Assalam.
Hari ini dan juga semalam, saya kesibukan. Alhamdulillah, saya dah sihat... jadi biasalah... bila sihat, saya pun ligat. Hari Sabtu, aktif dengan hal keluarga dan hari Ahad pula, aktif dengan hal 'private' yang tak mungkin saya kongsi bersama anda semua. Apa pun, saya berpuas hatilah...
Pagi tadi, saya keluar awal, jadi tak sempatlah tengok program 'Assalamualaikum' di TV Al Hijrah yang membincangkan tentang drama 'Selamat Malam Kekasih'. Apa pun, saya legalah kerana mereka sudah pun siap segala 'shooting' untuk drama ini (13 episod). Saya juga berharap agar drama ini tidak menghampakan, in syaa Allah.
Malam ini, saya rehat-rehat dengan ahli keluarga. Jumpa lagi... take care, everybody.
Cucu bongsu saya, Sharifah Niloufar
