Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, February 11, 2015

Psycho

Assalam

Hari ini agak mendung sahaja. Cuaca agak dingin sikit, alhamdulillah.

Semalam, kebetulan saya tengok TV tentang jenis-jenis manusia yang kurang siuman. Ada mereka yang dipanggil mengidap psychopath, ada sociopath dan ada pula digelar psychosis atau psychotic. Tapi apa bezanya?

Kita selalu dengar tentang manusia yang suka mendera orang, kan? Kita yang normal ini akan berasa pelik macam mana ada manusia yang sanggup pukul kanak-kanak dengan teruknya, ada yang sampai bunuh. Paling rasa gerun bila kita dengar tentang kisah lelaki suami baru, atau kekasih wanita yang mempunyai anak dan kisah lain yang pelik-pelik, di mana terjadi kezaliman yang tak boleh diterima akal atau pembunuhan! Yang pasti, mereka yang sanggup lakukan semua ini adalah manusia yang kurang siuman. Tapi, macam mana kita nak tahu sama ada manusia itu siuman atau pun tidak?

Kita kena bezakan mereka yang dianggap sebab betul-betul gila, seperti apa yang dikatakan sebagai psychosis atau psychotic, di mana mereka ini tak dapat mengawal otak mereka lagi. Mungkin akibat penyakit keterunan atau gangguan mental yang lain. Biasanya ini yang kita selalu panggil 'orang gila' yang sepatutnya tidak boleh dibiarkan berkeliaran. Biasanya juga mereka akan masuk hospital dan mendapat rawatan dan ada ketika penyakit seperti ini memang tak boleh baik pun. Kalau baik pun, tak boleh kembali normal seratus peratus lagi. Biasanya juga, ahli keluarga penginap psychosis akan berusaha untuk dapatkan rawatan untuk si pesakit tadi, jadi tidaklah mereka berkeliaran atau hidup seperti manusia normal lain.

Insan psychotic kita memang dah faham pun, tapi yang menakutkan kita adalah mereka yang dianggap sebagai psychopath dan juga sociopath. Mereka yang dianggap sebagai sociopath selalunya menjadi tidak normal tanpa dirancang. Mungkin kerana alam persekitarannya atau mungkin ada sesuatu yang triggernya. Mereka tidak dilihat seperti orang gila, tetapi sebenarnya penyakit gila itu ada dalam diri mereka. Orang seperti ini selalu melakukan sesuatu yang buruk seperti kekejaman atau pembunuhan dengan tiba-tiba sahaja tanpa diduga.

Mereka yang dianggap sebagai psychopath pula adalah lebih berat dan lebih menakutkan kerana walaupun mereka dilihat seperti normal, tetapi mempunyai sifat buruk dan tidak beremosi. Biasanya mereka sedar akan diri mereka yang tak normal itu namun mereka tetap anggap bahawa mereka boleh hidup seperti orang biasa yang normal. Mereka berselindung di belakang kepura-puraan namun mereka sedar bahawa mereka mempunyai sifat pelik yang tersorok sifat kejam dan zalim! Biasanya juga psychopath melakukan kezaliman dengan kesedaran dan dengan perancangan. Kerana sifat zalim dan pelik yang sememangnya ada dalam diri, mereka mampu untuk lakukan apa sahaja. Malah, orang normal tidak sedar pun akan sikap 'cracko' yang ada dalam diri manusia seperti ini.

Sebenarnya memang ramai di antara manusia yang mempunyai masalah psychopath, namun orang biasa tak perasan akan mereka ini hinggalah terjadi sesuatu. Misalnya, seorang wanita mencari kekasih yang kelihatan seperti baik dan 'gentleman', namun setelah mengawininya akan muncul sifat-sifat pelik, seperti baran, kaki pukul dan mungkin juga mampu untuk membunuh atau melakukan perkara-perkara pelik yang menyakiti orang lain. Kita biasa dengar perkataan 'moron' kan? Kadang-kadang kita guna untuk melakarkan 'psycho' seperti ini.

Jadi... berjagalah kita kerana kita mungkin tak sedar bila kita mendekatkan diri kita dengan mereka yang mempunyai masalah psychopath atau sosiopath. Berjaga-jagalah jangan sampai terperangkap hingga mampu untuk melingkupkan hidup kita. Nauzubillah min zalik.

Wassalam.


                                                    Begini mungkin rupa orang psycho