Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Thursday, September 01, 2011

Seronok Juga Berhari Raya

Salam Syawal semua,

Alhamdulillah, saya masih di sini dan anda juga masih membaca entri di blog saya ini. Okeylah, sampai masanya untuk bercerita tentang Hari Raya. Setelah berpuasa selama sebulan, nampaknya raya pun bukan main juga. Sebenarnya saya suka juga hari raya ni, sebab pada hari raya pertama, adik-beradik saya akan berkumpul di rumah saya sebab ibu saya tinggal di rumah saya. Bukan hanya adik-beradik, tetapi semua anak-anak saudara dan cucu saudara. Termasuklah anak-anak saya, menantu dan cucu-cucu.

Saya pun apa lagi, tak kering tangan buat kerja di dapur. Air kena bancuh bergelen-gelen. Makanan pun tak henti-henti kena tambah, dari pagi sampailah tengah malam. Memang tak rehat langsung. Tapi, Alhamdulillah... saya masih di sini untuk buat air punch, air kopi kaw-kaw dan teh tarik. Kedai saya terus buka sampai tengah malam, sampai lutut pun dah tak larat nak berdiri, hehe... Apa pun, saya seronok dapat melayan kaum kerabat. Adik perempuan saya dan anak-anak saudara semuanya tolong, termasuklah menantu-menantu dan cik abang saya. Semua orang menolong, bersiap dan tolong makan sekali... hehe. Selain dari adik-beradik saya, kami juga dikunjungi anak-anak Arab dari Yemen. Setiap tahun mereka 'join' kami berhari raya. Alhamdulillah.

Hari raya kedua, saya turun ke Johor Bahru, rutin tahunan kami. Kali ini anak saya Irfan, isterinya dan anaknya, juga anak saya Laila Hana, suami dan anaknya ikut kami sekali. Juga anak bongsu saya. Yang tak ikut sekali ialah Faiz anak-beranak, kerana tahun ini ialah giliran dia beraya dengan mentuanya.

Di Johor Bahru, puaslah kami meronda-ronda, dari satu rumah ke satu rumah, dan macam-macamlah yang kami makan. Nasi beriani, toseh, ketupat, lontong, soto, laksa Johor dan macam-macam lagi. Termasuklah kuih raya yang sedap-sedap belaka. Puasa sebulan dan makan dua hari... huhu...

Paling penting ialah kami dapat jumpa dengan saudara mara. Ada ketika, kami berasa sedih, teringat kepada mereka yang dah tiada lagi, termasuk arwah Kak Nor (Namanya ialah Sharifah Nuraini), namun kami tidaklah mahu bersedih sahaja, kerana hari raya ialah untuk kita sama-sama meraikan kemenangan.

Okeylah, saya dah letih ni. Esok-esok saya bercerita lagi sebab memang saya ada cerita yang nak kongsi sama. Untuk malam ini, ada gambar saya dengan cucu-cucu saya semasa berhari raya di rumah saya.

Selamat Hari Raya dan Wassalam.

         Gambar Lola dengan Firas dan Yusufia. Kami pakai biru maa...

                      Ali, Yusufia dan Firas


                                   Yusufia