Salam
Dah dua hari saya tak update blog. Saja nak rehat-rehat. Tapi hari ini rasa macam nak tulis sesuatu. Ada member tolong letakkan posting ini yang menyatakan negara yang kita cintai Malaysia merupakan 'World Champion in Corruption'. Linknya:
http://www.youtube.com/watch?v=Uwzt2x3-W00&feature=share
Saya berasa sedih sangat bila melihat apa yang dipaparkan. Bayangkanlah, dulu-dulu kita selalu tuduh negara-negara seperti Indonesia, Mesir, India dan China sebagai negara-negara korupsi, tetapi sekarang ini dunia mengatakan bahawa kitalah jaguhnya!
Adoi nak letak mana muka kita ni?
Atau kita nak nafikannya?
Kalau kita nafikannya, mungkin kita pun sama juga kot... memang mengamal korupsi dalam kehidupan seharian kita. Rasa macam nak termuntah!
Okeylah, mudah cakap kalau dalam dunia buku pun ada korupsi, bayangkanlah dalam dunia lain di negara ini. Kenapa kita boleh jadi sampai begini ya? Siapa yang ajar kita sebenarnya? Tentulah kalau orang di bawah berani mengamal korupsi kerana melihat cara orang di atas melakukannya. Macam anak-anak lah, kalau mak ayah jahat, gerenti anak-anak pun akan buruk perangainya! Kalau mak ayah buang sampah merata-rata, anak-anak akan ikut aje! Nauzubillah.
Apa pun, jom kita lihat di cermin dan pandang betul-betul pada muka kita. Sampai hati ke kita untuk amal korupsi sedangkan dalam al-Quran sudah dinyatakan hal itu sangat dibenci Allah SWT? Manusia jenis apakah kita ini?
Suatu hari, seorang kenalan sedang membawa tupperware (volume yang banyak jugalah) nya untuk diedarkan kepada pembelinya. Jadi dalam keretanya adalah tupperware. Dia kena tahan polis sebab terlupa bawa lesen keretanya. Kebetulan pula, teman itu tak ada duit cash di dalam tangan. Polis pula minta habuannya. Dia kata kat polis berkenaan, "Saya tak ada duit," dia pun buka beg tangan dan pursenya.
Kata polis pula, "Tu ada tupperware. Bagilah..."
Jadi teman itu yang ketika itu tak tahu nak buat apa, pun beri sahaja tupperwarenya.
Tupperware pun okey! Tak teruk ke perangai?
Masihkah kita nak nafikan hal ini? Dan apakah yang sedang dilakukan pihak yang bertanggungjawab? Sama-sama tak nak bertanggungjawab ke? Atau... korupsi okey apa. Mana ada haram!
Wassalam.