran sudah, di Yemen sudah, di Saudi sudah, di California sudah dan di United Emirates pun sudah. Namun kali ini, perasaannya sangat berbeza. Gurun yang ini memang unik dan sangat terkenal. Gurun Sahara... siapa yang tak pernah dengar? kecuali mereka yang tak tahu apa-apa, memang tak pernahlah dengar nama gurun itu.
Cantik dan menakjubkan. Perjalanannya sangat menarik kerana gurun ini banyak pohon kaktus pelbagai specie. Lepas tu, bila sampai kawasan dunes dan melihat dan merasai pasir halus berona menarik, adoi mak... cantik sungguh. Cuaca masih dingin. Beberapa ekor unta sudah bersedia menunggu kami. Saya berkobar-kobar, memang sebelum ini tak pernah pun dapat naik unta. First time dan dalam tempoh yang agak lama juga. Mula-mula naik, memang kecut perut, rasa macam nak terhumban, namun saya beranikan diri untuk mengawal badan agar tidak terjatuh. Dunes yang berombak-ombak menyukarkan sang unta untuk berjalan, apatah lagi si penghuni di atasnya. Namun kami cuba ketawa dan menjadi ghairah kerana unta membawa kami untuk melihat sang matahari terjunam dari muka bumi.
Sungguh hebat dan perasaan kami juga berasa hebat, hati tersenyum luas melihat keindahan alam anugerah Ilahi. Tak pernah menyesal untuk sampai ke tempat itu. Malah, bersyukur teramat sangat kerana Allah swt mengizinkan kami semua untuk berada di benua Afrika untuk melihat sang suria merajuk masuk lalu menjemput bulan untuk keluar pula. Alhamdulillah, syukur sekali lagi.
Malam itu, kami tidur di khemah yang disediakan. Sepatutnya bulan March tidak sejuk, tetapi tidak kali ini. Kami semua menggigil kesejukan. Namun hidangan bintang-bintang di langit sungguh menakjubkan, tak pernah melihat bintang-bintang seindah itu. Luas terbentang di Gurun Sahara. Kami makan malam di ruang makan di restoran kawasan gurun dan malam itu, kami juga dihidangkan dengan pukulan gendang ala berber dan nomads yang tinggal di Sahara. Memang mempesonakan. Alhamdulillah dapat melihat satu tradisi yang diamalkan oleh mereka termasuk puak Tuareg.
Esok pagi, kami berjalan-jalan lagi di sekitar gurun dan selepas itu kami meninggalkan kawasan gurun untuk menghala ke kawasan Quarzazate, satu kawasan yang unik, banyak yang serupa seperti di Hadramawt, Yemen dan ada juga kawasan yang mempunyai 'canyon' bersungai air jernih. Rasa macam nak menangis bila melihatnya, kerana terlalu seronok.
Nanti saya sambung lagi, insyaa-Allah.
Wassalam.
Bersama cik abang di atas pasir halus Gurun Sahara
Bersama remaja Tuareq di kawasan gurun
Pemandangan yang menakjubkan
Ya habibi ya maulana.... kami pakat naik unta
Ramai-ramai naik unta
Kawasan rehat di khemah kami
Rona gurun yang menakjubkan
Sang suria menjenguk bumi
Kawasan khemah kami
Remaja Tuareg menghidangkan lagu tradisi
Main gendang
Makan makanan tajen, makanan tradisi orang Morocco
Makan ramai-ramai di kawasan gurun
Gurun Sahara - masya-Allah
Momen yang hebat di gurun bersama pembawa unta seraya melihat matahari terbenam.
Di kawasan gurun berkaktus
Tempat ni macam di Hadramawt, Yemen. Bersama penjual Tuareg
Teringat di Yemen
Kawasan semi gurun
Sungguh menakjubkan
Perjalanan kami
Panorama indah




