Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, July 08, 2009

Kedai Buku, Oh Kedai Buku...

Dah lama saya tak update blog ini. Bukannya apa, saya terlalu sibuk dengan urusan peribadi. Pagi ini, terasa macam nak bercerita pulak. Maklumlah dah lama tak meluahkan apa-apa.

Cerita saya hari ini ialah tentang kedai buku. Seperti yang kita tahu, ada bermacam-macam jenis kedai buku yang menjual buku. Ada kedai berangkaian, ada kedai mewah dan ada juga kedai kecil dan biasa-biasa.

Mengikut pengalaman kami, memang ada kedai buku yang banyak songehnya. Ada juga yang sangat profesional. Mereka tahu kerja mereka ialah untuk menjual buku. Apa sahaja buku yang dirasakan baik dan boleh dijual akan dijual mereka. Mereka suka bekerjasama dengan pengedar atau penerbit yang tak banyak songeh juga. Kedai-kedai buku yang begini, memang kami tahu akan menjual buku dengan baik.

Tapi jangan keliru ya... kadang-kadang kedai buku yang begini tidak terletak di bandar besar pun. Mungkin di pekan kecil sahaja. Biasanya, kedai yang profesional begini, sekalipun tak besar mana dan berada di tempat yang semua orang anggap terpencil, masih mampu menjual buku dengan cemerlang. Bukan itu sahaja, pembayarannya kepada pembekal buku pun fantastic! Tak payah minta-minta. Sampai masa, mereka bayar.

Kenapa agaknya saya bangkitkan cerita 'Kedai Buku' ini? mungkin saya mahu pembaca blog saya tahu akan keadaan di luar sana. Banyak yang keliru kerana pembaca atau pembeli, ada yang menganggapkan bahawa kedai buku yang 'bernama' sahaja yang mampu menjual buku dengan baik.

Kami sangat senang berurusan dengan kedai buku yang 'Tuannya' sentiasa ambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di kedainya. Ada kedai buku, tuannya tak peduli dan tak kisah. Dibiarkan sahaja anak buahnya mengurus. Maklumlah dengan anak buah ni... macam-macam kerenah. Yang paling perit, bila ada anak buah yang mudah dibeli atau diumpan oleh orang-orang tertentu. Kalau ada yang macam ini... hahahaha... jawabnya ada buku-buku dari syarikat tertentu sahajalah yang terserlah di kedai buku itu. Yang lain-lain... Assalamualaikum sahajalah.

Bunyi macam kelakar... tetapi inilah realiti dunia buku. Bagi kami, Tuhan sediakan rezeki. Kalau kami bekerja kuat, rezeki itu tetap ada sekalipun dari lubang cacing! Tak payah nak unjuk-unjuk atau upah-upah. Budaya seperti itu akhirnya nanti akan makan diri. Kami tak suka mengipas-ngipas dan tak suka mengampu sesiapa. Biar kita bekerja secara profesional. Bisnes seharusnya begitu. Tak boleh main tipu.