Petang semalam, saya dan suami ke Merlimau di negeri Melaka. Tak perasan... rupa-rupanya kami tak pernah ke pekan itu dan semalam merupakan kali pertama ke sana. Alhamdulillah, apa yang saya cari saya dapat. Terima kasih kepada Encik Hilmi, seorang pengusaha muda, semoga usahanya diberkati Allah swt, aamiin.
Saya baru sahaja dapat maklumat dari famili kami di Indonesia bahawa tahun ini mereka pula akan buat 'gathering' dan kali ini mereka memilih kota Bandung. Mungkin kerana ayah saudara saya, Ami Mus sedang berada di sana. Bulan Oktober merupakan bulan yang dipilih mereka dan kami di Malaysia sedang mengaturkan agar kami ke sana dengan 'full force'. Dulu, ketika kami aturkan 'Emir gathering' di Kuala Lumpur, mereka juga datang secara full force. Alhamdulillah.
Mungkin kita sebagai ahli keluarga kena sentiasa ambil berat tentang hal-hal seperti ini. Dulu-dulu, jarak ke Indonesia sangat jauh buat kami kerana dulu-dulu memang tidak mudah untuk ke sana. Bukan hanya hampir tiada penerbangan, kalau ada pun sangat mahal kosnya. Sekarang ini sangat berbeza. Kalau tak kaya pun masih mampu untuk ke sana, insyaa-Allah.
Malah, sepupu-sepupu kami (anak-anak Ami Mus) akan sampai dari California pada masa itu untuk 'family gathering'. Tahun ini, saya belum ada kesempatan untuk ke Indonesia. Tahun lepas, enam kali kami ke sana. Insyaa-Allah, akan kami usahakan untuk ke sana akhir Oktober ini.
Wassalam.
Gambar-gambar ketika family gathering tahun lepas