Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 25, 2008

Masuk Hutan

Insya-Allah, pagi ini, anak sulung saya Faiz, akan ke Gopeng dan akan memasuki hutan Ulu Geroh dan berjalan kaki bersama 'guide' (Semai) untuk menembusi hutan Cameron Highlands. Perjalanan akan mengambil masa dua hari dan mereka akan bermalam di kampung orang asli. Sekitar 32 tahun yang lalu, saya pernah memasuki kawasan hutan itu dan tinggal bersama orang asli (Temiar) di perkampungan orang asli selama seminggu. Kali ini, saya akan menunggu Faiz di Cameron Highlands sahaja. Saya tidak 'fit' untuk berjalan kaki dan mendaki gunung-ganang dalam hutan. Faiz akan memasuki hutan untuk membuat kerja-kerja fotografi untuk projek buku dokumentari kami. Hari Ahad ini, saya dan Irfan akan ke Cameron Highlands untuk menunggu Faiz di sana. Tapi... kami akan tunggu di Bharats Tea Garden... sambil minum teh dan bersantai (seronok mengacah Faiz).

Lelaki Semai yang akan mengiringi Faiz ialah Ngah Trok dan kami sudah lama mengenalinya. Malah, pondok orang asli di rumah saya, Ngah Trok yang telah uruskan penempahan atapnya (handmade by orang asli). Saya pasti, Faiz akan menikmati sesuatu yang indah semasa pengembaraannya itu, sekalipun dia akan keletihan. Semoga Tuhan akan melindunginya. Amin.