Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, January 28, 2014

Gunung Jerai Lagi

Assalam

Semalam, memang tak sempat saya cerita semuanya tentang lawatan kami ke Gunung Jerai. Sebetulnya destinasi kami bukanlah Gunung Jerai, tetapi suatu tempat di tepi laut di kawasan Yan, Kedah. Cumanya saya yang mahu duduk di Gunung Jerai. Apa-apa pun, saya akan letakkan gambar-gambar di tempat yang saya maksudkan itu. Selain itu, saya juga akan letakkan gambar-gambar menarik tentang makanan yang kami makan di kawasan itu. Kami juga sempat ke Kuala Kedah untuk 'pekena' laksa.  Memang best lah. Seperti yang saya katakan, saya memang dah biasa di tempat-tempat ini, kerana kaum kerabat saya banyak yang tinggal di kawasan ini. Arwah tok saudara saya pernah tinggal di kaki Gunung Jerai dan kami pernah ke rumahnya. Malah, ibu saya juga ada menanam durian Gunung Jerai di kawasan tanah kami di Kuala Kangsar. Memang banyak nostalgia nya.

Esok, insyaaAllah saya akan letakkan cerpen lagi untuk anda semua.

Semoga Allah swt selamatkan kita dunia akhirat, ameen.





              Gambar-gambar di atas ini adalah di 'Zamani's Place' di Yan


         Gambar-gambar di Restoran Pondok Kitchen di kaki Gunung Jerai

   Gambar-gambar di Regency Resort Gunung Jerai


 Di Kuala Kedah. Atas tulah laksa Kuala Kecai



Gambar-gambar di Restoran Pondok Kitchen ketika kami lunch - makan masakan kampung